tag:blogger.com,1999:blog-73945240714899586522024-03-06T07:44:24.462+08:00Persiapan Pengantin Budget a.k.a Amy PBRakan yang dipercayai membantu persiapan perkahwinan pengantin budget.
~Elegan, Murah, Kreatif dan Dipercayai~PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.comBlogger206125tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-9933259281508879522017-09-15T10:54:00.002+08:002017-09-15T10:54:32.157+08:00PB: Selepas TIGA Tahun (2017) - Apa khabar semua?~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Assalam semua.

Lama betul Amy tak update blog ni. Dalam tiga tahun macam tu. Apapun, Amy berterima kasih kepada para pembaca yang masih mencari-cari maklumat dalam blog ni, harap ada yang membantu.

Kenapa dah lama tak kemaskini blog, sebab membesarkan anak-anak la lebih kurang sebab bila beranak kecil ni banyak tumpuan perlu diberikan pada mereka.

Amy percaya, ramai client Amy yang pernah gunakan khidmat Amy pun alhamdullilah telah bahagia dengan keluarga yang dibina. Tumpang gembira sama untuk semua.

Jika ada sesiapa perlukan khidmat nasihat atau perkhidmatan Amy, boleh email ke pengantinbudget2@gmail.com , mungkin tak seaktif dulu, tapi Amy boleh tolong untuk beri nasihat tentang persiapan untuk pengantin budget.

Jaga diri, jaga keluarga dan semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

Salam Sayang,

Amy PB.

September 2017 PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-69734237989382625962014-09-14T18:33:00.000+08:002014-11-27T04:56:12.829+08:00PB: Bantal nikah kerawang (Bukit Tunku, PJ & Kampung Baru, KL - September 2014)~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Diam tak diam, berlalunya Syawal 2014, kini hampir menjelma Zulhijjah, bulan di mana ramai umat Islam menunaikan ibadah haji di Mekah. Ramai jemaah haji yang telah berlepas ke sana. Dalam masa yang sama, cuti sekolah pertengahan tahun 2014 pun sedang berlangsung sekarang kan? Makin banyaklah majlis kenduri-kendara majlis perkahwinan yang diadakan, ramai yang jelasnya mengambil kesempatan masa cuti ini untuk mengumpulkan sanak saudara dengan mengadakan kenduri majlis kesyukuran perkahwinan anakanda tersayang dan kaum keluarga masing-masing.

Jodoh dah sampai, ramai yang langsung ambil kesempatan mengadakan majlis mengikut kemampuan tersendiri. Amy nak ucapkan ribuan terima dalam kesempatan ini kepada kelaurga Pn. Rafziah yang sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy untuk anakanda tersayangnya di Masjid Bukit Tunku pada 6 September lepas. Selain itu, terima kasih juga kepada Cida Kampung Baru yang turut sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy yangtelah digunakan di Masjid KLCC pada minggu lepas.

Semoga anda semua seronok duduk di atas bantal nikah kerawang tu. Dari pemerhatian Amy, pengantin memang tampak gembira dan cantik berseri dan menawan ketika bergambar dan menanti saat dijabkabulkan tempoh hari. Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke Syurga Firdausi, Amin.

Sayang selalu,

Amy PB2.

***Nota kaki: Amy masih lagi menyewakan mini pelamin bajet, gubahan hantaran ready made dan bantal nikah kerawang tu hingga kini. Harga semurah RM 10 hingga ke RM 450, bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan. Hubungi Amy di oi6-25i4647 untuk maklumat lanjut ya. Ataupun emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang informasi.***

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-55974852245788235102014-07-14T08:43:00.000+08:002014-07-15T08:47:29.102+08:00PB: Salam Ramadan, Salam Nuzul Quran.... Moga kita mendapat barokahnya!~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Tiba kini bulan Ramadan yang penuh mulia dan bertaburan pahala amal kebaikan yang Allah kurniakan, bagi sesiapa hambaNya yang berusaha untuk mengutipnya. InsyaAllah.

Tahniah buat pasangan yang sudah selamat mendirikan rumahtangga dan semoga berjaya untuk bakal pengantin yang bakal menikah, mungkin selepas raya ni kan... Selamat beramal, banyakkan bersabar dan semoga sentiasa dipelihara Allah, insyaAllah, amin.

Jaga diri, keluarga dan tetapkan iman kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Sayang selalu,

Amy PBPERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-42014337098431204252014-06-29T13:30:00.000+08:002014-07-12T13:32:48.563+08:00PB: Tips 5 majlis kahwin jimat, sederhana dan meriah~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Tips 5: Tempah atau beli baju nikah/ sanding ikut kemampuan poket sendiri.

Siapa yang tak teringin untuk pakai baju lace prada dengan duchess satin yang mahal, lace veil panjang berjela, mahkota di kepala diperbuat dengan very fine design, betul tak? Amy rasa ramai yang berangan untuk pakai baju secantik itu. Ataupun, nak pakai kain songket halus tempah khas hanya untuk anda berdua, mesti glamour dan vass kan? Semua tu memang boleh kalau anda memang ada duit yang diperuntuk khas dan bila gunakan wang itu, belanja lain masih boleh dibayar dengan selesa. Tetapi, kalau bajet yang ada katalah RM 5,000 (tak kiralah tunai atau kredit limit kad kredit), maka semua belanja yang nak dibayar mestilah hanya dalam bajet itu. Kalau belanja untuk baju sahaja sudah cecah RM5,000 hanya untuk baju (yer, Amy tahu ada yang sanggup untuk dapatkan hasil kerja designer terkenal atau guna material mahal2), jadi dah nyata belanja untuk barang lain tak cukup. Maka baiklah anda rancang semula baju nikah atau sanding anda sebaik mungkin. Logiknya, mana nak dicekau duit lain kalau ada bakal pengantin masih nak teruskan belanja tak berhemah tu kan? Baik jangan susahkan diri.

Untuk beli baju nikah, ada yang sudah dijahit siap di kedai fesyen sekitar KL, Shah Alam dengan harga berpatutan. Kalau nak beli juga kain mahal, mungkin boleh raccee atau usha masa ada jualan murah kedai kain terkenal, atau mungkin yang lebih daring, boleh cari kain remnant di bahagian kain mahal2, mana tau ada rezeki duit boleh dijimatkan di situ. Lepas tu boleh dijahit manik kalau yang rajin, atau ditambah renda eksklusif, atau ditambah batu shining korea untuk menampakkan kelainan.

Banyak kos boleh dijimatkan di situ. Ada yang mahu lebih jimat, menggunakan warna kain selain putih, cream atau off white supaya baju tersebut boleh dipakai seterusnya selepas kahwin, mungkin sebagai baju raya pertama sebagai suami isteri.

Bukan apa, siapa yang pernah baca entry Amy sebelum ni mungkin perasan, Amy ada tulis pasal pengalaman Amy sendiri yang buat baju nikah mahal tapi lepas tu dah tak boleh pakai. Dah tu hubby lak tak setuju. Tapi cantik memanglah cantik, cuma tak best lah kan bila nak kahwin kita berada dalam situasi yang tegang. Ada kawan Amy belajar dari pengalaman kaka dia yang sebelum itu bayar mahal untuk buat baju pengantin, alih-alih hanya menggunakan satin dan ditambah lace sebab tak payah membazir tetapi masih cantik dipakai sebagai raja sehari masa majlis sandig dan nikah dia.

Apapun, fikirlah masak-masak kos untuk tempah atau buat baju kahwin, pastikan tidak mambazir dan senang untuk poket keluarkan duit. Selamat berjimat dan masih bergaya dengan cantik dan anggun ya!

Salam sayang,

Amy PB.

Tips 5: Tempah atau beli baju nikah PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-32271988992651223382014-06-27T16:46:00.002+08:002014-06-27T16:46:56.613+08:00PB: Tips 4. Majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Tips 4. Kad jemputan kahwin biarlah yang sederhana, pada Amy idealnya sekeping kad tidak lebih RM 1. Melainkan kalau bakal pengantin bajet kahwinnya lebih RM 25,000 mungkin boleh membayar kad jemputan yang melebihi RM 1 ini. Bukan apa, ikut pengalaman, sesudah majlis kadnya akan dibuang atau pun, semasa jemputan mahu ke kenduri tersebut, petanya yang menjadi rujukan. Lain-lain akan ke tong sampah jua.

Banyak syarikat online menawarkan harga murah beserta bunting, penunjuk arah dan lain-lain jika b2b pandai mencarinya. Kalau di desa/kampung dulu, orang tua pengantin siap fotostat kad jemputan, kira satu usaha untuk menjemput jugalah kan, daripada bercakap mulut aja.

Apa yang penting, tujuan untuk meraikan pengantin adalah penting dan memberi ucapan/doa terbaik kepada mereka, di samping mengurangkan beban pengantin baru dengan diselitkan duit salam kaut ataupun pemberian hadiah untuk kelengkapan rumah baru mereka nanti.

Amy pb2PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-73368131337017435612014-06-11T22:00:00.000+08:002014-06-27T16:47:24.706+08:00PB: Tips 2 dan 3 majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua, tip seterusnya...

Tips 2. Tetapkan jumlah wang hantaran mengikut kemampuan dan jangan ambil pinjaman kewangan peribadi (personal loan) jika boleh.

Ini kerana kadar faedahnya adalah tinggi dan tempoh bayaran juga selalunya lebih panjang untuk mendapatkan bayaran bulanan rendah.

- mula simpan dari awal jika boleh seawal bekerja setinggi mungkin dari pendapatan setelah ditolak belanja yang perlu. Dari pembacaan Amy, ramai golongan muda belia yang berebut-rebut beli kereta dan pakai kad kredit pada awal mula bekerja. Ini menghadkan kadar tabungan kita untuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan dari kadar belanja kita

sebulan.

Mungkin dari tetapkan RM 10 ribu hantaran, mungkin boleh dikurangkan dari itu dan sediakan kelengkapan rumah setelah kahwin nanti.

Tips3. Cenderahati kahwin / goody bag untuk tetamu biarlah ikut kemampuan.

Sekiranya bajet kita hanya RM 2 untuk seorang tetamu, tetapkan belanja kos tersebut dan jangan melebihi bajet. Contohnya jika tetamu dianggarkan seramai 800 orang, sediakan RM 1,600 sahaja dan tidak lebih dari itu. Lihat ya, RM 1,600 tu banyak ya. Jika tidak, apa kata kita hadiahkan telur rebus, amalan generasi kita terdahulu yang disimpan dalam bekas cantik berhias. Tahukah kita maksudnya telur itu adalah mendoakan kesuburan dan kemakmuran pasangan pengantin yang diraikan....?

Amy akan kongsikan lagi tips dalam entry akan datang. InsyaAllah semoga majlis perkahwinan anda akan diberkati dan dirahmati Allah, dan Allah amat menyukai majlis walimatul urus yang tidak membebankan dan tidak membazir.

Until thn, take care ok!

Amy PBPERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-33203620029969880732014-06-10T21:00:00.000+08:002014-06-20T04:35:03.186+08:00PB: Tip 1 majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Baiklah, Amy nak rujuk semula pada post sebelum ini, nak beri tip macamana nak buat majlis kahwin meriah dengan kos sederhana.

Tips 1 - Buat majlis sekali sahaja atau ringkasnya, majlis nikah sekali menjamu semua tetamu!

Katalah bakal pengantin nak menikah hari 13 September 2014, Sabtu, pukul 11.30 pagi. Makanya setelah selamat bernikah sejam kemudian (anggaran masa), tetamu jemputan dijamu terus dengan nasi minyak pengantin pukul 12.30-4.30 petang. Jadi dalam kad jemputan tu kena dimaklumkan nikah pukul berapa, makan pukul berapa, lokasi dan lain-lain.

Dari segi kemudahan logistik pun senang untuk keluarga dan sanak - saudara datang sekali sahaja, tak perlu ulang-alik dan sewa hotel atau tumpang rumah saudara dsbnya. Tetapi perlu diingat, majlis sebegini perlu rancangan awal sebab khemah kena sedia sebelum majlis, makanan tiba pada masanya dan tempat nikah tak jauh dari tempat kenduri nasi minyak. Contohnya! Ada kenalan Amy yang buat majlis di salah sebuah masjid di KL, lepas tu terus jamu tetamu di dewan makan masjid tu. Dan lepas tu majlis pun selesai.... Ringkas dan barokah nampaknya, insyaAllah!

Setuju tak dengan tips 1 ni? Bincang elok-elok dengan famili, persiapan awal perlu dibuat untuk pastikan majlis berjalan lancar.

"Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab." Nampak tak, hanya seekor kambing. Tetamu mungkin dalam anggaran semasa 10 dulang atau kurang. Dalam 50 orang atau lebih. Jimat dan ringkaskan?

Ada juga sebegini:

"Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau yang dihadiri Rasulullah, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu. Ini bermakna, jenis makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu bergantung kepada kemampuan."

Sumber: fb Eddywan I am Muslim

Semoga kita semua mendapat manfaatnya, insyaAllah...

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-64472089461356299262014-06-08T23:58:00.000+08:002014-06-15T23:59:32.016+08:00PB:Kenapa kos nak kahwin mahal sangat? ~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Aduhai, kesiannya bila Amy baca jumlah standard wang hantaran kahwin tahun semasa sangat tinggi, sehingga paling koman rm 10,000, malah ada yang lebih lagi dari rm10k tu....

Masa Amy kahwin 9 tahun lepas belum sampai rm 10 k. Masa tu dah nak cicah dah jumlah tu, tapi sekarang, dah lebih dari tu.

Pada Amy, kalau betul-betul mampu nak beri jumlah hantaran sebanyak tu kepada bakal isteri adalah dialu-alukan, bertuah badan wanita tu. Tetapi..... Kalau tak cukup duit, tapi sangat sayang n cinta kat tunang kita tu, berilah ikut kemampuan.

Sebenarnya, minta maaf nak bagitahu ni, pihak wanita akan menggunakan duit tu untuk taja majlis di pihak mereka. Kalau keluarga wanita tu dah mampu, tak perlu nk minta jumlah tinggi macam tu, sebab kebanyakan teruna yang nak kahwin tu mesti baru mula bekerja dan paling tepat mesti tak sampai 5 tahun bekerja. Tak payah nak putar cerita lah kan, kalau ikutkan mana mampu nak simpan duit banyak. Nak nak kalau teruna tu awal bekerja dah beli kereta baru, tinggal rumah bujang, kerja di bandar besar, segak bergaya sangat dan sangat mengikuti perubahan gajet terkini yang ada di pasaran.

Tak salah kalau kita cuba berbelanja ikut kemampuan diri. Lantaklah kalau orang nak kata majlis macam tak ada duit atau jumlah wang hantaran kita sikit, sebab orang-orang yang bercakap tu bukannya menghulurkan wang bantuan kepada kita, betul tak?

Pada Amy, kehidupan lepas majlis kahwin tu yang lebih penting, ibaratnya, kemeriahan majlis kahwin hanya untuk 4 hari (2 hari sebelah wanita, 2 hari sebelah teruna). Lepas tu bermulalah kehidupan sebenar sebagai suami isteri yan sah.

Mana nak bayar sewa rumah, macam di Kuala Lumpur ni, sewa rumah paling paling murah rm600, itupun kalau tuan rumah baik hati tak naikkan harga. Tak kanlah dah kahwin nak sewa bilik pulak kat rumah yang bercampur penghuninya kan? Mana nak dibeli barang dapur, bayar bil-bil utiliti, nak beri ibu ayah, belanja makan di pejabat, nak bayar hutang ambil loan nak kahwin lagi. Aduhai, memanglah berkahwin tu insyaAllah akan menambah rezeki, tetapi jika tidak dikawal perbelanjaan keluarga, bagaimana setiap kos yang perlu dibayar SETIAP BULAN ni boleh dibayar?

Masa persiapan kahwin tu, bakal pengantin perlu beli set katil baru, nak beli barang hantaran mahal-mahal yang ada kala tak mampu sebenarnya untuk dibeli, nak sewa baju pengantin baru, buah tangan yang best2 kepada tetamu, kos makan yang sedap2 untuk tetamu yang hadir dsbnya. Semua kos itu sangat besar dan belum lagi masuk kos bertunang, kos nak tampung sedikit sebanyak belanja saudara mara yang datang memeriahkan majlis kita ni, sewa hotel/rumah untuk keluarga yang datang dari jauh dll. Walau apapun keputusan anda, pastikan semua tu dibuat dengan ikhlas ya.

Itu belum lagi kos untuk melengkapkan peralatan di rumah sendiri yang baru dimasuki sebagai suami isteri. Tv, sofa, meja makan, dapur, almari, mesin basuh, dll yang terpulanglah jumlah nya mengikut selera dan pandangan masing2.

Dearest semua, memang sangat banyak kos yang perlu dikelurkan, itu belum masuk lagi kos tambahan. Jika Allah berikan cahayamata dalam masa terdekat, semua persiapan itu juga adalah kos.

Nanti Amy akan kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dipraktikkan untuk merancang majlis kahwin anda yang meriah dalam kos yang sederhana. InsyaAllah.

Until then, salam sayang, good night all!!!

Amy pb2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-67124813226737288722014-06-07T11:05:00.000+08:002014-06-14T11:08:54.163+08:00PB: Sewaan hantaran siap a.k.a ready made serendah RM 10 sedulang (T&C)~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam dan salam sejahtera semua,

Untuk bride to be yang masih dalam masalah nak cari gubahan hantaran atau nak pergi beli barang untuk gubah hantaran yang kosnya semakin meningkat sekarang ni, Amy ada penyelesaiannya.

Sewaan gubahan hanataran serendah RM10 untuk disewa sekarang! Sehingga boleh dipakai atau stok kehabisan.

Warna tema ungu putih,

Hijau putih dan

ungu, pink, purple untuk Disewa.

warna maroon Putih

juga untuk sesiapa yang berminat.

Sila hubungi Amy di oi6-25i-4746 sekarang!

Atau emailkan ke pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

P/s: untuk makluman, gubahan ini oernah keluar dlm majalah pengantin tahun lepas.

Salam sayang, Amy pb2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-3413336161216950652014-05-29T08:01:00.000+08:002014-06-09T17:37:58.570+08:00PB: Amy masih menerima sewaan bantal kerawang dan cenderahati FM fly dan lain-lain (ditulis pada 29 Mei 2014)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam dan selamat sejahtera semua.

Untuk makluman semua, bantal nikah/ tunang kerawang yang sangat diminati masih ada untuk sewaan. Harga promosi untuk bantal cantik tersebut sekarang hanya RM 80 untuk kawasan KL. jangan tunggu lagi, sila buat tempahan sekarang. Untuk bulan September 2012, sudah ada 2 tempahan dibuat. Cepat, cepat jangan ketinggalan untuk menyewa bantal kerawang yang unik dan cantik ini.

Saiz: 100 sentimeter x 100 sentimeter x sejengkal

Ada 5 kaki, insyaAllah kukuh, berkerawang bunga dan daun menarik, warna putih.

Ramai yang kata bila dah duduk atas kerusi / bantal ni rasanya bak puteri raja!

Jom tempah, siapa cepat, dia dapat!

Sayang selalu,

Amy pengantinbudget

pengantinbudget2@gmail.com

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-35236791865952502014-04-25T01:26:00.001+08:002014-04-25T01:28:25.041+08:00PB2: RM 80 sahaja untuk sewaan bantal nikah berkaki kerawang bermula 25 April 2014.~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Assalam dan salam sejahtera semua, Amy buat sewaan bantal nikah berkaki kerawang dengan harga runtuh, RM 80 untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja, termasuk penghantaran.

Siapa cepat dia dapat, bermula 25 April 2014.

Hubungi pengantinbudget2@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.

Jangan lepaskan peluang ni, yang julung kali diadakan!!!

Kelebihannya: saiz bantal besar, kukuh, unik dan selesa bak sang puteri di atas peterana.

Salam sayang,

Amy PB2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-79574175654104095212014-04-20T11:12:00.001+08:002014-04-20T11:12:25.054+08:00PB2: Ready made hantaran dan bunga rampai.~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam lovelies, just nak update Amy baru selesai set up mini pelamin menggunakan 2 bantal nikah kerawang tu di Petaling Jaya. insyaAllah kalau tak ada aral Amy post gambar k!

Next project, insyaAllah tempahan gubahan hantaran ready made tema ungu putih dan merah , maroon dan putih. Selain tu,tempahan bunga rampai pun akan dibuat.

Until then, have good, relax and enjoyable day ya!

Hugs and kisses,

Amy PB2.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-57491370873755682302014-04-04T16:38:00.000+08:002014-04-14T11:48:58.086+08:00PB2: Alas dulang Husna, bantal nikah Masjid Wilayah, bunga rampai dan sewaan mini pelamin DIY~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam ladies... Ingat lagi tak pada link ni?

Masa tu Husna kata dia insyaAllah akan menggunakan khidmat Amy lagi untuk sewaan alas dulang. Alhamdullilah Husna masih sudi menggunakan khidmat alas dulang satin dan embroidery Amy lagi bulan November hari tu. Warna yang disewa adalah biru dan ungu putih. Terima kasih Husna atas kepercayaan yang diberikan. Kira ni salah seorang repeat customer Amy dalam sewaan alas dulang ni...

Bantal nikah berkaki kerawang juga telah disewa dan digunakan di Masjid Wilayah, KL. Terima kasih.

Bunga rampai turut mendapat sambutan terutama dari pelanggan setia Amy. Alhamdullilah.

Satu lagi cabang menyewa alatan mini pelamin DIY telah disewakan bertemakan warna putih, peach, maroon dan pink.

Terima kasih semua yang telah memberikan sokongan.

Amy PB2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-13572856742792817602014-02-25T02:34:00.001+08:002014-02-25T02:34:57.416+08:00PB: Update 2014 - masih persiapan pengantin bajet!~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua. Amy doakan semua sihat sejahtera, mewah rezeki dan sihat selalu ya.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong Amy melalui persiapan pengantin budget Amy ni.

Masih tersedia bantal nikah berkaki kerawang untuk bakal pengantin yang mahukan bantal nikah yang lain dari yang lain untuk diabadikan bersama pada hari bersejarah anda.

Selain itu, khidmat sewaan pelamin mini bajet dan gubahan hantaran turut ditawarkan. Something went wrong with my fon's mail, new photos will be uploaded soon, especially towards the end of year 2013, insyaAllah.

Untuk yang meminati cenderahati kahwin eksklusif dari Inani Craft, pihak kami turut bersedia membantu anda dalam hal ini.

InsyaAllah kepada sesiapa yang ingin hubungi Amy boleh emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Salam sayang unuk semua, semoga sentiasa bahagia dan ceria di samping yang tersayang, semoga cinta sampai ke syurga, amin....

Amy PB

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-16665374356743929282013-12-23T18:34:00.001+08:002013-12-23T18:34:24.457+08:00PB: Sewaan bantal nikah kerawang untuk majlis cukur jambul, Nurul, Kampung Baru~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

New Job, Bantal nikah for cukur jambul.

Idea dari Nurul Kampung Baru, untuk menggunakan bantal nikah kerawang sebagai props utama dalam majlis cukur jambul anak sulungnya bulan November lalu.

Satu idea yang segar, lain dari yang lain. Kalau Nurul sudi kongsi gambar dengan Amy, nanti Amy post kat sini yer. Mungkin mummy-mummy di luar sana boleh tiru idea ni kan?

Terima kasih Nurul.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-11537645487564685262013-12-23T18:27:00.001+08:002013-12-23T18:27:50.390+08:00PB: Sewaan alas dulang Husna: warna biru dan ungu dengan embroidery~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam ladies... Ingat lagi tak pada link ni?

Masa tu Husna kata dia insyaAllah akan menggunakan khidmat Amy lagi untuk sewaan alas dulang. Alhamdullilah Husna masih sudi menggunakan khidmat alas dulang satin dan embroidery Amy lagi bulan November hari tu. Warna yang disewa adalah biru dan ungu putih. Terima kasih Husna atas kepercayaan yang diberikan. Kira ni salah seorang repeat customer Amy dalam sewaan alas dulang ni...

Warna alas dulang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

ALAS SIFON

Putih

Merah tua (marron)

Hijau

Biru firus

Ungu

ALAS EMBROIDERY

Putih perak (white silver embroidery)

Kuning embroidery

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-31989779458482345492013-11-01T13:45:00.000+08:002013-11-15T13:46:24.278+08:00PB: Tempahan Fridge Magnet dari Terengganu, terima kasih Aziela!~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Terima kasih Aziela dari Kuala Terengganu untuk tempahan fridge magnet tu ya. Harap Aziela suka. Amy nak kongsikan dengan anda antara gambar yang sempat Amy ambil sebelum dihantar kepada Aziela.

Sesuatu yang menarik tentang fridge magnet ni, sangat comel dan telah siap dibungkus dengan hiasan bunga dan riben. Hanya perlu dimasukkan ke dalam beg goodie ataupun diberikan sebegitu sahaja.

Disiapkan dengan tulisan "Terima Kasih" di bawahnya. Menarik bukan? Berminat, sila hubungi Amy segera di pengantinbudegt2@gmail.com / oi6-25i4746 untuk maklumat/tempahan.

Salam Sayang dan terima kasih.

Amy pb2PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-31937490588763696202013-10-02T16:11:00.000+08:002013-10-02T16:11:56.558+08:00PB: Masihkah dikau ingat tentang gubahan pink ungu kelabu itew?~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Masihkah anda ingat, Amy ada beritahu mahu upload video pasal gubahan hantaran pink ungu kelabu dari posting kat sini?

OK, sebelum Amy lupakan janji Amy tu, (huhu, sorrylah lambat upload), ini dia Amy nak kongsikan pada semua atau sesiapa yang nak tengok atau yang mencari ilham untuk gubah hantaran menggunakan kombinasi warna pink, ungu dan kelabu. Pada Amy, nampak agak klasik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri feminin sebab menggunakan warna merah jambu. Saksikanlah, video yang shaky (pardon me) tetapi tak kisah, janji Amy nak kongsikan sesuatu yang mungkin boleh beri ilham kepada b2b yang sedang membaca atau saja-saja nak cuci mata.

Enjoice, ok!

Have a nice day everyone...

Love, Amy.

p/s: Kalau berminat nak tempah hantaran, hubungi Amy di pengantinbudget2@gmail.com ya. Terima kasih.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-35379601190488508992013-10-01T04:54:00.004+08:002013-10-01T04:54:54.042+08:00PB: Sewaan set alas dulang putih, lengkap alas satin dan manik embroidery untuk Husna Damansara~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua, Amy nak kongsi kat sini, sewaan set alas dulang dan dulang masih ada Amy buat untuk sesiapa yang berminat.

Malam tadi Husna dari Damansara telah sudi untuk sewa set warna putih alas dulang Amy untuk kawan pejabat dia. Menurut Husna kawannya tu kebetulan adik ipar FBI, deejay radio yang sangat terkenal dan ramai peminat tu. InsyaAllah Husna juga dah booking untuk majlis nikah kawannya pada bulan Nov kalau tak salah dengar.

Apa pun, terima kasih Husna atas kepercayaan yang diberikan. Kalau berminat nak sewa hubungi Amy sekarang di email pengantinbudget2@gmail.com atau sms oi6-25i4746 ya. Sewaan maksimum selama seminggu dengan safety deposit rm 50.

Salam sayang,

Amy PB2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-77161920412595814592013-09-27T02:19:00.000+08:002013-09-27T02:19:07.201+08:00PB: Isu hantaran kahwin tinggi sekarang ni. Betul ke?~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Hantaran mahal, mencecah rm 10,000. Aduhai, bila Amy dengar pun macam, tertelanlah juga air liur sebab mana nak dapat duit sebanyak tu untuk disediakan untuk majlis kahwin. Minta maaf ya, Bukan Amy tak setuju dengan jumlah tu, tetapi bila difikirkan secara warasnya, seorang anak bujang yang baru habis belajar dan baru bekerja tak sampai 5 tahun, agak payah sebenarnya nak kumpul duit banyak tu. Melainkan kalau gaji mula kerja dia dah capai rm 5,000.00 sebulan. Tapi bukan semua orang bernasib baik dapat kerja dengan gaji setinggi tu. Amy dulu pun masa baru mula kerja (11 tahun dulu la...) baru rm 1500.00 sebulan. Itu pun bernasib baik dapat kerja awal, ada yang lambat juga dapat kerja. Kalau sekarang dengarnya kalau graduan baru keluar universiti gaji dapat dalam rm 2,200 , bergantung kepada kerja yang dia dapat. Jadinya, bila masa nak kumpul duit untuk cukupkan rm 10,000 tu dalam masa kurang dua tahun? Dibebankan lagi dengan segala belanja untuk menyara diri sendiri yang nak bayar itu ini kan.

Itulah sebabnya agak mustahil untuk seorang anak muda untuk mudah simpan duit banyak, melainkan dia seorang yang sangat pandai merancang kewangan dia dari awal dan tidak boros, tidak beli barang berjenama, dan pandai beringat. Kalau ada, syukurlah anak gadis yang dapat bakal suami yang macam tu.

Apapun, terpulanaglah kepada pilihan masing-masing. Ada ibu bapa pengantin perempuan yang faham, yang mereka bukan nak jual anak, cukup untuk pastikan anak perempuan mereka mendapat suami yang boleh menjaga dengan baik anak mereka dan boleh membimbing ke arah jalan Allah.

Tepuk dada, tanya selera dan iman. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting supaya tidak membebankan dan pengantin tu boleh bincang baik-baik sama sendiri kan. Kalau boleh tak mahulah berhutang kan, kalau boleh elak, cubalah elakkan ya.

Oklah, semoga semuanya berjalan lancar. Perkahwinan yang tidak membebankan akan membawa kepada kebahagiaan dan Allah suka kepada orang yang tidak membazir. Ingatan kepada diri sendiri juga yang ada anak kecil haha. InsyaAllah.

Take care...

Amy pb2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-34254825606638976312013-09-18T12:52:00.000+08:002013-09-18T12:52:48.956+08:00PB: Iklan bantal nikah berkaki kerawang...~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Berlalu sudah Syawal, kini mejengah pula bulan Zulkaedah, musim orang berangkat ke Tanah Suci, sebelum tibanya bulan Zulhijjah, bulan menunaikan Haji. Amy doakan para jemaah haji tahun ini selamat dan sempurna menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur, insyaAllah, amin...

Apa khabar semua? Lama betul Amy tidak update belog Amy ni, dah berabuk rasanya. Sebenarnya Amy selalu jenguk belog Amy ni, cuma tidak sempat untuk update yang terkini. Sampaikan, ada juga yang bertanya, Amy masih buat perkhidmatan sewaan mini pelamin lagi atau tidak. Jawapannya, masih lagi, cuma sekarang agak perlahan, kerana menguruskan keluarga yang semakin berkembang, dan kerja-kerja yang sentiasa menuntut perhatian yang lebih. Tetapi, macam selalu, minat Amy pada bidang perkahwinan ini masih menebal, alhamdullilah.

Amy suka nak kongsi di sini, beberapa belog/link yang telah memaparkan bantal nikah/bertunang kerawang Amy yang masih mendapat sambutan dari b2b di luar sana.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Amy yang telah menggunakan perkhidmatan Amy ni, dan juga yang hanya survey, buat perbandingan dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda.

Until then, happy viewing and take good care ok!

Sayang selalu,

Amy PB

berkenaan jenis-jenis bantal nikah yang ada, evolusinya dan ceritera di sebaliknya...

tentang client Amy gunakan bantal nikah di semasa hari pernikahannya.

dan juga yang ini ya...

gambar client yang pernah sewa bantal nikah kerawang Amy.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-76522429940125957732013-07-15T18:50:00.001+08:002013-07-15T18:50:26.736+08:00PB: Salam Ramadan 2013 dan tempahan bantal nikah kerawang... ~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Sudah tiba Ramadan tahun ini, cepat sungguh masa berlalu, dah setahun pun Amy meninggalkan kenangan mengandung dan melahirkan baby Safurah Khayla tahun lepas, pada bulan puasa, Julai 2012. Dan, sungguh la diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengganti semula 28 hari puasa sebab keuzuran semasa mengandungkan anak tahun lepas dua hari sebelum bermulanya puasa tahun ni. Apapun, alhamdullilah.

Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya, dan kita semua diberikan kesempatan yang lebih untuk mengaut pahala yang berlipat ganda dan bersepah-sepah yang ada pada bulan Ramadan ini. Jom kita usaha untuk merebutnya.

Puasa,puasa juga persiapan kahwin jangan dilupa yang akan disambut paling awal pada raya ketiga nanti. Lumrah setiap tahun, setelah melepaskan Ramadan, lazimnya bakal pengantin mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin semasa sanak saudara masih lagi berkumpul di kampung halaman masing-masing, betul tak?

Alhamdullilah, untuk Ogos ini, 24 hari bulan telah penuh tempahan untuk bantal nikah berkaki kerawang. Alhamdullilah, masih menjadi pilihan bakal pengantin perempuan untuk duduk di atas bantal yang lain daripada yang lain tu semasa menanti detik diijabkabulkan.

Untuk tarikh lain masih ada, sila hubungi Amy untuk sebarang pertanyaan ya melalui email pengantinbudget2@gmail.com atau telefon Amy oi6.25i.4746

Terima kasih tak terhingga untuk sokongan dan dorongan anda kepada Amy, semoga semua mendapat manfaatnya.

Selamat berbuka puasa dan jaga diri ya!

Salam sayang,

Amy pb2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-48363775146937783312013-07-08T14:18:00.003+08:002013-07-08T14:19:52.846+08:00PB2: Sirih Junjung warna tema ungu untuk adik saudara Noora~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Nak kongsikan sirih junjung yang telah Amy gubahkan untuk kawan Amy, Noora minggu lepas, bertemakan warna Ungu.

Bahan-bahan:

1. Sirih (dalam 60 helai)

2. Span Basah

3. Aluminium foil (untuk balut span)

4. Dawai halus dan boleh lentur

5. Penyucuk sate (secukupnya)

6. Bekas bunga

7. Peniti berwarna (secukupnya)

8. Bunga gambir, kapur, biji cengkih secukupnya

9. Bunga ros/baby breath/kekwa/bunga melur secukupnya

Hasil gubahan Amy seperti di bawah. Sekiranya berminat, sila buat tempahan dalam masa 2 minggu dan ambil dalam sehari sebelum majlis di Taman Ehsan, Kepong ya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Amy oi6.25i.4746

Salam Sayang,

Amy PB2.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-51505463647613039682013-06-23T14:09:00.000+08:002013-07-08T14:11:47.519+08:00PB: Veil ready made dan harga berpatutan untuk perhiasan ratu sehari~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Amy nak kongsikan dengan anda semua untuk sesiapa yang mungkin tercari-cari veil untuk digunakan pada hari pertunangan atau pernikahan yang bakal tiba.

Boleh tengok gambar ini ya.

Lokasi: Gerai di hadapan Wisma Yakin / berhadapan Masjid India

Harga : Harga pembukaan RM 60 (mungkin boleh tawar lagi kalau nak murah dan kalau abang/kakak tu bagi... hehe)

Warna : Putih/Hitam/Coklat/Ungu/Merah jambu (Mungkin boleh Tanya kalau ada warna lain).

Saiz : Bulat dan abang tu kata lebih besar sikit dari veil biasa

Abang yang layan Amy tu kira baik jugalah sebab benarkan Amy ambil gambar walaupun tak beli. Siap kata boleh tolong promotekan. Ha, so sekarang Amy kongsi kat sini. Kalau nak silalah ya. Bak kata abang tu, dalam 2 bulan dah berada dalam pasaran.

Bukan apa, kebelakangan ni Amy nampak ramai yang DIY veil dengan manik-manik yang cantik-cantik. Untuk sesiapa yang tidak sempat nak buat sendiri, tapi berangan-angan nak mengenakan veil yang agak mewah dengan manik dan laca (sederhana lebih dari biasa), boleh cuba tengok dan beli veil ni jika berminat.

Salam Sayang,

Amy PB2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7394524071489958652.post-55204458290512208962013-06-09T13:58:00.000+08:002013-07-08T13:59:40.145+08:00PB2: Gubahan hantaran pink ungu kedesaan Inggeris / Pink Purple English style~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Sihat? Amy harap semuanya sihat sentiasa, mewah rezeki dan positif sentiasa melalui kehidupan, baik untuk yang masih solo atau yang telah berumahtangga. Untuk yang sedang menuju ke alam berumahtangga, harap anda dah persiapkan diri dengan skil-skil memasak dan membuat kerja rumah ya. Kira bila dah kahwin ni jadi medan untuk menunjukkan skil anda kepada juri tetap, iaitu suami tersayang anda. Betul tak?

Ok, Amy nak kongsi gubahan hantaran untuk adik Mona yang telah Amy siapkan bulan Mei lalu bertemakan warna pink ungu kedesaan Inggeris.

Alhamdullilah, Mona merupakan pelanggan Amy sebelum ini yang pernah ambil khidmat mini pelamin ringkas Amy dulu, macam dalam entri ini.

Terima kasih Mona dengan kepercayaan yang diberikan.

Ini hanyalah gambar awal, insyaAllah Amy akan upload gambar yang lengkap, siap dengan video lagi untuk rujukan anda, atau sesiapa yang berminat ya.

Untuk then, enjoice ya!

Salam sayang,

Amy PB2

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGEThttp://www.blogger.com/profile/11559630063805912743noreply@blogger.com0