Saturday, December 31, 2011

PB: Amylia dan pelamin mini putih pink, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Satu lagi entri kali ini adalah berkaitan entry Amy tentang sewaan pelamin mini oleh Pn. Linda untuk ahli keluarganya, Amy yang lepas. Nanti anda boleh baca kat sini pula. Ini pula kiriman gambar dari FB Amylia yang bertunang dengan buah hatinya dan dia sedang berposing dengan anak-anak comel, duduk atas bantal tunang/nikah berkaki kerawang tu. Berseri-seri bakal pengantin ni ya...


Untuk Amy dan pasangannya, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. InsyaAllah, amin...

Amylia tak lupa letak komen dalam FB dia, dia kata ramai yang kata mini pelamin ni cantik dan lain dari yang lain... Alhamdulillah... Terima kasih Amy dan Linda, atas sokongan yang diberikan...

Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah hubungi Amy PB2 ya, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang warna tema anda. Untuk mandapatkan mini pelamin yang bajet sesuai dengan bajet anda, Amy kira, pengantin budget2 adalah jawapannya... ;)

Salam sayang,

Amy PB2.

PB: Gambar alas dulang set hijau putih dan serba putih Ana, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua...
Hari ni hari terakhir pada tahun 2011 ni kan? Kurang 8 jam lagi kita akan bertemu dengan tahun 2012... Tahun baru diharap dapat memberi kemudahan kepada kita dalam segala pekerjaan atau kehidupan kita, insyaAllah ya....
Oklah, Amy nak kongsikan kepada pembaca semua tentang Pn. Ana yang telah menyewa alas dulang Amy untuk hantaran di sebelah beliau dan suaminya. Post sebelum ini anda semua boleh baca kat sini ya


Atas permintaan kedua-dua pengantin baru yang pemalu, Amy hanya siarkan kiriman gambar hantaran mereka yang dibuat sendiri oleh Ana menggunakan fresh flowers. Kepada Ana dan suami, semoga berbahagia selalu dan dikurniakan keluarga dan zuriat yang menggembirakan, dunia akhirat... InsyaAllah...

Salam sayang,

Amy PB2
 

Monday, December 26, 2011

PB: Mini pelamin putih pink untuk Linda, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Terima kasih Pn. Linda kerana sudi menempah mini pelamin untuk ahli keluarganya, Emy yang melangsungkan pertunangannya semalam. Tema putih dan merah jambu menjadi pilihan yang dinspirasikan daripada mini pelamin putih pink Diyana Ampang Jaya tak lama dulu kat sini. 


Cuma Amy ubahkan sikit dengan meninggikan gubahan bunga di bahagian belakang dan ditambah dengan lampu hiasan. Pn. Linda mahukan warna merah jambu dilebihkan dan Amy campurkan dengan warna putih untuk seimbangkannya. 

Bantal tunang berkaki kerawang menjadi pilihan mereka yang amat sesuai untuk bakal pengantin berbadan kecil atau comel. Kalau yang berbadan comel, dicadangkan untuk duduk melunjur kaki stail bersimpuh untuk elakkan dari kaki lenguh. Kalau untuk pengantin berbadan kecil, molek rasanya duduk bersimpuh atas bantal empuk berkaki tu. :)

Warna boleh disesuaikan mengikut tema masing-masing dan untuk maklimat lanjut, sila hubungi Amy ya.     

Terima kasih Pn. Linda dan keluarga atas kerjasama yang diberikan. Selamat bertunang untuk Emy dan semoga bahagia selalu ya...

Sunday, December 25, 2011

PB: Sirih junjung untuk Majlis Pertunangan Niza, Ampang, 24 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 
Terima kasih Niza atas tempahan sirih junjung untuk majlis pertunangannya siang tadi. Semoga sentiasa berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan terus bahagia ke hujung nyawa. 

Untuk makluman, sirih ni diperbuat daripada daun-daun sirih segar dan dihiasi dengan bunga kekwa serta bunga melur. Dalam setiap gubahan sirih junjung Amy, akan diselitkan dengan gubahan bunga pinang, gambir, kapur dan cengkih. Bunga terpulang kepada pilihan bakal pengantin. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi Amy untuk maklumat lanjut ya. Boleh dibuat ikut bajet masing-masing...

 Sirih junjung untuk Niza

Oklah, salam sayang dan jaga diri ok!
Amy PB2.

PB: Sewaan alas dulang set putih hijau dan set putih putih, Ana 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy Pengantinbudget2 ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ana dan pasangannya pada esok (majlis akad nikahnya). Terima kasih atas kesudian menyewa alas-alas dulang tu dan semoga Ana dan pasangan sentiasa aman bahagia dan jodoh berpanjangan dunia akhirat, insyaAllah...   

Sunday, December 11, 2011

PB: Kain sampin tenun Terengganu 2 meter suku untuk dijual

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang all,
 Amy pengantinbudget2 ingin menjual kain sampin tenun Terengganu berukuran 2 meter suku untuk dijual pada harga sangat tak percaya! Kenapa?



  • Kain sampin asli, tenunan tangan penenun Terengganu 
  • Kain tu belum berjahit lagi, sesuai untuk bakal pengantin yang berbadan besar, untuk pinggang 40 inci ke atas. Kalau pinggang kecil pun ok, kalau suka nak sampin labuh sikit.
  • Harga sangat runtuh sebab harga buka masa beli hari tu RM 5++.00, Amy jual rm RM 429.
  • Belum pernah digunakan dan dibeli di Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Warna hijau, biru, kuning, hitam bertenun. Dah lepas majlis kahwin boleh digunakan pada Hari Raya, menghadiri majlis rasmi dan lain-lain lagi.

Kalau ada sesiapa yang berminat, sila hubungi Amy ya...

Salam mesra,
Amy pb2

Saturday, December 10, 2011

PB: Kahwin pandai, jaga anak pandai tak? ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi,
Amy rasa semua orang akan teruja untuk kahwin, tapi adakah kita semua ni betul-betul bersedia untuk menjadi isteri, suami dan menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti?OK, entri kali ni akan panjang sikit sebab ada fakta menarik yang Amy nak kongsikan dengan anda semua...

Bukan apa, persoalan ini memang sengaja Amy utarakan sebab ada sesuatu yang mengusik hati Amy semalam, sangat meruntun jiwa Amy sebagai seorang ibu kepada anak-anak 4 dan 5 tahun.

Kenapa? Semalam ada tazkirah di tempat kerja Amy, memang sebulan sekali akan diadakan sebagai pengisian agama untuk kakitangan pejabatlah kan. Isunya adalah berkaitan MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur. Nauzubillah himinzalik... Mungkin nak semak lebih boleh baca kat internet atau link ini .

Mungkin tak nampak apa pasal dosa murtad ni berkaitan dengan perkahwinan kan? Sebab Amy pun tak percaya pada awalnya bila Hamba Allah yang telah murtad ini dan telah kembali ke Jalan Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita, (alhamdulilah) mengatakan sebab yang agak utama menyebabkan mereka MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur ini adalah sebab kurang mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.... Haaa, logik ke tak mula-mulanya? Rasa macam tak ada kaitan pun, tapi itulah hakikatnya. Ini disampaikan sendiri oleh adik-adik tu, mereka 3 orang orang sebenar yang telah murtad tetapi telah berjaya dipulihkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia) dan maklumat lanjut pasal PERKID ada kat bawah ni nanti ya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
Lot 22-2 Medan Bukit Indah
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-4280 0730 / 03-9021 3730
Alamat Pejabat Operasi Pemulihan :
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8914
Presiden : Ust. Masridzi bin Sat
Timbalan Presiden : Ust Hj Hassan Syazili
Naib Presiden : Hj Nordin Ibrahim
Setiausaha Agong : Mohd Shuhaidi bin Mohamad
Emel : sperkidmalaysia@yahoo.com
Bendahari Agong:
Webmaster : Emel : perkidmalaysia@gmail.com


Ketiga-tiga adik-adik tu berkali-kali mengatakan jagalah anak-anak tuan puan semua sebaik-baiknya, beri perhatian secukupnya untuk mengelakkan masalah-masalah ni timbul. Menurut rekod PERKID lagi, banyak kes MURTAD disebabkan oleh bila adanya hubungan cinta dengan selain dari orang beragama Muslim, padahal latar belakang agama keluarga mereka adalah dari orang yang hebat-hebat dalam agama. Raihan pun pernah nyanyikan lagu kan... Iman Mutiara - Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa... Semua tu hanya ketentuan Allah, tak tentu bila keluarga beriman, semuanya akan beriman sama, ini semua kena mohon pada Allah dan buat apa yang dia suruh, tinggalkan apa yang dia larang.
Tapi Amy bukanlah nak menghalang bercinta dengan orang yang bukan beragama Muslim, sebab jodoh tu Tuhan yang tentukan, tetapi perlu persiapan yang kukuh sebagai seorang Muslim untuk membimbing pasangan tu, terutama kalau kita ni perempuan dan pasangan tu suami yang perlu kita bimbing, macam agak mencabar di situ kan... Tapi hidayah Allah, siapalah yang tahu, kan?

Selain tu, banyak kes yang terdiri daripada anak-anak di kalangan ibu bapa bercerai-berai bila ibu terpaksa bekerja keras sara anak, tak dapat kasih sayang bapa, mereka terabai dan mencari kasih sayang dari orang yang salah.  

Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?  

Amy tanya lagi perhatian macam mana yang dia nak sebenarnya, dia kata perlu check siapa kawan anak-anak, check handphone, kalau bagi duit, tanya untuk apa, jangan main bagi jer, buatlah apa yang kau nak!... Patutnya kena luangkan masa mendengar masalah anak-anak, bersiar-siar dan beri perhatian sepenuhnya pada mereka. Sebab kadangkala kita fikir mereka dah besar, boleh fikir dan buat kerja sendiri, tetapi tidak, anak tetap anak, berkawanlah dengan mereka supaya mereka tak berkawan dengan kawan yang tak tentu hala nanti.... 

Oklah, ini sedikit sebanyak apa yang Amy nak kongsi bersama. Mungkin kita tak nampak apalah sangat MURTAD ni, tapi bila MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur, (selain Murtad, membunuh dan berzina juga merupakan dosa kufur), Ya Allah ini sudah terlalu berat. Walaupun sukar untuk dibayangkan hukuman Allah yang tak terperi dahsyatnya....
 Oklah, kita sama-sama baiki diri untuk membina keluarga Sakinah, diberkati Allah, mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan tetap keimanan pada Allah, insyaAllah.
Jadinya, jom tuntut ilmu Muslim parenting sebaik-baiknya supaya anak-anak kita nanti menjadi anak-anak soleh, solehah insyaAllah dan boleh mendoakan ibu bapanya bila kita dah tiada lagi nanti, insyaAllah.

OKlah, jaga diri dan salam sayang!
Amy PB2.
                                                                    

Wednesday, December 7, 2011

PB: Lebih 100,000 penyokong Amy pengantinbudget2. Terima kasih semua...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, pembaca belog Amy telah melebihi 100,000 jumlah traffik. Terima kasih atas sokongan tidak terhingga anda semua kepada Amy dan pengantinbudget2, semoga Allah sahajalah dapat membalas budi baik anda semua!...

Nite nite everybody... ;)

Lots of loves,
Amy pb2

PB: Bantal nikah berkaki kerawang, tksh Dayana, Bukit Antarabangsa

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam readers...

Alhamdulillah tadi Amy baru ambil semula bantal nikah berkaki kerawang dari Dayana setelah menyewanya untuk majlis pernikahannya pada hari Ahad lepas. Dayana juga menyewa bantal nikah lelaki yang tebal dalam  7 cm tu, lebih tebal dari biasa (chewah mcm iklan radio pulak... ;P)

Lebih menggembirakan Amy bila dia sangat suka dengan bantal tu dan kata sangat awesome lah bantal tu dan sangat selesa bila Dayana duduk masa berdebar menanti upacara akad nikah berlangsung. 

Dayana kata bantal tu best sangat sebab kalau bantal lain bila duduk lama-lama boleh sengal kaki, tapi tidak dengan bantal nikah tu. InsyaAllah bila Dayana dah emailkan gambar majlis nikah dia pada Amy, Amy akan usahakan untuk upload gambar tu nanti k.

Selamat malam dan semoga dibuai mimpi indah malam ni...Jaga diri dan sayang semua!!! ;P

Amy PB2

Friday, December 2, 2011

PB: Pastikan ada orang tua yang handle majlis kahwin anda ya!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Ni ha, Amy pengantinbudget2 baru teringat nak titipkan pesanan ni kepada para b2b yang sedang berdebar-debar menghitung hari naik pelamin terutama pada musim cuti sekolah ni untuk pastikan ada makcik/orang tua yang boleh dijadikan rujukan atau memberi pandangan dan nasihat tentang perjalanan majlis.

Bukan apa, baru-baru ni Amy hadiri satu jemputan kahwin. Semuanya nampak ok tibalah saat kami sampai, pengantin yang masih belum berarak lagi nampaknya tak dapat control kegembiraan dia telah "mengexpose" diri dia di hadapan para tetamu. Yang pada Amy, sebelum bersanding u kena berkurung sekejap dalam bilik menunggu/persalinan sebelum masuk dewan untuk bersanding. Adik pengantin girl ni pun tak setuju pengantin tu buat macam tu..

Selain tu pulak, rombongan yang mengiringi mempelai ke pentas tidak didahului oleh orang tua.... dan mungkin signal kurang jelas makanya perarakan pengantin masuk dewan nampak kucar kacir sikit.
Amy memang mengaku dalam majlis persandingan susah sikit nak kawal sebab semua orang sibuk tetapi oleh sebab Amy dah nampak keadaan tu, itu yang Amy nak nasihatkan kat b2b sekalian supaya rancang perjalanan majlis dengan teliti dan silalah bertanya kepada makcik-makcik atau orang yang lebih tua macamana cara yang lebih manis untuk dilakukan pergerakan majlis.

Bila diingat semula, Amy sudah diberi warning oleh makcik Amy supaya jangan senyum sampai telinga, jaga perlakuan diri masa atas pelamin, jangan cakap-cakap dengan suami kita atas pentas supaya tak nampak ghairah sangat! hehehehe... Mungkin sekarang dah lain sikit trend tapi pada Amy sebenarnya nampak kurang sopan jika mempelai mengabaikan tip-tip penjagaan diri semasa/sebelum berarak ke pelaminan.
Mungkin ada yang nak kongsi pendapat dengan Amy kat sini. Silakan yaa! Marilah kita sama-sama baiki mana-mana yang boleh untuk kesejahteraan bersama. Apapun, tq readers for spending your time read this post, which i intended to do it long time ago!...

Sweet dreamzs darlings.....

Love, 
Amy pengantinbudget2

Tuesday, November 29, 2011

PB: Alas dulang Pn. Anum dan Bantal nikah Farah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy pengantinbudget2 kembali lagi... Musim cuti sekolah sudah tiba dan pasti banyak majlis perkahwinan berlangsung pada bulan-bulan ini. Masih tidak terlewat untuk sesiapa yang masih tercari-cari mini pelamin atau bantal nikah untuk majlis pada musim cuti sekolah ini ya. Harap dapat hubungi Amy awal untuk menempah sebarang perkhidmatan Pengantinbudget2 untuk memeriahkan majlis anda. 

Banyak juga yang sudah mula bertanya untuk persiapan majlis tuang/nikah/bertandang 
tahun depan... Alhamdulillah, mana yang awal telefon dan yang boleh Amy buat, Amy akan ambil tempahan tersebut.  

Untuk Pn. Anum (Subang Jaya) dan Farah (Batu Caves), terima kasih atas sewaan alas dulang serba putih dan bantal nikah berkaki kerawang tu. 

Pada beautiful/good looking reader yang ingin menguhubungi Amy, sila emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com atau telefon oi6-25i4746 untuk maklumat lanjut ya.

Salam Sayang,
Amy pengantinbudget2.

PB: Sewaan Bantal nikah, tempahan gubahan hantaran dan belian fridge magnet pada bulan Oktober lalu...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy Pengantinbudget2 ingin mengucapkan Salam Maal Hijah 1433 ya kepada semua.
Semoga tahun baru ini memberi lebih rezeki, kebahagiaan dan Allah permudahkan segala urusan baik urusan dunia mahupun akhirat kelak, insyaAllah amin...

Amy ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka di bawah ini yang telah mendapatkan khidmat Amy Pengantinbudget2 dalam bulan Oktober 2011 (alhamdullilah). Mereka ialah:

1. Ain - Mini Pelamin (Shah Alam)
2. Asna - Sewaan Alas dulang (Kelana Jaya)
3. Massaliza - Bantal nikah (Seri Kembangan)
4. Nazri - Fridge Magnet Fly (PJ)
5. Zarith - Bantal nikah (Putrajaya)
6. Siti - Fridge Magnet (Cyberjaya)
7. Pn. Rina - Hantaran (Puchong)


Terima kasih daun keladi Amy ucapkan kepada semua yang menyokong Amy. Semoga pernikahan/Pertunangan yang dilalui berjalan dengan lancar dan sentiasa bahagia hingga ke akhirat ya....
Jaga diri semua....

Sayang sokmo!

Amy pb2.

Wednesday, November 23, 2011

PB: Aiza (Sirih) dan Ana (Alas dulang), minta hubungi Amy secepat mungkin ya... TQ darlings...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Amy nak minta tolong kepada Aiza (Sirih junjung - November ) dan Ana (Alas dulang- Disember), minta hubungi Amy di talian 016-2514746 ya. BB Amy sedang dalam workshop, dan tak boleh nak BBM dengan Darling dua-dua ni...

Minta tolong ya, Darlings... TQ so much!

Love, Amy PB2.

Sunday, November 13, 2011

PB: Email dan panggilan telefon sahaja buat masa ini...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi All,

Amy nak beritahu, atas sebab yang tak dapat dielakkan, sila majukan segala pertanyaan berkenaan perkhidmatan pengantinbudget2 ini ke email sahaja iaitu : pengantinbudget2@gmail.com . Ataupun telefon Amy ya dan bukan sms. Ini kerana kalau sms buat masa sekarang Amy tidak boleh membacanya atas sebab teknikal yang akan Amy beritahu bila boleh sms Amy bila sampai waktunya.

Ok semua, take care n have a good Sunday!.. Enjoice...

Love, Amy PB2.

Friday, November 11, 2011

PB: Post gamble: Ada sesiapa yang nak saya buatkan sirih junjung malam ni?

Update 12 November 2011, 7.57 pagi: Tawaran ini telah ditutup. Terima kasih ;)

----------------------------------------------------------------------------------

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam readers,

Haa, terkejut tak kalau Amy buat tajuk post macam kat atas tu? Entah kenapa terasa gatal tangan ni nak buat sirih junjung malam ni. 
Tapi tawaran ini hanya untuk malam ini (11 November 2011 bermula 7.45 malam sehingga 12.00 malam) - dilanjutkan sebab sepatutnya esok ada hal tapi terpaksa dibatalkan. Jadinya boleh buat kalau ada tempahan. :)

Seriously rasa gatal nak buat sebab barang dah ada cuma daun sirih dengan bunga belum ada. 

Harga Amy bagi diskaun hanya RM 45 untuk bunga kekwa dan RM 55 untuk bunga ros. Self pickup di rumah Amy di Taman Ehsan Kepong.

Cepat-cepat sebelum peluang ni tutup dalam lebih kurang 2 jam lagi...
(Habis pukul 12.00 malam ni ya!)
 - dilanjutkan tempoh sebab Amy nyatakan di atas.
Entry gamble ini dibawakan khas oleh Amy Pengantinbudget2 untuk anda yang masih belum tahu mana nak tempah sirih junjung untuk tempoh yang singkat ni. 

Sesuai untuk majlis esok (12/11/2011), pagi. tengahari atau petang esok. Pagi Ahad (13/11/2011), pun boleh lagi... Tapi perlu hubungi Amy di oi625i4746 ya sekarang sebab tempat terhad untuk maksimum 3 gubahan sahaja!!!

Haha, punya gamble dan siapa nak ambil peluang ini.. Dipersilakan... Terhad kepada 3 gubahan sirih sahaja ya. Siapa cepat dia dapat!!!

Salam Sayang,
Amy PB2.

tq.
   


Friday, November 4, 2011

PB2: Gubahan hantaran Pn. Rina, Puchong

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat sejahtera ladies dan gentlement,
:) Ok, ini ada lagi update berkenaan gubahan hantaran yang telah Amy gubah untuk Pn. Rina. Warna gubahan adalah pink + ungu yang Amy selitkan juga putih dan hijau untuk nampakkan lebih kepada nature theme.  Kesemua dulang putih kerawang dengan bakul buah adalah kepunyaan Pn. Rina. Gubahan adalah seperti berikut:

gambaran semua hantaran













Oklah, itu saja, semoga boleh memberi ilham kepada anda yang ingin mencuba sendiri mengubah hantaran anda nanti. Kalau yang inginkan perkhidmatan Amy untuk membuat gubahan hantaran, silalah hubungi Amy untuk maklumat lanjut pada harga yang berpatutan ya. tksh.


Amy PB2.
email: pengantinbudget2@gmail.com / tel/sms: oi625i4746

PB2: Mini pelamin ungu putih Ain Shah Alam

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua, 
Sihat ke? Lama rasanya Amy tak update blog ni. Oklah dengan kesempatan yang ada ni, Amy cuba update secepat mungkin apa yang Amy dah buat beberapa minggu sebelum ini ya.


Terima kasih Ain sebab suka dengan mini pelamin ni. Mudah betul bekerjasama dengan Ain dan keluarga. Alhamdullilah kawan-kawan Ain pun kata cantik. :) . Ain request untuk menggunakan bantal nikah tak berkaki ni yang berharga kurang sikit berbanding bantal nikah berkaki tu. Lain dari biasa kan? Ini kali pertama Amy reka design yg ini. InsyaAllah Amy cuba untuk tunaikan request pelanggan-pelanggan yang sangat Amy hargai dan terutamanya sangat penting pada Amy. :)
Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi Amy sekarang terutama untuk bulan November ni masih free lagi.

Ok semua, tksh atas sokongan anda. Amy dan Pengantinbudget2 akan berusaha sebaik mungkin untuk beri perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Hubungi oi625i4746 ya untuk sebarang pertanyaan. Sms lebih bagus untuk simpan rekod atau pun email ke pengantinbudget2@gmail.com. InsyaAllah Amy akan segera jawab segala pertanyaan anda.

Jaga diri ok!
Amy PB2


Wednesday, October 19, 2011

PB: Gambar alas dulang ungu putih, Ana N9

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Apa khabar? Harapnya semua baik-baik belaka ya. Amy nak tunjuk gambar salah seorang client Amy yang menyewa alas dulang ungu putih tempoh hari untuk majlis pertunangan dia hari tu.. (Gubahan tidak termasuk)





Sumber: Facebook Ana, tksh!

Bila tengok sesuai betul kombinasi warna tu, nampak bergaya dan elegan. Sesiapa yang berminat untuk menyewa alas dulang dengan sila hubungi Amy untuk maklumat lanjut. Amy ada juga sewakan dulang pahar pada harga yang berpatutan juga.

Until then, take good care and see ya!

Amy PB2.

Thursday, October 6, 2011

PB: Alas dulang dan mini pelamin ungu putih untuk Ana (N9) dan Ain (Shah Alam)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Alhamdullilah Amy sudah set up mini pelamin di rumah Ain di Shah Alam untuk majlis pertunangannnya hujung minggu ni. Untuk alas dulang Ana, kalau tak ada aral melintang esok malam akan ambil dari Amy untuk pulang ke kampung halamannya di N9.

Rupanya ramai juga ya yang minat warna ungu. Amy mula minat dengan warna ungu bila tengok bekas Manager Amy dulu selalu pakai shirt warna ungu walaupun dia berkulit hitam manis. Lepas tu bila kaji-kaji kekuatan warna ungu ni, huish, terus jatuh cinta pada warna ungu. ;). Yang pasti ungu ni buat Amy rasa cool jerk...






Sources: GOOOOOOGLEEE

Begitu juga ramai yang suka warna ungu untuk gubahan hantaran dan mini pelamin. Anda semua minat tak ungu? Kalau ada, tulis I heart Purple!!! ;)


Ok guys, sampai sini sahaja, nanti kita jumpa lagi k. Amy nak pergi outstation, nanti dah ada update Amy buat entry baru ya.

Until then, do take care, love yourself and happy weekend in advance...

Salam Sayang,
Amy PB2.

Saturday, October 1, 2011

PB: Koleksi pengantinbudget2 di dalam Youtube!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Amy pengantinbudget2 dengan sukacitanya mempersembahkan video koleksi hasil kerja pengantinbudget2 untuk tatapan anda semua. Mungkin boleh ambil idea dari sini untuk sesiapa yang gemarkan hasil kerja yang ringkas dan budget untuk persiapan kahwin anda kan? 
Kita enjoy ya!!.



(p/s: ops, my first ever video ever since, pls bear the no soundtrack for this video, will try to catch up myself in producing more videos next time ya... thank you guys *wink**wink*)

Kepada b2b yang berminat untuk mendapatkan khidmat  pengantinbudget pada harga yang berpatutuan, hubungi Amy di:

email: pengantinbudget2@gmail.com
blogspot: pengantinbudget2.blogspot.com
telefon: 6.016.251.47.46

Terima kasih semua... ;) Jaga diri ok!

Amy PB2.

Wednesday, September 28, 2011

PB: Bantal nikah dan bunga tangan untuk Zura, Kepong

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah, selain daripada gubahan hantaran untuk pihak tunangnya, Zura juga telah minta Amy buatkan bunga tangan dan turut menyewa bantal nikah pada hari pertunangannya. Kita layan gambarnya yer....
 

 (Jelas tak nampak bantal nikah yang agak tebal tu?. Lebih kurang 2x ganda tebal bantal nikah biasa)

Selain itu, inilah hasil gubahan hantaran yang telah pengantinbudget gubahkan dan kreativiti Zura menyusun barangan untuk hantaran kepada tunangnya.

(gambar-gambar kredit kepada FBZURA, tq dear!)

 Ok, jumpa lagi ya, Selamat Malam...

Thursday, September 22, 2011

PB: Hantaran baby blue, sirih junjung dan bunga tangan untuk Zura, Kepong

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam girls and boys :)
Tahniah untuk Zura atas pertunangannya pada hujung minggu lalu. Alhamdulillah Zura suka sangat dengan gubahan hantaran Amy. Ini gambar-gambar barangan yang Amy gubah, kot-kot sesiapa yang nak dapatkan ilham, bolehlah dijadikan rujukan. 

Pada B2B yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan gubahan hantaran, gubahan sirih junjung klasik/moden dan bunga tangan, jangan malu, jangan segan untuk hubungi Amy ok... pengantinbudget2.blogspot.com

Salam Sayang,

Amy PB2.


p/s: Ini kiriman sms Zura:

"Akak, saya sangat puas hati... tq byk2 kak... lawa sgt"

Alhamdullillah... ;)













^^**************************^^

Monday, September 12, 2011

PB: Persiapan pengantin pada Hari Raya Aidilfitri

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~


Salam Sayang semua,
Masih tidak terlambat Amy nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin ya, sepanjang Amy berbusiness online ni. Kalau ada pelanggan-pelanggan Amy dulu yang terasa hati atau pembaca2 yang tidak setuju dengan catatan Amy, maaf yer. Kita ni manusia biasa yang tidak silap dari membuat kesalahan. Walaupun kadangkala kita sudah buat yang terbaik, tetapi kadang-kadang memang ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Ok, bagaimana dengan persiapan kahwin anda semua? Terutama untuk bakal pengantin minggu depan, sempena Cuti Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 tahun? Amy doakan semuanya berjalan lancar ya.
Memang selagi majlis belum bermula/berakhir, memang akan ada saja benda yang perlu betulkan/nak ditokok tambah dan entah apa-apa lagilah. Yang penting pada masa sekarang ni, jangan berat-beratkan kepala ok, buat yang termampu. Kalau tidak boleh buat seorang diri, boleh minta bantuan adik-beradik, sedara mara atau pun rakan-rakan rapat anda untuk sama-sama membuat persiapan. Lebih elok kalau semua benda yang belum buat lagi tu ditulis atas kertas/diari anda supaya dapat keep track mana yang dah buat atau mana yang belum.

Tapi Amy rasa bakal pengantin sekarang memang sudah advance, apatah lagi dengan senarai-senarai persiapan yang sudah biasa dikongsi dengan pembaca lain di dalam blog dan sebagainya. Bagus-bagus, buatlah dengan apa cara sekalipun, asalkan dengan cara yang baik dan anda tidak S t r e s s!! ;)

Oklah, jaga diri baik-baik. Apa juga persediaan dan perancangan yang dibuat, jangan sesekali lupa dengan Allah dan sentiasa bermohon dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar. Kadang-kadang kita terlupa yang Dialah yang menentukan segalanya, selepas segala usaha dan tawakal kita selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, kalau masih memenuhi undangan open house tu, jangan lupa minum air suam ya. Salam Syawal dan stay tune to pengantinbudget2 ok, terima kasih ;)

Salam Sayang,
Amy PB2. 







Saturday, August 20, 2011

PB: Alas dulang with blue satin and white/yellow netting

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Morning Darlings,
This entry is dedicated for Darlings out there who in searching of alas dulang. Alas dulang available here with pengantinbudget2 are:

1. white and silver beaded netting
and
2. yellow sequins netting.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^^*^^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^*^
You can see the major differences shown here when I applies it together with blue alas satin
Here it goes:

1. White and silver beaded netting with satin blue
the alas portrait the blue colour even sotfter


2. Yellow sequins netting with satin blue. 

 the alas portrait more towards green colour as the combination of blue and yellow 
(just to remind b2b out there, yellow netting is a bit bigger and suitable for big size of dulang  hantaran.) 


So, wait no more, if interested, kindly contact me the soonest possible and you will get best price ever in town. Pengantinbudget2 will satisfy you, insyaAllah... :)

Lots of loves,
Amy PB2
pengantinbudget2@gmail.com 

Wednesday, August 17, 2011

PB: Fridge Magnet design terbaru dari Inani

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi Darlings...
Ada berita baik! Pengantinbudget2 akan menjadi rakan persiapan kahwin anda yang boleh dipercayai lagi sebab kami akan mempersembahakan cenderahati murah tapi cantik untuk diberikan kepada tetamu anda. Lagi pilihan menarik untuk dipilih. Masih tak terlambat untuk sesiapa yang mahu mencari barang sebagai balasan kepada tetamu yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda...

Ini dia, Fridge Magnet dengan tulisan TERIMA KASIH berbentuk:

1. Gubahan Bunga (biru, ungu pekat, pink dan kuning)

2. Bunga dengan ladybird (Ini cute sangat!!) dan boleh letak nama ya (tambahan RM 1 untuk setiap satu FM) (warna kuning). maksudnya tak ada tulisan terima kasih tapi diganti dengan nama anda dan pasangan - menarik kan?.

3. Medal bulat (warna soft pink)


Maaf gambar dari handphone, blur sikit.
Amy sengaja letak pembaris pendek Sarah di situ supaya Darlings semua boleh agak berapa besar FM-FM ni. Sebenarnya banyak lagi warna yang ada, infact, Darlings semua boleh tukar ikut kehendak masing-masing tetapi kena bagi contoh warna yang dikehendaki.
Pihak Inani pesan, kalau boleh bawa dalam bentuk kertas dan bukan sampel kain sebab susah nak cari warna kain.

Ha, sangat istimewa kan? Apa lagi nak ditunggu, jom order Fridge Magnet terbaru dari Inani ni ya.

Ok semua, salam sayang dan jaga diri baik-baik ya... ;)

Amy PB2.


Monday, August 15, 2011

PB: Fridge Magnet untuk Pelanggan Pn. Farah, Sri Gombak

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi darlings,
Diam tak diam sudah 15 hari umat Islam menyambut bulan Ramadhan Mubarak! Alhamdulillah, mari kita merebut Sales dari Yang Maha Esa untuk barang-barang bekalan kemudian hari... Hanya tinggal 15 hari sahaja (lebih kurang) sebelum Shopping Mall ni menutup pintunya untuk tahun 1432 Hijrah/2011  ini ... ;)

Pada kesempatan ini Amy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Farah dari Sri Gombak atas pembelian Fridge Magnet Fly untuk customernya. Beliau ni pengedar MLM dan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.
Terima kasih ya, insyaAllah lain kali boleh beli yang Fridge Magnet Bunga dengan tulisan Terima Kasih pula ya.
Salam Sayang,
Amy PB2.

Friday, August 5, 2011

PB: Tema perkahwinan warna hijau kuning



Salam semua, 
Tiba-tiba Amy terfikir kalau b2b yang masih tercari-cari tema buat majlis perkahwinan mereka, apa kata cuba kombinasi warna hijau kuning. 

Bila cari dalam Mr. Google, banyaklah rupanya wedding di Barat yang telah menggunakan kombinasi warna ni. Nampak berani tapi masih nampak neutral bila ada warna hijau tu kan? Kebetulan Amy memang suka kuning dan masa Amy kahwin dulu pun guna warna tema kuning. Cuma masa tu tak terfikir nak gabungkan dengan hijau. Sebab selalunya kombinasi warna yang biasa digunakan mesti kuning putih, merah putih dll pada jaman tu... ;)
Jom cuci mata erk.


Kalau  tengok gambar baju pengantin tu dia guna warna champaign, berada dalam zon warna kuning...

Soothing sangat bila guna kuning muda dengan hijau pucuk pisang

 Owh, Amy suka sangat kombinasi warna bunga tangan ni...

Isteri tomok dalam baju pengantin kuning

Cantik kan?

Salam sayang,

Amy PB2

Sunday, July 31, 2011

PB: Salam Ramadhan dari Amy pengantinbudget2

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam hari terakhir bulan Syaaban, ahlan wa sahlan Ramadhan...
InsyaAllah esok bermulanya Ramadhan, Amy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca belog Persiapan Pengantin Budget ni... Mohon maaflah ya, jika ada terkasar bahasa atau apa-apa entri yang mengguris perasaan atau ada yang tidak kena pada mata pembaca semua. 



Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Amy melalui menjadi follower Amy, email, sms, tulis di chatbox, dan ada juga yang sudi letak link belog Amy dalam belog kamu orang. Suka sangat dan terima kasih banyak Amy ucapkan.  

Semoga bulan Ramadhan ini merupakan ibadah yang terbaik setakat ini dan semoga ada rezeki kita berjumpa dengan malam seribu bulan, Lailatul Qadar, insyaAllah...

OKlah, jaga diri ya, buat b2b yang menghitung hari sebelum diijabkabulkan selepas Raya Aidil Fitri. Semoga  dapat dimanfaatkan masa yang ada ini untuk menimba ilmu rumahtangga dan mempersiapkan diri dengan segala skil memasak, mengemas rumah, membantu ibu di dapur dan lain-lain lagilah...  

OKlah, itu sahaja untuk petang ini, kalau rajin Amy buat entry lain lagi ya...

Jaga diri ya...

Amy pb2.

Saturday, July 23, 2011

PB: Tempahan bunga rampai, Pn. Linda Damansara Heights

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Terima kasih kepada Pn. Linda yang telah sudi menempah dua bungkus bunga rampai untuk majlis pernikahan anak saudaranya kalau tidak silap. Penghantaran juga telah dibuat semalam seperti yang diminta Pn. Linda. Alhamdulillah sebab kami berjaya membuat tempahan yang boleh dikatakan dibuat pada saat-saat akhir juga.






InsyaAllah kalau tak ada aral melintang Amy akan buat tutorial ringkas macamana nak buat bunga rampai ni. 

Oklah, itu saja ya, terima kasih Pn. Linda dan keluarga. Selamat pengantin baru untuk Syuhada Dr. Ahmad, sehingga bahagia hingga ke akhir hayat dan ke akhirat. Amin.

Babai semua ... :)

Tuesday, July 19, 2011

PB: Rekaan mini pelamin berbantal dua biru putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam sejahtera semua,

Mempersembahkan rekaan mini pelamin berbantal nikah dua buah untuk konsep biru putih.




Tempoh hari ada bakal pelanggan yang bertanyakan mini pelamin untuk majlis nikah. Inilah ilham adhoc untuk permintaan pelanggan tu. Ini merupakan kali pertama Amy design mini pelamin macam ni, nampak lain kan? 

Pertama, bunga hiasan di belakang tu Amy tinggikan sedikit menggunakan kaki kerawang yang nampak klasik tu dan seterusnya penggunaan dua buah bantal nikah kerawang Amy, yang cukup luas untuk sepasang merpati dua sejoli duduk atas bantal tu.

Sebenarnya ini merupakan scatch idea untuk mini pelamin dua bantal. Hiasan lengkap akan Amy buat jika sekiranya pelanggan bersetuju untuk ambil mini pelamin Amy ni. 

Kalau ada sesiapa yang berminat, sila email Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk bertanyakan harganya dan untuk perbincangan lanjut ya. Warna boleh ditukar ikut konsep/warna tema majlis anda.
Suka Amy nak ingatkan di sini, konsep Amy adalah pengantin budget. Mungkin jika ada yang mahukan kelainan pada mini pelamin Amy ni, boleh berbincang dengan Amy ok. I'm open for discussion. Sekiranya barang yang diinginkan tiada dalam existing lists Amy, additional charges might be applied to cater for the additional design.
Oklah, jumpa lagi ya sayang-sayang semua,

Selamat malam,

Amy PB2.

Sunday, July 17, 2011

PB: Bantal nikah ke Tampin, Negeri Sembilan untuk Fad

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang ya, terik betul cuaca kat luar, sedap betul jemur baju, cepat kering... ;)
Hm,  ingat lagi tak entry pasal Fad sewa bantal Amy tu? Ini gambar dia menunggu suami tercinta untuk menyarungkan cincin ke jari manisnya...


Terima kasih Fad. MUA Fad untuk hari nikah dia ialah Ayang Kamell yang sangat popular tu. Fad kata, Ayang pun berkenan dengan bantal nikah Amy ni. Hari tu Fad ada tunjukan gambar Fad dengan Ayang Kamell duduk dekat bantal nikah Amy ni. Tapi bila nak cari semula tak ada pula. 

Update 5 Ogos 2011:

Ini dia Ayang Kamell dengan Fad... ;) Finally ek FAd... ngeeeeee


Idea yang bagus juga kan letak bantal ni atas pentas pelamin tu... Amy rasa ini kali pertama yang Amy tahu client Amy buat macam ni. Kreatif juga kan?    

Buat Fad, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Jaga diri semua ya, babai...

Amy PB2.

Saturday, July 16, 2011

PB: Harga sepasang baju nikah...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam beautiful ladies ;) 

Tadi Amy saja jalan-jalan baca blog, lepas tu ternampak ada posting berkenaan kain apa yang perlu dibeli untuk buat baju nikah nanti. Sedangkan budget yang ada mungkin ikut kemampuan penulis tu kan. Ada banyak cadangan atau pilihan yang dia nampak tapi masih belum berjumpa kain yang berkenan.
Biasalah kita suka benda yang cantik-cantik tetapi bila tengok kosnya.... mak ai... ini kalau swipe kad kredit dah tentu sampai had limitnya nanti. Maksudnya tak mampulah kan.

To be honest, Amy pun pernah melalui situasi tu bila 6 tahun lalu Amy sibuk buat persiapan nak menikah dan tengah cari kain untuk buat baju nikah. Lepas tu jalan-jalanlah pada satu hari Jumaat dengan kawan-kawan... Tetiba... jeng jeng jeng
*

*

*

*
Amy terjumpa dengan satu kedai jual kain yang amat cantik giloss tak hingat.. tengok dekat luar kedai jer. Lepas tu Tokei tu kata (Orang India dari Mumbai) kata, masuklah, dia tengah buat jualan murah... Tengok-tengok kain dia mak ai kain french lace, sekuin-sekuin penuh, sampaikan dia cakap isteri Datuk Zahid Hamidi selalu ambil kat situ. Bukan takat tu jer, Man Kajang pun ambil dari dia. Dia kata kejap lagi Man Kajang nak datang ambil kain untuk butik dia... 

Jadinya terujalah kan tapi bila tengok kain dia harga ribu riban... tapi sebab dia memang nak buat jualan murah, dia bagi dalam 50 - 60% diskaun khas untuk habiskan kain-kain dia tu... Sebenarnya, hajat hati nak beli kain Thai silk dan hantar jahit manik. Masa tu ada kedai OTOP kedai Thailand dekat Yow Chuan Plaza sebelum ditukar jadi hotel Double Tree opposite Ampang Park tu, ada jual Thai Silk asli. Tapi semeter kain Sutera Thai 2 ply pun harganya RM 48 sehelai (tahun 2004). Kalau darab 4 meter nak dekat RM 200. belum jahit manik, upah jahit lagi kan...    

Tetapi, sebab dah suka dengan kain yang saudagar Mumbai tu offer, siap dengan veil lagi, harga kain French Silk sudah siap bermanik RM 650 + veil RM 180, mak ai, kain sahaja dah nak dekat RM 900. Huhu, akhirnya upah jahit dan kos semua sekali jadi RM 1+++.00 jugalah. Huhu, nak berjimat konon, tapi akhirnya terboros jugalah bab itu. Bila hubby tau, dia memang tak setuju, terpaksa buatkan juga dia setuju. Tapi kalau nak tahu, sampai hari kahwin dia tak berapa suka tau sebab dia kata membazir. Haha huhuhuhu....:(
 
Ramai jugalah yang puji baju tu, sebab memang nampak macam artis pakai, yang pada realitinya orang yang berpendapatan biasa-biasa ni nak beli, bukan isteri menteri mana-mana ataupun anak tokei butik-butik pengantin yang ada di KL ni... huhu :(. Akhirnya, ambil masa jugalah nak bayar kredit kad sebab kedai tu siap boleh terima kredit kad, swipe saja masa tuh... Sakitnya nak membayar semula Tuhan saja yang tahu... huhuhuh

Al-kisah, cerita dulu kala, untuk renungan dan pengajaran untuk semua... yang penting, yang baik jadikan teladan, yang buruk, jadikan sempadan. 

p/s: Kedia tu memang sudah ditutup tak lama lepas Amy beli kain tu. Bila jalan-jalan balik kat situ dah kosong dah kedai tu. Sekarang pun Hotel Double Tree dah ambil alih shopping mall tu dengan Hotel Crown Princess sekali... sejarah tinggal sejarah... 

Itulah, sila simpan wang secukupnya jika anda memang mahu pakai baju cantik-cantik ataupun buat majlis seperti yang diidamkan dari awal ok...

Salam sayang,

Amy PB2.

Monday, July 11, 2011

PB: Simpanan wang sebelum dan sesudah kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua, 
Sementara mata ni masih belum mengantuk, Amy ingat nak buatlah satu dua entry kalau larat. Ialah, sekarang ni rasa macam nak buat entry di belog Amy ni secara tetap macam perlu usaha lebih sikit. Tak apa, demi para pengikut Amy di luar sana, Amy cuba juga ya. Terima kasih banyak-banyak.

 Amy sebenarnya suka nak cerita pasal simpan duit. Hajat nak jadi financial planner, tapi belum ada masa lagi nak betul-betul fokus nak belajar jadi Perancang Kewangan bertauliah. heheheh... Tapi kalau nak tahu, bila Amy mula kerja dulu, selalu rasa ke manalah duit Amy pergi ni, rasanya tak adalah beli barang kemas ker, joli sana sini ker, tapi duit tu macam selalu jer tak tahu pergi ke mana. dan detik yang paling genting ialah bila Amy pernah kena ragut yang telah menyebabkan dompet pemberian BF (hubby Amy sekarang ni) dan beg tangan paling mahal Amy beli dalam hidup (itulah pertama kali Amy beli beg tangan mahal) dicopet oleh peragut naik motorsikal. Sejak itu, Amy mula masukkan duit dalam insuran hayat cum investment, bagi lebih sikit untuk mak ayah, melabur sana sini dll, asalkan Amy tahu mana perginya duit Amy.

Nak kata duit banyak sekarang ni atau jadi jutawan belumlah lagi, tapi niat di hati memang membuak-buak walaupun rasanya berpuluh tahun lagi kot nak tercapai, tapi Amy cuba menyimpan secara tetap walaupun sikit. Amy rasa b2b kat luar sana pun sama kan, mesti terasa sangat nak kahwin ni memang pakai duit banyak. Makanya menyimpan duit adalah cara yang terbaik. 
 
Nanti bila dah kahwin dan ada anak, silalah buka akaun simpanan untuk anak cepat-cepat ya. Macam Amy, anak Amy lepas habis pantang Amy dah buka akaun simpanan dan terus melabur dalam tabung pendidikan diaorang. Simpan pun bukannya banyak sangat, jadilah daripada tak ada langsung. Sebab simpanan pendidikan tu boleh pilih mana-mana syarikat insurans untuk simpan maksimum 17 atau 19 tahun kalau tak silap, maknanya simpanan tu nanti akan menjana pendapatan daripada simpanan kumulatif. Walau bagaimanapun, kena tengok juga kadar inflasi kat negara kita ni macam mana, sebab kalau inflasi makin menaik, nilai simpanan kita tu mungkin lebih rendah dari nilainya sekarang pada masa depan. Lepas tu ramai juga yang sedar yang emas merupakan menebat kenaikan inflasi dan maka sebab tulah makin ramai yang menyimpan emas untuk meningkatkan lagi nilai harta masing-masing yang tidak mudah digugat oleh inflasi.

Satu lagi, yang paling penting bayarlah zakat. Amy ni tak malu nak mengaku baru bayar zakat pendapatan. Daripada tak buat langsung (tak baik) sebab zakat itukan rukun Islam ke-4 untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Rasa lebih senang hati dan taklah rasa susah sebab pendapatan kita tu ada hak orang lain di dalamnya dan kita dah bagi kepada mereka yang sepatutnya menerima bahagian mereka itu.

Macam yang pernah Amy ceritakan sebelum ini, memang belanja kahwin tu tinggi, kalau dapat disimpan duit lebih awal, belanja ikut kemampuan, jangan membazir, buat yang termampu dan yang paling penting, majlis perkahwinan tu adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih memerlukan wang dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Makanya perancangan kewangan adalah penting untuk kegunaan pada masa akan datang.

Manalah tahu ada pembaca yang nak kongsi cara dengan kita di belog Amy ni berkenaan cara simpanan wang yang sesuai, silalah kongsi kat sini ya. Kita kongsi ilmu dan belajar untuk kemudahan pada masa depan.

Oklah, itu saja, mata pun dah mengantuk, jumpa lagi, selamat malam dan mimpi yang indah-indah, ok...

Selamat malam, semua :)

Amy PB2.

Sunday, July 10, 2011

PB: Mini pelamin ungu dan sirih junjung Dira, FRIM

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Rasanya tak lah lama sangat Amy tak update belog, bila buka hari ni layout dia sudah bertukar lain, terkejut sekejap. Mulalah teraba-raba nak cari fungsi-fungsi belog ni... Almaklumlah Amy ni sangatlah "handal" dalam belog-belog ni ... huhu...

Oklah, tanpa membuang masa, inilah hasil rekaan Amy untuk Dira semalam untuk majlis pertunangannya.



 Dira juga inginkan sirih junjung dan Amy ada ambil gambar sirih junjung Amy dengan hantaran-hantaran Dira yang lain macam gambar di atas tadi.


Selamat Bertunang untuk Dira dan pasangannya. Terima kasih banyak atas kerjasama yang diberikan oleh Dira dan keluarga. Minta maaf atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan dalam menghantar mini pelamin dan sirih junjung. Terima kasih atas kesabaran Dira dan keluarga, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat ya.  

 Salam sayang,

Amy PB2

Wednesday, July 6, 2011

PB: Bantal nikah untuk Fad

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, Fad telah selamat mengambil bantla nikah Amy untuk digunakan pada majlisnya Jumaat ni. Puas memasukkan bantal tu dalam kereta. Disebabkan kebesaran bantal itu membuatkan proses untuk memasukkannya dalam kereta mengambil masa yang agak lama jugalah. 

Mungkin b2b kalau berminat nak ambil bantal tu sendiri dari Amy, adalah digalakkan untuk bawa kereta besar sikit ya. Kalau tak, Amy boleh hantarkan dengan caj yang berpatutan... Neway, terima kasih Fad atas kesabaran anda ;) dan tak lupa kepada Atir yang bantu kakakmu ini memasukkan bantal itu ke dalam kereta, jasamu dikenang ;)
 
Semoga semuanya selamatlah ya Fad. And as you wish, Dear GOD, please make Fad look beautiful on the nikah pillow as sweet as angel :), insyaAllah :)

Selamat pengantin baru Fad

PB: Mencari ilham untuk mini pelamin betul betul budget dan sirih junjung untuk Adira, FRIM

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Nak update belog ni dengan pencarian ilham untuk mini pelamin BBB untuk Adira di FRIM untuk dihantar Jumaat ni. Adira juga sudi menempah sirih junjung dengan Amy, insyaAllah dah ada gambar nanti Amy post ya...
Until then, jumpa lagi...

Salam sayang n rindu untuk semua... jaga diri okey... ;)

Sunday, June 26, 2011

PB: Kesabaran seorang isteri tiada tandingan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Saja nak tulis tajuk ni, sebab pusing sana sini, sabar itu adalah perlu ada pada seorang isteri, tak kiralah cuba sembunyi balik batu mana atau cuba berkurung di tempat kedap udara kat mana sekalipun, sabar perlu ada pada diri seorang isteri. NOKTAH.

Ya betul, seorang isteri sangat perlu mengasah kesabarannya dalam mengharungi hidup berumahtangga. 

Mungkin ada yang kata, eleh, asyik isteri sahaja yang mengalah, tapi suami tu asyik nak memang aja... Memanglah sabar itu ada tahapnya tetapi pada fikiran logiknya, seorang wanita a.k.a isteri a.k.a ibu itu adalah mahkluk Tuhan yang paling sesuai untuk diletakkan sifat kesabaran itu pada tahap yang lebih tinggi berbanding lelaki. 
Pada Amy pula, mungkin keupayaan mengandung dan melahirkan itu merupakan tanda aras yang paling tinggi untuk keletakkan sifat sabar itu paling sesuai untuk dipikul oleh wanita. Mungkin pembaca ada pendapat lain, mungkin boleh kongsi dengan Amy.
 
Bukan apa, pada Amy masa berkawan memang semuanya indah, tetapi bila dan nikah, dah tidur sebantal dan buat banyak benda bersama-sama, kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing akan mula terpancar dengan jelas sekali. Bila dah kahwin, no turning back, unless it cannot be accepted and being tolerate anymore.
Jadinya, seorang wanita yang nak mengakhiri zaman anak dara tu perlu belajar lebih lagi mengenai hidup berumahtangga. Sebabnya nanti bila dah lalui sendiri, tidaklah terperanjat dan tak akan kata, kalau tau nak jadi macam ni ... habiskan ayat tu sendiri ok...
Oklah, Amy nak mandikan anak, lain kali kita sambung lagi ya,

Babai ladies... ;)

PB: Kain lace dan satin murah sangat - di KL ya, bukan di Bandung/Jakarta erk ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat petang semua...
Lama rasanya tak tulis apa-apa cerita yang menarik kat blog ni kan?
OK, sekarang Amy nak cerita pasal kain lace yang sangat murah... Sesuai untuk b2b yang memang nak berjimat tapi pada masa yang sama ingin kelihatan cantik jugakan?
Dah lama sebenarnya Amy nak tulis pasal ni, harap dapat bantu mereka-mereka yang memerlukan. Amy bagi tengok gambar kain tu dulu erk, Minta maaf kat tuan punya kedai, Amy main snap aja, tapi sebenarnya ini pun promosi juga buat mereka.
Sehelai kain lace yang mempunyai 4 meter kain satin dan 2 meter lace berharga rm 40 dan rm 45...HAHAH? percaya tak? Kain ni dijual bukan di Bandung or Jakarta ya, tetapi di Kuala Lumpur, Malaysia...
Pada Amy memang murah dan banyak juga pilihan yang ada.
Selain kain lace tu, ada juga Amy lihat
veil yang dijual murah, kalau tak silap kurang rm 50 sehelai... Haa, siapa yang nak , cepatlah ke kedai MUAZ. Gambar kain yang Amy ambil ni di kedai Muaz berdekatan LRT dan PUTRA Masjid Jamek, berhampiran dengan Wisma Yakin.
Kedai tu memang jual barang dengan harga murah sebab dia beli barang dengan banyak kot. Jual banyak tudung, anak tudung, kain pasang, dan lain-lain. Cubalah pergi sana tengok kalau ada yang berkenan.
Harap boleh bantu b2b yang mahu pakai kain lace pada hari bersejarah mereka nanti... Selamat membuat persiapan kahwin :)
Salam sayang,
Amy PB2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter