Petua diri & Keluarga

Petua Mencuci

0 Boleh gunakan klorox atau cecari sewaktu dengannya untuk basuh tandas untuk kebersihan lebih, jika cecair pencuci tandas habis. Tapi hati-hati sebab bau dia kuat, kalau tak tahan, buka pintu bilik air untuk elak pening/sesak nafas.



Petua bela pokok gebu

0 Air basuhan beras boleh digunakan untuk gebukan pokok. Selain itu, air cucian ikan (yang berdarah ikan) juga boleh digunakan. Siapa yang rajin lagi, boleh buat baja kompos dengan menggunakan sisa makanan yang tak habis, ditanam dalam tanah dalam seminggu, dan boleh digunakan ataupun tanah bakar boleh juga digunakan.



Petua Memasak


0 Sediakan sedikit makanan sejuk beku seperti fries/drummet/meatball dll untuk dimasak sekiranya anda balik lewat ke rumah dan lapar masa tu.

0 Untuk mudah masak, kupas dan kisar bawang merah/bawang putih/cili boh paling selamat untuk stok seminggu dan letak dalam freezer. Bila nak guna, keluarkan dan sedia untuk digunakan.

0 Kalau rajin lagi, masak pada hari Sabtu dan Ahad lauk lebih dan simpan secukupnya untuk portion setiap hari bekerja. Hanay perlu keluarkan portion tersebut dan panaskan. Tanak nasi dan anda sudah ada satu lauk untuk dimakan. Goreng telur/ikan masih dan rebus sayur untuk mendapatkan menu makan seimbang dengan cepat dan mudah.



Petua sebelum & selepas mengandung


0 Pesan orang tua, jangan lilit tuala/pkai selendang lilit untuk elak anak terbelit pada tali pusat.

0 Amalkan membaca surah Maryam, Yusuf, dan lain-lain surah Al-Quran untuk mendidik anak menjadi lembut kepada Kalamullah dan mendapat anak yang mudah dilahirkan/cantik/kacak dan mendengar kata. Wallahualam.


Petua awet muda


0 Minum segelas air suam dan baca selawat 3x sebelum minum, selepas bangun tidur. Sesuai juga untuk melancarkan pembuangan najis/melancarkan sistem pembuangan kita. Minum ar suam juga boleh melembabkan kulit kita supaya lebih gebu dan cantik.



Petua bila sakit buat apa?


0 Demam Panas, tuam pesakit dengan air suam bercampur asam jawa untuk meredakan kepanasan.

0 Cirit-birit, amalkan minum teh pekat untuk mengurangkan kadar berulang alik ke tandas.

0 Sakit tekak/hilang suara, amalkan minum air asam jawa untuk mempercepatkan kadar sembuhan. ambil dua inci asam jawa, bancuh dnegan air suam. buang biji dan hampasnya, kemudian campurkan sedikit gula untuk sedapkan rasa.



Petua rumahtangga

Baru je lepas tengok drama bersiri Naziha kat TV3 tadi. Apa yang Amy nak tuliskan kat sini ialah Amy tak setuju penggunaan ayat2 pengasih yang mengarut untuk bersama dengan isteri sendiri. Apalah nikmatnya kalau hubungan suami isteri tersebut berlandaskan paksaan dan tiada rasa kasih sayang. Kesian betul kat Naziha tu. Tolonglah kalau ada sesiapa yang berniat tak baik macam tu, silalah berhenti menggunakan kaedah paksaan macam tu. Lagipun, syirik sebab mempercayai kuasa selain dari Allah kan, dosa yang Allah tak akan ampunkan tu. Nauzubillah.... Percayalah, perhubungan yang suci berlandaskan kasih sayang insyaAllah akan memberikan kebahagiaan sejati buat setiap pasangan suami isteri....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter