Monday, April 30, 2012

PB: DIY Gubahan sirih junjung klasik

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Kali ni Amy nak kongsi cara-cara bagaimana hendak menggubah sirih junjung ringkas mengikut kemampuan bajet masing-masing.

Amy akan gunakan kaedah bercerita cara-caranya dan kalau ada gambar dari en goooooogle Amy akan masukkan dalam skrip nanti k... hehehe..

Ä. Kita mulakan dari bahan-bahannya:

1. Bekas bunga untuk tampung sirih junjung
2. Span basah 
3. Lidi sate sebanyak yang diperlukan
4. Daun sirih dalam seikat atau 30-50 helai atau lebih, terpulang pada gubahan yang hendak dibuat
5. Bunga kapur, gambir dan pinang secukupnya
6. Dawai bunga saiz sederhana
7. Bunga hiasan ikut kegemaran masing-masing
8. Pencucuk pin tudung secukupnya (kalau boleh gunakan warna tema hantaran)
9. Aluminium foil secukupnya

B. Cara-cara membuatnya:
1. Basahkan span dalam air sehingga dirasakan span cukup tampung air yang diperlukan. 
2. Balutkan span tadi dengan aluminium foil supaya air tidak mudah tersejat dan sentiasa lembap untuk menyegarkan daun sirih. 
3. Bersihkan daun sirih dan sapukan dengan minyak zaitun kalau mahu dia berkilat, kalau tak mahu lap sahaja dah cukup
4. Kukuhkan span di dalam bekas bunga supaya tidak goyang dan jatuh dengan mudah
5. Susun daun sirih ikut kesukaan dan cucukkan dengan dawai serta susunkan keliling span tadi dan dimatikan dawai apabila sirih sudah memenuhi keliling span tadi. Susunkannya di bahagian bawah tapak sirih.




6. Lekatkan sirih secara menampal pada dinding span dan sematkan pin tudung pada daun tersebut untuk menutup aluminium foil sehingga ke pangkal gubahan
7. Hiaskan bahagian atas sirih junjung dengan bunga kapur, gambir dan pinang dan bunga-bungaan yang lain sambil diselitkan dengan gulungan daun sirih supaya kelihatan penuh (seadanya) di bahagian atas gubahan.
8. Kalau mahu lilitkan bunga melur di sekeliling bahagian bawah sirih junjung untuk menampakkan keklasikan gubahan tersebut.
9. Rajin-rajinkan siram/renjiskan air untuk menyegarkan daun sirih. Simpan gubahan tersebut jauh dari sinaran matahari untuk melambatkan daun tersebut layu.

Kalau lagi kreatif, boleh gubah dengan gaya tersendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang disebutkan di atas.

OKlah, itu sahaja, harap dapat kefahaman yang diperlukan untuk menggubah sendiri sirih junjung jika anda seorang yang suka mencuba. Kepada mereka yang tidak berani buat gubahan sirih junjung sendiri, Amy sedia membantu anda dalam menggubah sirih junjung tersebut.

Itu sahaja, jaga diri lovelies...
Amy pb2     






No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter