Saturday, February 26, 2011

PB: Semalam di Taman Koperasi Cuepecs

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,

Semalam, selesai sudah Amy memasang pelamin mini untuk Lea di Taman Koperasi Cuepecs. Majlis Lea hari ni, Amy doakan semuanya berjalan lancar. 
Syukur, Lea dan keluarga sangat suka dengan pelamin tu. Keluarga Lea pun ramah-tamah dan baik-baik semuanya. Senang dan mudah nak bekerjasama dengan Lea dan keluarga.
Nanti lepas majlis Amy upload gambar pelamin mini tu yer. Lea ni pun kreatif juga, dia ada buat penambahan pada pelamin mini tu, nak tau apa? Kita tunggu ok? 

Oh ya, nak promote juga, Lea ni pun MUA dan buat Henna siap ada pakej lagi. Nanti bila Amy dah dapat address FB dia, nanti Amy letak kat sini ya. [Lea, free promotion ni... hehehe... ;)]
Salam sayang, 
Amy PB2.

Thursday, February 24, 2011

PB: Ops, PB2 nak bayar hutang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hm, rasanya ada beberapa hutang yang PB2 kena bayar iaitu:
1.Gambar mini pelamin budget biru
2. Gambar alas dulang, dulang
3. Lagu kahwin
Apa lagi erk? Rasanya ni jer. Tapi kalau ada lagi nanti Amy update ok, insyaAllah...

PB: Jom Dating dengan PB2

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua...
Dating? Ngeeee.... Blind date pun boleh dikatakan juga sebab inilah tarikh-tarikh penting Amy sebab nak jumpa b2b yang perlukan khidmat PB2 ni.
Heheh... Amy nak beritahu, untuk sesiapa yang berminat untuk tanya atau terus mendapatkan khidmat Persiapan Pengantin Budget2 ni, bolehlah semak dekat sebelah kiri yang macam dalam gambar ni untuk tengok tarikh yang bride to be nak tu sudah ada orang tempah ke belum. Nanti senang kan?
Ha, macam ni...
Tarikh tu Amy letak di bawah cute girl yang pegang kalender Hijrah tu ok dalam kotak purple. Senang nak rujuk.
Jadinya sehingga ke 1 Mei ini (tapi bukan setiap minggu) jadual PB2 telah ditempah. Untuk tarikh yang tiada ditulis di situ, maknanya masih ada peluang untuk sewa bantal nikah/tunang unik tu atau nak bunga rampai atau lain-lain ya.
Oh, macamana Amy tulis tarikh tu? Hanya bila sesiapa yang berminat bagitahu Amy dan sudah membayar deposit yang telah dipersetujui, terus Amy letakkan tarikh kat situ. Macam cilent pada 1 Mei tu, dia dah booked Amy sejak bulan 12 lagi... Wah, sangat efisyen kan?
Oklah, ini je Amy nak bagitau. Sebelum tu, Amy nak say thanks so much to all followers / viewers yang sudi baca belog Amy yang sempoi jer ni. Tak tercapai dek tangan nak buat belog yang sangatlah cun melecun macam blogger lain, but what is more important to me, i would like to share my experience and try to help b2b or parents to be with some advice and experience which i have gone through and still going through it..
Ha hah, lepas ni Amy nak buat entry pasal lagu pengantin lak kot. InsyaAllah erk. OKlah, jaga diri n ceria-ceria selalu...
Daaaa..... ;)
Amy PB2.

Wednesday, February 23, 2011

PB: Percuma @ diskaun - Donut n Sushi at SOGO

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua, Amy baru perasan kat SOGO, sushi akan diberi diskaun rm 2 sepeket selepas pukul 6 petang. Applicable for those price ranging rm 5.99 and above. Baru tau masa semalam singgah nak beli barang sikit, eh, ternampak ada notis kat depan area sushi tu ada diskaun ni. Apalagi, memang tengah nak makan sushi, terus ambik sepeket yang harganya jadi rm 3.99 dari rm 5.99. Jimatkan? .. hehehe tak banyak pun, hanya nak menghilangkan rasa mengidam nak makan sushi. NGEE...

Itu bab sushi, ini pula bab Dunkin Donut kat SOGO jugak. 

Tapi dah lama jadi, berbulan-bulan yang lepas. Hubby minta belikan makanan ringan sikit. Jadinya teringat kat donut warna-warni dan gebu-gebu ni.. Belilah 3 biji donut lepas tu masa tengah nak bayar yang jaga kaunter bayaran kata ambil satu lagi free
Ok, dah jadi 4 ketul. 
Lepas bayar dia kata, ambillah mana-mana kotak munchkin yang dalam dia ada donut kecil-kecil 12 biji kot. 
Hah? Free lagi? 
Dia kata kalau tak diaorang akan buang aja. Hehe the best part was, Amy terus jer cakap, kenapa tak bagi orang? (memandai bagi cadangan) Dia jawab bilalah ada masa nak cari orang nak bagi. Amy kata lagi; "Kan ada orang kat area Dataran Merdeka yang digelar Gelandangan tu sampai kutip saki-baki KFC dlm plastik sampah area Jalan TAR tu yg masuk Aduan Rakyat kalau tak silap. Hm dia kata mana ada masa nak cari orang... Betul juga sebab masa Amy beli tu dah lewat juga, pukul 8 lebih. SOGO tutup kul 9.30 malam, tak ada ramai mana orang nak datang time cenggitu kan?
So, if u want to get extra food, shop at those outlet mentioned at that time. InsyaAllah you wont regret... Haha, tips penjimatan untuk kali ini...

Rasanya banyak juga outlet makanan yang akan buang lebihan yang tak habis dijual kan? Kalau ada sesiapa nak kongsi kat sini janganlah malu ek, pengkongsiankan tanda sayang eh?? sama tak dengan sharing is caring? Kira boleh lah erk...

OKlah, jumpa lagi. Tata!

Salam Sayang,  
Amy PB2. 

Friday, February 18, 2011

PB: Kalau bijak membeli...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Untung sebenarnya beli barang kahwin ni banyak-banyak iaitu ikut keperluan kita berapa banyak nak pakai. Sebab barang yang kita beli tu secara tak langsung melibatkan:

Duit minyak / tiket tren komuter/lrt/monoreil
Tol yang perlu kita bayar
Kos makan minum
Masa yang digunakan
Tenaga yang digunakan (dah balik umah mesti penat dowh)

selain daripada duit yg kita gunakan untuk beli brg2 tu tadi.

Satu lagi, kalau beli banyak/pukal/borong dari penjual, insyaAllah boleh dpt diskaun sebab beli byk. Kalau beli sikit susahlah sikit kan? 

Satu lagi kalau kita beli barang di kedai yang sama selalu (untuk mana-mana barang yang boleh lah yer) boleh juga dpt kurang sebab dia tengok kita ni mcm regular customer dia... tp kalau dia bagi harga fixed price tak untung juga.

Kalau pandai cari barang murah tapi cantik lagi bijak... Sebenarnya topik ni tak berapa juga sesuai untuk mereka yang tiada masalah dalam hal kewangan sebab mereka mampu nak beli apa shj yg mrk nak, tp kalau dapat berjimat apa salahnya kan?

Sangat untung untuk b2b kat luar sana yg masih punya masa yang panjang untuk buat persiapan kahwin. 

Kalau boleh janganlah BERTANGGUH BUAT KERJA. Sebab nanti tak siap-siap kerja sampailah hari majlis tu nanti. Time management is very important...

Thursday, February 17, 2011

PB: Topik khas untuk bakal ibu dan ayah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~


Insaf-insaf... ;) 
Amy, PB2

PB: Warna Tema kahwin pilihan 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Pagi semua, 

Ramai juga yang mencari maklumat ini di internet. 

Pada Amy, memang banyak kombinasi warna yang dicadangkan di internet tapi yang PALING PENTING, lebih baik ikut warna yang kita dan pasangan kita suka. Sebabnya, warna yang kita selesa pakai, akan tercermin pada muka kita yang kita selesa pakai baju tu. 

Dan apa yang kita suka pakai, mesti akan nampak cantik walaupun pada orang lain tak cantik.
Contohnya, adik Amy kahwin tahun lepas, mereka pasangan yang manis sikit dan adik Amy suka warna kelabu. Jadinya untuk tidak menghampakan dia, kami masukkan warna kelabu tu sebagai warna pilihan tapi cari warna yang kelabu lembut. 

Pada masa yang sama, Amy dan adik perempuan (wedding planner lah konon-kononnya ;)) nak gunakan warna ungu. Fikir-fikir kami gabungkan kedua-dua warna tu dengan ton warna yang sesuai. Gunakan kelabu dan ungu lembut. Hasilnya, alhamdulillah, mereka nampak suweeeet sangat dengan warna tu.

Jadi apa lagi, pilih lah warna kegemaran anda dan anda mesti suka dengan warna baju yang dipilih, nanti auranya terserlah pada muka anda berdua. Siapa setuju, angkat tangan!!!!

Tuesday, February 15, 2011

PB: Nak rumah kita jadi perhatian tak?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Kalau nak rumah kita jadi perhatian Dia, amalkan membaca kurang-kurang satu baris ayat dalam kitab suci Quran dalam sehari, rumah kita akan terlihat seperti terang benderang dari rumah yang tiada seorangpun penghuninya membaca Al-Quran. Lagi bagus kalau baca banyak ayat kan? kelebihan-membaca-al-quran fadilat baca alquran
Sempena hari keputeraan Pemimpin Agung Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam hari ni, marilah kita hidupkan kembali amalan Rasulullah yang mungkin dah lama kita tinggalkan untuk manfaat di kemudian hari.
Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah "Rasulullah dalam mengenangmu, Kami susuli lembaran sirahmu, Pahit getir perjuanganmu, Membawa Cahaya kebenaran Rasulullah kami umatmu, Walau kita tak pernah bersua, Tapi kami tak pernah kecewa, Allah dan Rasul sebagai pembela... p/s: Sedang mencuba kembali secara istiqomah untuk baca kitab itu seperti dulu-dulu...;)

Saturday, February 12, 2011

PB: Dulang Hantaran & Alas dulang sedia untuk disewa

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,
Amy sudah ada  9 buah dulang hantaran untuk disewa dan
alas dulang satin berwarna:
Merah hati  a.k.a. maroon
Biru a.k.a ocean blue
Hijau lumut a.k.a dark green
Putih a.k.a white
serta 

alas dulang bermanik berasal dari Dubai berwarna: 

Putih dengan manik Perak a.k.a white silver beadings
 Kuning dengan manik kuning a.k.a. yellow beadings
Alas dulang bermanik ungu (selapis sahaja tak perlu alas satin, dia aja sudah melengkapkan dulang hantaran tu ;))

Nanti Amy upload gambar yer. Siapa berminat inform Amy ok, 
Jaga diri ya, 
Amy PB2.

PB: Nak kahwin dengan siapa?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Dah 2, 3 hari ni asyik terfikir pasal topik ni. Baru ada kesempatan nak tulis. 

Nak suami handsome ker? Banyak duit ker? Suami yang popular ker mcm footballer ker? Hm, tak kisahlah labu, pilihlah sesiapa sahaja
...... ............................................................................................................................................................................................................ 

ASALKAN BOLEH MEMBIMBING ANDA DUNIA DAN AKHIRAT dan 

BOLEH TERIMA KITA SEADAANYA.

"ASALKAN BOLEH MEMBIMBING ANDA DUNIA DAN AKHIRAT" ini umum sangat dan terlalu banyak maksudnya tapi bagi Amy, kesimpulannya:

yang tahu pasal tugas/tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Bukan nak takutkan tapi nak kahwin memang kena ada ilmu cukup. Tau siapa yang perlu cari nafkah, macamana nak layan isteri, macamana nak layan anak, kena sediakan apa untuk keluarga dan berbuat baik kepada semua ahli keluarga.
Sama juga isteri kena tahu segala tanggungjawab dia. Hm, terlalu banyak untuk dipelajari. Tapi asasnya, buatlah segala apa yg ibu suruh kita buat. Contoh, kemas rumah, memasak, sidai baju, angkat baju, jaga adik... hm, dan macam2 lagilah. Semua tu latihan untuk kita hadapi sendiri rumahtangga kita nanti.

Tak kira laki ke perempuan, jangan malas dan ikut apa yang ibu kita cakap. Memang penat, mengantuk, tak larat, nanti dululah, dan macam2 lagi, bila ibu suruh kita buat kerja... tapi itulah sebenarnya yang Amy rasa bila dah kahwin. Rupanya mama nak ajar Amy macamana nak jadi ibu/suri nanti hehehehe.

Paling Amy tak lupa, 'kalau malas masak, jangan makan!!!!'

"BOLEH TERIMA KITA SEADAANYA" = sanggup lalui suka duka dan boleh bersabar untuk perubahan yang lebih baik. Nampak simple tapi bila dah kahwin nanti baru tau apa yg Amy katakan ni... Jadinya, show ur true colours. Kalau nak kita, ...jalan..., tak nak, selamat jalan romeo... ;)

Jom kita fikir falsafah ni... (iyer ker???). Kalau tak faham, tutup page ni... ;)

Nite nite!

Thursday, February 10, 2011

PB: Sewa alas dulang / alas dulang untuk disewa / alas dulang nak cari penyewa??

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua... terima kasih Saibah yang telah menyewa alas dulang putih Amy 7 helai untuk majlis tunang dia di Ipoh cuti Tahun Baru Cina yang lepas.
Malam tadi Saibah sudah pulangkan, makanya alas dulang putih tu sudah available untuk disewa. Amy ada juga alas dulang ungu bermanik untuk disewakan. Masih available untuk disewa juga. ;)


Siapa berminat sila inform ya. tksh...;)

Amy, PB2.  

PB: PAKEJ MEKAP + MINI PELAMIN

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

~Updated: 6 Januari 2012~

Dibawakan khas oleh Persiapan Pengantin Budget dan Neeza Makeover , kami menawarkan Pakej Mekap +  Mini pelamin (seperti dalam gambar - boleh dibuat mengikut tema yang diperlukan) dengan harga sangat istimewa:
RM580.00 SAHAJA!!
BERMULA JULAI 2011
(boleh tempah sekarang ya)
Contoh mini pelamin yang PB2 buat (yg penting bantal berkerawang yang sangat sesuai untuk b2b yg comel atau yang comel lote. (saiz kerusi: 1 mtr x 1 mtr x sejengkal)

Link Neeza Makeover kat sini ya. Contoh makeup yg dia buat:

Selain pakej yang ini, Neeza juga ada buat pakej2 lain, boleh tengok kat sini tau...
Pakej2 ni sangat sesuai untuk mereka yang berbudget2 dlm persiapan kahwin. Boleh hubungi Amy/ Neeza untuk maklumat lanjut ya, tksh, take care ok girls... ;)
Salam sayang, Amy, PB2

Tuesday, February 8, 2011

PB: GEGAR 1,000 BLOG!! OLEH BEN ASHAARI --> off topic kejap ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Ops, off topic jap... Amy nak cuba kuiz/pertandingan/apakebenda yang Ben Ashaari buat nih. Cepat2 sebab kul 6.00 petang ni tamat... INI dia yang Amy cakapkan ni...
Tu dia...
Dan,
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
I'm done.... So, Ben, visit my blog ya... yang lain-lain dah cuba? masih ada 40 minit lagi nak masuk :kerja giler" ni... ;)
Lots of love,
Amy, PB2.

Saturday, February 5, 2011

PB: Sale:: Best Discount:: for Shisheido, Bobbi Brown,Chanel & Clinique

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy baru perasan diskaun ni kat link ni. So Amy cadangkan sesiapa b2b yang suka makeup dan mungkin nak cari barang hantaran or personel makeup yg belum ada atau dah habis tu beli dgn kupon diskaun ni. Bayar RM 10 untuk dapatkan Cash Voucher bernilai RM 30.

Untuk::
  Tapi kena buat langkah-langkah ni dulu:
  • Sign up with Acmamall.com necessary and vouchers will be deposited into your Acmamall.com account
  • Limited purchase of 2 vouchers per user
  • Cash voucher can be used from 20 February 2011 - 19 May 2011
  • Only one voucher allowed per transaction
  • No refund given on residual voucher
  • Vouchers cannot be combined with other promotional vouchers and discount code offerings
  • Vouchers are non-exchangeable for cash and non-transferable
  • Acmamall.com reserves the right to reject any voucher that was misused under the terms and conditions
  • Cash vouchers cannot be used for deal of the week and deal of the month items
 Selamat bershopping... ;)

Thursday, February 3, 2011

PB: Pelamin Mini Biru? OK tak agaknya?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selepas Pelamin Mini Putih , Ungu, Peach dan Merah, Amy ingat nak reka pelamin mini biru pulak lah. Nak tengok apa agaknya hasilnya. Tapi projek belum mula lagi, bahan dah ada, cuma perlu masa untuk tunggu idea datang ;P.

 Amy mungkin akan gunakan gabungan warna-warna ni dalam rekaan pelamin tu nanti? Hm, fikir-fikir sampailah jadi pelamin mini tu nanti... (doa dgn penuh harapan)

Yang pasti pelamin mini ini adalah budget ya wahai b2b dan pembaca yang budiman, sama juga seperti yang sedia ada. 
Cuma Amy akan terangkan kat sini ada 2 perbezaan umum harga iaitu untuk pelamin mini yang tiada backdrop akan lebih murah dari yang ada backdrop (kain dgn tiangnya sekali serta hiasan yang perlu). 

Apa-apapun, kalau berminat nak tanya, nak dapatkan khidmat pelamin mini budget dan gubahan hantaran budget, cubalah hubungi Amy untuk maklumat lanjut. Jangan dilupa kalau ada yang berminat nak tempah barang cenderahati Inani Craft, Amy sedia membantu ya. Mana yang Amy boleh layan, Amy layan dan akan usahakan adakan yang terbaik untuk anda yang berminat.

Terima kasih tak terhingga sebab bagi sokongan yang sangat tinggi dan padu kepada Amy Persiapan Pengantin Budget2 ini.

Tak lama lagi Amy akan umumkan sesuatu yang menarik untuk b2b di luar sana, apa dia, tunggu yer...... Ini adalah sempena Anniversary PB2 yang nak masuk setahun jagung nih... :) InsyaAllah, moga Allah berkati niat Amy ni ya.. amin...

Ops, tak lupa juga Amy nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada rakan-rakan berbangsa Cina dalam menyambut raya mereka pada hari ini... 
 
Salam sayang,
Amy, PB2.

PB: Bulan madu aka honeymooning ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ha, ini satu topik menarik untuk Amy kongsi dgn pembaca kat luar sana. Amy tau ramai yang memang pengantin budget, maklumlah brg sekarang semuanya mahal. Dengan RM50 tak dapat beli apa pun, nak dating dgn pakwe / tunang / hubby pun habis untuk minyak dgn nak masuk tandas jer, kalau nak makan minum, hm, kalau makan kat mamak cukuplah kot, tapi itulah sekali mkn jerk, kalau makan tandori tak cukup RM 50 tadi tu. Betul tak? 
Jadinya, takkan budget sikit bila kahwin tak pergi bulan madu kot? Mesti ada caranya kan? Dan, kalau kahwin mesti pergi bulan madu tapi kalau duit tak cukup, macam mana yer?

Ok, ini tips Amy, Pergi juga bulan madu tapi pergi saje ke hotel-hotel yang dekat dengan kawasan anda. Hotel 3 bintang pun tak apa, 2D/1N pun tak per...

    Source: Mr. GOOGLE
 
Contoh, kalau di KL, cubelah pergi Swiss Garden ker, Federal Hotel ker? Seri Cempaka ker.... (ops, saya bukan ejen hotel ya... cuma menyebut beberapa hotel yang dirasakan lepas budget yang sememangnya budget tu...;) )
Kalau kat Melaka pergilah Seri Costa Hotel Resort, Naza Tallya Hotel ker? 

Bukan apa, untuk pasangan yang baru berkahwin, memang patut pergi honeymoon ikut kemampuan masing-masing. Masa nilah nak kenal hati budi pasangan kita dan menikmati detik-detik awal perkahwinan yang tak akan sama selepas dah lama kahwin. Excitement dia lain tau... Tak percaya? Ha, cepat-cepat kahwin (cara yang baik yer ... :) dan pergilah berbulan madu seawal boleh selepas majlis anda selesai. 

Untuk yang lebih mampu, tak salah untuk pergi ke tempat yang memang menyediakan pakej bulan madu untuk pasangan baru kahwin, tempat yang cantik-cantik dalam negeri atau kuar negeri. Yang penting, tepuk dada, tanya poket dan mampu kita buat. Jangan sampai seksa diri pulak ya.

Selamat merancang untuk berbulan madu... Teringat Amy Search.. Fantasia Bulan Madu.. (tapi nak gi bulan tak tercapai akal ku pulak ;)
P/s: Amy pun dulu honeymoon di salah satu hotel di JB lepas majlis di Kluang, belah hubby .:). Janji honeymoon. ;P
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter