Monday, April 30, 2012

PB: DIY Gubahan sirih junjung klasik

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Kali ni Amy nak kongsi cara-cara bagaimana hendak menggubah sirih junjung ringkas mengikut kemampuan bajet masing-masing.

Amy akan gunakan kaedah bercerita cara-caranya dan kalau ada gambar dari en goooooogle Amy akan masukkan dalam skrip nanti k... hehehe..

Ä. Kita mulakan dari bahan-bahannya:

1. Bekas bunga untuk tampung sirih junjung
2. Span basah 
3. Lidi sate sebanyak yang diperlukan
4. Daun sirih dalam seikat atau 30-50 helai atau lebih, terpulang pada gubahan yang hendak dibuat
5. Bunga kapur, gambir dan pinang secukupnya
6. Dawai bunga saiz sederhana
7. Bunga hiasan ikut kegemaran masing-masing
8. Pencucuk pin tudung secukupnya (kalau boleh gunakan warna tema hantaran)
9. Aluminium foil secukupnya

B. Cara-cara membuatnya:
1. Basahkan span dalam air sehingga dirasakan span cukup tampung air yang diperlukan. 
2. Balutkan span tadi dengan aluminium foil supaya air tidak mudah tersejat dan sentiasa lembap untuk menyegarkan daun sirih. 
3. Bersihkan daun sirih dan sapukan dengan minyak zaitun kalau mahu dia berkilat, kalau tak mahu lap sahaja dah cukup
4. Kukuhkan span di dalam bekas bunga supaya tidak goyang dan jatuh dengan mudah
5. Susun daun sirih ikut kesukaan dan cucukkan dengan dawai serta susunkan keliling span tadi dan dimatikan dawai apabila sirih sudah memenuhi keliling span tadi. Susunkannya di bahagian bawah tapak sirih.




6. Lekatkan sirih secara menampal pada dinding span dan sematkan pin tudung pada daun tersebut untuk menutup aluminium foil sehingga ke pangkal gubahan
7. Hiaskan bahagian atas sirih junjung dengan bunga kapur, gambir dan pinang dan bunga-bungaan yang lain sambil diselitkan dengan gulungan daun sirih supaya kelihatan penuh (seadanya) di bahagian atas gubahan.
8. Kalau mahu lilitkan bunga melur di sekeliling bahagian bawah sirih junjung untuk menampakkan keklasikan gubahan tersebut.
9. Rajin-rajinkan siram/renjiskan air untuk menyegarkan daun sirih. Simpan gubahan tersebut jauh dari sinaran matahari untuk melambatkan daun tersebut layu.

Kalau lagi kreatif, boleh gubah dengan gaya tersendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang disebutkan di atas.

OKlah, itu sahaja, harap dapat kefahaman yang diperlukan untuk menggubah sendiri sirih junjung jika anda seorang yang suka mencuba. Kepada mereka yang tidak berani buat gubahan sirih junjung sendiri, Amy sedia membantu anda dalam menggubah sirih junjung tersebut.

Itu sahaja, jaga diri lovelies...
Amy pb2     






Wednesday, April 18, 2012

PB: Fina (Bantal nikah), Taman Melawati dan tarikh tutup sewaan bantal dan pelamin... sila baca ya darlings!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua...

Amy nak ucapkan terima kasih kat Fina kerana sudi sewa bantal nikah Amy untuk majlis nikah beliau pada 13 April lepas. Alhamdullilah Fina suka dengan bantal tu sebab tak perlulah dia duduk bersimpuh lama-lama macam duduk kat atas bantal nikah biasa. Kalau nak tahu, Fina ni make up artis untuk cerita Vanilla Coklat... wah i like 1000x... Amy cuba juga cari gambar nikah dia kat google tp belum jumpa. Kalau ada nanti Amy upload ya... (To Fina, if u read this post, hope u can share ur nikah pictures ya dear, using my bantal nikah... ;) ) Mudah betul nak berurusan dengan Fina, terima kasih banyak ya...

Kebaikan gunakan bantal nikah ni antara lain, bantal nikah berkaki kerawang ni boleh diduduki (chewah...) dengan cara macam duduk atas kerusi berkaki rendah. Jadinya, tidaklah lenguh kaki kalau dibandingkan dengan duduk bersimpuh kan? Kalau rasa lenguh, boleh tukar posisi duduk tu dari kiri ke kanan dan sebaliknya. 

Ramai juga customer Amy terutama yang berbadan comel dan tak tahan nak duduk lelama kat bantal nikah biasa tu sangat sukakan bantal ni. Amy pun happy juga bila orang suka dengan service kita kan? Jadinya, kalau ada sesiapa yang mencari kelainan untuk bantal nikah atau tak tahan nak duduk bersimpuh lama-lama, boleh gunakan bantal ni sebagai alternatif.

Ok dearie, kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi Amy segera ya untuk booking sekarang. 

Untuk makluman juga, Amy akan tutup tempahan untuk tarikh sewa bantal dan mini pelamin menggunakan bantal nikah berkaki kerawang mulai 18 Jun hingga 1 Julai 2012 oleh sebab ada hal keluarga yang perlu diselesaikan/diuruskan.

Selain itu, mulai 30 Julai hingga 31 Oktober 2012, Amy hanya akan menyewakan bantal nikah sahaja sebabnya insyaAllah semasa tarikh tu Amy akan berpantang melahirkan anak ketiga Amy. Manakala tempahan bunga rampai masih boleh diambil sebab adik Amy yang akan buat bunga rampai tu (insyaAllah dijamin wangi sebab dia ni lebih expert dari Amy dalam bidang bunga rampai ni...).     

Oklah, itu saja buat masa ni, kalau ada apa-apa pertanyaan jangan malu segan untuk bertanya ya... 

Selamat malam semua.... Sweet dream ya!

Salam Sayang,

Amy PB2.

Sunday, April 8, 2012

PB: Sirih junjung untuk Pn. Khairiah 7 April 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah selamat buat tempahan untuk Pn. Khairiah, sirih junjung tema putih untuk keluarganya.

Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan dan semoga majlis berjalan lancar ya...




Amy gunakan daun sirih, daun fern, macam biasa dihiasi ikatan bunga melur, selain kuntuman pinang, kapur dan gambir sebagai pelengkap hiasan sirih junjung. Penggunaan bunga carnation putih adalah permintaan Pn. Khairiah sendiri untuk diserasikan dengan hantaran keluarganya.

Salam sayang,

Amy PB2

Sunday, April 1, 2012

PB: Cenderahati Fridge Magnet FM FLy Nani (Kemaman), Bantal Nikah Anak Kak Asmah Segambut, , MIni Pelamin Ungu Putih Rina Bdr Tun Razak & Sirih Junjung Lin Setiawangsa

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua + Selamat malam,

** Part 1 **
Amy nak ucapkan terima kasih kepada Nani (Kemaman) atas pembelian Cenderahati Kahwin Fridge Magnet Fly dan telah selamat dihantar menggunakan Pos Laju ke sana pada 25 Mac 2012 lepas ke negeri Darul Iman. Terima kasih Dear! Nani nak tulis nama dia dan pasangan tapi oleh sebab saiz tu dah comel, akhirnya beliau setuju juga untuk tetap mendapatkan FM tu yang cantik dan praktikal untuk dijadikan hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis tunang/kahwin anda nanti. Terima kasih Zila Inani Craft atas bantuan yang diberikan :)

** Part 2 ** 

Untuk Kak Asmah Segambut, terima kasih juga kerana sudi sewa bantal nikah kaki kerawang dan bantal nikah lelaki. Yang bestnya, Amy tertarik tengok pelamin sanding anaknya yang sangat unik dan klasik macam gambar kat bawah ni. Amy sengaja amik gambar ni (dengan kebenaran, ya ;) untuk tatapan bersama...


Unik kan? Tksh anak Kak Asmah... ;)

** Part 3 **

Mini pelamin Rina, Bandar Tun Razak, bertemakan Ungu Putih telah selamat dihantar seperti yang diminta. Terima kasih atas layanan baik dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sekeluarga... Senang betul nak bekerjasama dengan Rina, terima kasih Dearie... Alhamdullilah ramai yang suka dengan mini pelamin Amy ni... ;)

Mini pelamin ungu putih untuk Rina

** Part 4 ** 

Selain semua yang telah Amy tulis kat atas, Lin dari Setiawangsa juga telah sudi menempah sirih junjung bertemakan warna pink yang telah digubah dan selamat diambil oleh kelurga Lin. Semoga majlisnya berjalan lancar ya, insyaAllah... Kali ini Amy lilitkan bunga melur ke sekeliling tiang sirih junjung tu, nampak klasik kan?

Sirih junjung untuk Lin Setiawangsa... Thanks dear atas kepercayaan yang diberikan dan syukur Lin menyukai sirih junjung ni :)
Minggu yang sibuk juga tetapi rasa berbaloi kerana pelanggan berpuas hati dengan khidmat kami. Syukur juga kerana mendapat pelanggan-pelanggan yang mudah sangat untuk berurusan dan Amy hargai setiap kepercayaan dan peluang yang diberikan juga sokongan yang diberikan kepada Amy Pengantinbudget2 ni.
Semoga anda semua dirahmati Allah dan sentiasa bahagia hingga ke akhirat, amin.
Salam sayang, 
Amy PB2.

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter