Saturday, January 14, 2012

PB: Terima kasih lisa, sewa bantal nikah untuk majlis pada Tahun Baru Cina 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Amy PB2 nak ucapkan thanks a lot to Lisa, sebab dia sudi nak sewa bantal nikah kerawang Amy untuk majlis yang dirancangnya.

Semoga semuanya berjalan lancar ya Lisa.

Tksh!

Amy PB2

PB: Bantal kerawang sewaan Pn. Ani untuk Mini pelamin ciptaan keluarganya

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam petang yang indah ya pada semua. 

Amy nak kongsikan dengan anda semua, hasil kreatif dari penyewa bantal tunang/nikah kerawang Amy tempoh hari, Pn. Ani untuk adik iparnya. 


Inilah hasilnya, apabila bantal tunang Amy tu dihias dengan bunga-bungaan dan backdrop menggunakan langsir untuk mencantikkan latar belakang pengantin. Kreatifkan!

Terima kasih sekali lagi ya Ani... ;)

Bantal tunang.nikah kerawang Amy ni boleh anda sewa dan anda sendiri boleh reka mini pelamin bagaimana yang anda mahu. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Amy ya...

Salam sayang,

Amy PB2.

Sunday, January 8, 2012

PB: Terima kasih Lisa (FM Fly) dan Ani (Bantal nikah), Januari 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Selamat pagi, selamat tahun baru Masehi 2012 kepada semua ya! Cepat betul masa berlalu, rasanya baru jer sambut tahun 2011, tak sedar betul masa berlalu meninggalkan kita, dah masuk tahun 2012 dah... Tak terlambat rasanya Amy nak ucapkan kepada semua ya, dan Amy doakan anda akan beroleh segala yang dihajati dan diusahakan...

Sempena tahun baru ni, Cik Lisa dan Pn. Ani adalah antara mereka yang terawal menempah khidmat Amy PB2 ni. Terima kasih atas sokongan anda berdua dan tak lupa kepada pelanggan-pelanggan Amy yang telah dan bakal menggunakan khidmat Amy PB2.

Lisa dari Sepang, jauh datang untuk mendapatkan 150 unit Fridge magnet bentuk rama-rama untuk majlisnya insyaAllah yang akan berlangsung pada Februari nanti. Lisa tak sabar-sabar nak tengok FM tu sebab dia kata dalam internet nampak kiut sangat. Bila dah dapat, suka betul Lisa sebab dia kata "Akak cantiknya!"... Alhamdullilah... 

Untuk pengetahuan semua, FM Fly telah mendapat permintaan yang tinggi sebagai cenderahati kahwin dari Amy, salah satu faktor adalah dia lain dari yang lain dan harganya sangat berpatutan dan boleh terus diberikan kepada tetamu sebab sudah dibungkus cantik dengan bunga dan reben kecil... Kalau ada yang berminat sila hubungi Amy ya...

Manakala Pn. Ani telah menyewa bantal nikah untuk majlis pertunangan adik iparnya minggu ini. Untung adik iparnya sebab dapat kakak ipar yang sudi membantu.  Memang baik Pn. Ani ni, senang sangat nak bekerjasama dengan beliau. Amy dan suami hantar bantal tu ke Taman Bukit Segar, Cheras.

Oklah, apa-apa pun, selamat berhujung minggu dan ceria-ceriakan hari anda ya... 

Salam Sayang,
Amy PB2




EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter