Sunday, March 20, 2011

PB: Hujan emas di negeri orang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua. Amy nak bagitau, kalau ada b2b nak hubungi Amy untuk 8 hari dari sekarang, boleh hubungi Amy melalui email pengantinbudget2@gmail.com ya. Kalau boleh, tidak digalakkan telefon Amy sebab nanti bil anda mahal sebab Amy berada di luar kawasan dari kebiasaan. Selepas 27 Mac 2011, talian telefon Amy akan kembali seperti biasa ya. 

Terima kasih atas perhatian pembaca yang sangat Amy hargai. Nite nite semua... ;) 

Wednesday, March 16, 2011

PB: Dilema Bakal Pengantin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Nak buat persiapan ikut kemahuan sendiri ke ikut kemahuan orang lain, terutama ibu kita? 

Hm, ini satu topik yang Amy sendiri pernah lalui. Kita nak buat majlis kahwin sederhana, ibu nak besar-besaran, padahal budget "ciput"... Haha, memang banyak "pergaduhan" yang berlaku antara Amy dengan mama, alih-alih tidak mahu dilabel sebagai anak durhaka, ikutkan aja cakap ibu kita.

Susah sebenarnya bila kita berada dalam keadaan ini. Tapi untuk selamat, ikutkan ajalah, sebab kalau melawan kan tak baik. Tapi rasanya zaman sekarang ni ramai yang suka buat keputusan sendiri, rombongan merisik lagi anak-anak sudah ada jawapan majlis bila, berapa hantaran, mas kahwin, yang ibu bapa ni ikutkan aja lah... Aik, dah terbalik...  

Tapi bagus juga, sebab perbelanjaan/persiapan kahwin ikut kemampuan pasangan yang nak kahwin itu sendiri.Yang pasti, usahakan majlis berjalan lancar dan tidak membebankan bakal pengantin baru di kemudiaan hari.

Jaga diri dan salam sayang,
Amy PB2.

Tuesday, March 15, 2011

PB2: Koleksi Pelamin mini

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam beautiful ladies,
Enjoy my collections of mini pelamin ya,
Lots of love,
Amy, PB2.

Sunday, March 13, 2011

PB: Fridge Magnet Fly untuk Sahara

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Terima kasih  banyak-banyak Sahara atas pembelian Fridge Magnet Fly warna-warni yang telah diambil pagi tadi. Majlis dia lambat lagi tapi bila hati dah berkenan, memang tak boleh tahan ;). 

Ini gambar kotak dalam boot kereta. Sila abaikan benda2 lain yang tidak berkenaan... hehehe...

 Sangat senang berurusan dengan Sahara dan tunangnya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan akak doakan semoga perhubungan anda berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan tak lupa, Selamat Pengantin Baru yer... ;)  

Amy, PB2.

Saturday, March 12, 2011

PB: Tsunami langgar Jepun!!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua, Dalam membuat persiapan kahwin, janganlah kita lupa nak tengok perkembangan semasa. Macam hari tu pasangan pengantin di Segamat terpaksa berkahwin dalam banjir sebab banjir melanda Segamat dengan teruk berminggu-minggu lamanya. Ada juga yang majlis kenduri berlangsung dalam air banjir setinggi buku lali, hujan lebat dan sebagainya...
Yang terbaru, tersentak juga Amy bila dengar Jepun dilanda gempa bumi berukuran 6.6 skala Ritcher semalam dan yang paling teruk ialah Sendai dekat dengan Miyagi. Kawasan Tokyo yang beratus kilometer tu pun kena sama tempiasnya. Dan yang lebih membimbangkan ada yang kata ianya mungkin lebih dari itu iaitu setinggi 8.9 skala Ritcher.
Ada juga geologist rakyat Amerika berkata tenaga gempa bumi yang berlaku semalam dikatakan paling dahsyat dalam tempoh 20 tahun dan antara yang terburuk sejak 1900 itu, berkekuatan menyamai jumlah penggunaan tenaga selama sebulan. (Ya Allah, sangat kuat tu...)
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami...
Tergerak hati nak cari doa-doa yang boleh diamalkan, Amy cari2 jumpa di blog ini
dan Amy letakkan di bawah ni.
Walaupun Jepun tu kita kira jauh, tetapi kesannya boleh melanda negara2 lain, contohnya ada berita menjangkakan kawasan Sabah mungkin akan terkena kesan Tsunami tersebut. Ada macam-macam rakaman dalam Youtube pasal Gempa Bumi di Jepun ni, sanggup atau tak nak tengok. Apa-apa pun jom kita amalkan doa-doa ni yang boleh kita amalkan setiap masa sebagai ikhtiar untuk mendapatkan lindungan Allah. InsyaAllah.
Buat warga Jepun dan negara-negara sekitar, bersabarlah dan pohon pada Allah untuk dilindungi dan diselamatkan. Doa kami untuk anda.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.
Maksudnya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim
Maksudnya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Secara ringkasnya: Gempa bumi --> Tsunami --> kemusnahan Lain-lain berita:
http://news.yahoo.com/s/ap/ap_on_re_as/as_japan_earthquake http://www.npr.org/2011/03/11/134444531/major-tsunami-damage-in-northern-japan http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-12714558

Tuesday, March 8, 2011

PB: How sweet peach white theme colour

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hi beautiful ladies,
Remember this post?   
Here you are, the pic of the sweet Mimie. I kinda love this pics, showing how beautiful and elegant Mimie is and my mini pelamin shown out very clear in this pic...

Pic credit to Alea, MUA of Mimie. 

Love it... ;) 

Saturday, March 5, 2011

PB: Sirih Junjung, Bunga Tangan dan Potpuri untuk Tun

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ini pula Sirih Junjung, 



Bunga Tangan (ops, enterframe sekejap with my lovely dotter n son, ngeee ;))


 dan
Gubahan potpuri (yang mana bekas besi sudah siap digubah oleh pihak lain)...


 Selain tu, Amy ada juga bantu Tun dalam menghias tangga rumah dia, hasilnya sebegini ya puan-puan (actually my first time doing this stairs deco ;) and i loike the bears, geram... ;))


Selamat Pengantin Baru Tun, Semoga bahagia hingga ke akhir hayat ;)

PB: Pelamin Mini Hitam Merah untuk Alea Kajang

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Ingat lagi tak entry ni? Ok ok, inilah masanya untuk Amy letak gambar yang terhutang sejak beberapa minggu yang lepas. 

Majlis tunang Alea berkonsepkan warna hitam perak, makanya Amy rasa bila guna gabungan warna merah dan hitam akan nampak timbul, dicampur dengan warna putih yang wajib. Satu lagi, dulu kan Amy ada kata Alea kreatifkan, tang kreatif tu ialah bila Alea pasang sendiri kelambu putih untuk nampakkan lebih comel dan manis gitu.

Inilah gambarnya, mungkin boleh beri inspirasi kepada b2b di luar sana.



Salam Sayang, Amy, PB2 
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter