~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Nak buat persiapan ikut kemahuan sendiri ke ikut kemahuan orang lain, terutama ibu kita?
Hm, ini satu topik yang Amy sendiri pernah lalui. Kita nak buat majlis kahwin sederhana, ibu nak besar-besaran, padahal budget "ciput"... Haha, memang banyak "pergaduhan" yang berlaku antara Amy dengan mama, alih-alih tidak mahu dilabel sebagai anak durhaka, ikutkan aja cakap ibu kita.
Susah sebenarnya bila kita berada dalam keadaan ini. Tapi untuk selamat, ikutkan ajalah, sebab kalau melawan kan tak baik. Tapi rasanya zaman sekarang ni ramai yang suka buat keputusan sendiri, rombongan merisik lagi anak-anak sudah ada jawapan majlis bila, berapa hantaran, mas kahwin, yang ibu bapa ni ikutkan aja lah... Aik, dah terbalik...
Tapi bagus juga, sebab perbelanjaan/persiapan kahwin ikut kemampuan pasangan yang nak kahwin itu sendiri.Yang pasti, usahakan majlis berjalan lancar dan tidak membebankan bakal pengantin baru di kemudiaan hari.
Jaga diri dan salam sayang,
Amy PB2.
Macam sy kan kak amy, Alhamdulillah dpt parent yg x kisah sgt.. semua kami plan sendirik, even duti hantaran semua pon kami yg tetapkan..
ReplyDeletekasut pink, untung sangat.. hehehe... kira zaman sekarang ni ramai juga parents yang open minded. itu semua memory lebih 5 thn lepas... wah lama tuh... ;)
ReplyDeleteblogwalking cni..kdg2 parent kte mmg excited n dorg mmg nk yg terbaik tuk kte..so kte kn pndi pujuk dorg ikut budget kte dear..=) salam ukhwah
ReplyDeletesalam eidayah. tksh singgah sini. sebenarnya bukan senang nak pujuk orang tua ni. Amy memang stuju sgt yang mrk memang nak yang terbaik untuk kita. tksh ya komen kat sini. harap2 ada lagi yang nak komen pasal ni ya, boleh tukar-tukar pendapat.
ReplyDeletesemoga semua selamat yer PB.. Cik riri datang menjengah~
ReplyDeletenasib baik mak gb faham kehendak gb, tapi bakal mak mertua nanti tak tau la pulak cemana kan?
ReplyDelete*ceh, gb cakap macam la dah ada calon nak kawen...hahaha!!!
cik riri: tq singgah ;)
ReplyDeletegB: bagus2... bab calon tu, doa byk2 dan usaha skalik... nanti menjelmalah putera idaman tu... ;)