Saturday, March 12, 2011

PB: Tsunami langgar Jepun!!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua, Dalam membuat persiapan kahwin, janganlah kita lupa nak tengok perkembangan semasa. Macam hari tu pasangan pengantin di Segamat terpaksa berkahwin dalam banjir sebab banjir melanda Segamat dengan teruk berminggu-minggu lamanya. Ada juga yang majlis kenduri berlangsung dalam air banjir setinggi buku lali, hujan lebat dan sebagainya...
Yang terbaru, tersentak juga Amy bila dengar Jepun dilanda gempa bumi berukuran 6.6 skala Ritcher semalam dan yang paling teruk ialah Sendai dekat dengan Miyagi. Kawasan Tokyo yang beratus kilometer tu pun kena sama tempiasnya. Dan yang lebih membimbangkan ada yang kata ianya mungkin lebih dari itu iaitu setinggi 8.9 skala Ritcher.
Ada juga geologist rakyat Amerika berkata tenaga gempa bumi yang berlaku semalam dikatakan paling dahsyat dalam tempoh 20 tahun dan antara yang terburuk sejak 1900 itu, berkekuatan menyamai jumlah penggunaan tenaga selama sebulan. (Ya Allah, sangat kuat tu...)
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami...
Tergerak hati nak cari doa-doa yang boleh diamalkan, Amy cari2 jumpa di blog ini
dan Amy letakkan di bawah ni.
Walaupun Jepun tu kita kira jauh, tetapi kesannya boleh melanda negara2 lain, contohnya ada berita menjangkakan kawasan Sabah mungkin akan terkena kesan Tsunami tersebut. Ada macam-macam rakaman dalam Youtube pasal Gempa Bumi di Jepun ni, sanggup atau tak nak tengok. Apa-apa pun jom kita amalkan doa-doa ni yang boleh kita amalkan setiap masa sebagai ikhtiar untuk mendapatkan lindungan Allah. InsyaAllah.
Buat warga Jepun dan negara-negara sekitar, bersabarlah dan pohon pada Allah untuk dilindungi dan diselamatkan. Doa kami untuk anda.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.
Maksudnya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim
Maksudnya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Secara ringkasnya: Gempa bumi --> Tsunami --> kemusnahan Lain-lain berita:
http://news.yahoo.com/s/ap/ap_on_re_as/as_japan_earthquake http://www.npr.org/2011/03/11/134444531/major-tsunami-damage-in-northern-japan http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-12714558

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter