Sunday, July 31, 2011

PB: Salam Ramadhan dari Amy pengantinbudget2

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam hari terakhir bulan Syaaban, ahlan wa sahlan Ramadhan...
InsyaAllah esok bermulanya Ramadhan, Amy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca belog Persiapan Pengantin Budget ni... Mohon maaflah ya, jika ada terkasar bahasa atau apa-apa entri yang mengguris perasaan atau ada yang tidak kena pada mata pembaca semua. 



Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Amy melalui menjadi follower Amy, email, sms, tulis di chatbox, dan ada juga yang sudi letak link belog Amy dalam belog kamu orang. Suka sangat dan terima kasih banyak Amy ucapkan.  

Semoga bulan Ramadhan ini merupakan ibadah yang terbaik setakat ini dan semoga ada rezeki kita berjumpa dengan malam seribu bulan, Lailatul Qadar, insyaAllah...

OKlah, jaga diri ya, buat b2b yang menghitung hari sebelum diijabkabulkan selepas Raya Aidil Fitri. Semoga  dapat dimanfaatkan masa yang ada ini untuk menimba ilmu rumahtangga dan mempersiapkan diri dengan segala skil memasak, mengemas rumah, membantu ibu di dapur dan lain-lain lagilah...  

OKlah, itu sahaja untuk petang ini, kalau rajin Amy buat entry lain lagi ya...

Jaga diri ya...

Amy pb2.

Saturday, July 23, 2011

PB: Tempahan bunga rampai, Pn. Linda Damansara Heights

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Terima kasih kepada Pn. Linda yang telah sudi menempah dua bungkus bunga rampai untuk majlis pernikahan anak saudaranya kalau tidak silap. Penghantaran juga telah dibuat semalam seperti yang diminta Pn. Linda. Alhamdulillah sebab kami berjaya membuat tempahan yang boleh dikatakan dibuat pada saat-saat akhir juga.






InsyaAllah kalau tak ada aral melintang Amy akan buat tutorial ringkas macamana nak buat bunga rampai ni. 

Oklah, itu saja ya, terima kasih Pn. Linda dan keluarga. Selamat pengantin baru untuk Syuhada Dr. Ahmad, sehingga bahagia hingga ke akhir hayat dan ke akhirat. Amin.

Babai semua ... :)

Tuesday, July 19, 2011

PB: Rekaan mini pelamin berbantal dua biru putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam sejahtera semua,

Mempersembahkan rekaan mini pelamin berbantal nikah dua buah untuk konsep biru putih.




Tempoh hari ada bakal pelanggan yang bertanyakan mini pelamin untuk majlis nikah. Inilah ilham adhoc untuk permintaan pelanggan tu. Ini merupakan kali pertama Amy design mini pelamin macam ni, nampak lain kan? 

Pertama, bunga hiasan di belakang tu Amy tinggikan sedikit menggunakan kaki kerawang yang nampak klasik tu dan seterusnya penggunaan dua buah bantal nikah kerawang Amy, yang cukup luas untuk sepasang merpati dua sejoli duduk atas bantal tu.

Sebenarnya ini merupakan scatch idea untuk mini pelamin dua bantal. Hiasan lengkap akan Amy buat jika sekiranya pelanggan bersetuju untuk ambil mini pelamin Amy ni. 

Kalau ada sesiapa yang berminat, sila email Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk bertanyakan harganya dan untuk perbincangan lanjut ya. Warna boleh ditukar ikut konsep/warna tema majlis anda.
Suka Amy nak ingatkan di sini, konsep Amy adalah pengantin budget. Mungkin jika ada yang mahukan kelainan pada mini pelamin Amy ni, boleh berbincang dengan Amy ok. I'm open for discussion. Sekiranya barang yang diinginkan tiada dalam existing lists Amy, additional charges might be applied to cater for the additional design.
Oklah, jumpa lagi ya sayang-sayang semua,

Selamat malam,

Amy PB2.

Sunday, July 17, 2011

PB: Bantal nikah ke Tampin, Negeri Sembilan untuk Fad

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang ya, terik betul cuaca kat luar, sedap betul jemur baju, cepat kering... ;)
Hm,  ingat lagi tak entry pasal Fad sewa bantal Amy tu? Ini gambar dia menunggu suami tercinta untuk menyarungkan cincin ke jari manisnya...


Terima kasih Fad. MUA Fad untuk hari nikah dia ialah Ayang Kamell yang sangat popular tu. Fad kata, Ayang pun berkenan dengan bantal nikah Amy ni. Hari tu Fad ada tunjukan gambar Fad dengan Ayang Kamell duduk dekat bantal nikah Amy ni. Tapi bila nak cari semula tak ada pula. 

Update 5 Ogos 2011:

Ini dia Ayang Kamell dengan Fad... ;) Finally ek FAd... ngeeeeee


Idea yang bagus juga kan letak bantal ni atas pentas pelamin tu... Amy rasa ini kali pertama yang Amy tahu client Amy buat macam ni. Kreatif juga kan?    

Buat Fad, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Jaga diri semua ya, babai...

Amy PB2.

Saturday, July 16, 2011

PB: Harga sepasang baju nikah...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam beautiful ladies ;) 

Tadi Amy saja jalan-jalan baca blog, lepas tu ternampak ada posting berkenaan kain apa yang perlu dibeli untuk buat baju nikah nanti. Sedangkan budget yang ada mungkin ikut kemampuan penulis tu kan. Ada banyak cadangan atau pilihan yang dia nampak tapi masih belum berjumpa kain yang berkenan.
Biasalah kita suka benda yang cantik-cantik tetapi bila tengok kosnya.... mak ai... ini kalau swipe kad kredit dah tentu sampai had limitnya nanti. Maksudnya tak mampulah kan.

To be honest, Amy pun pernah melalui situasi tu bila 6 tahun lalu Amy sibuk buat persiapan nak menikah dan tengah cari kain untuk buat baju nikah. Lepas tu jalan-jalanlah pada satu hari Jumaat dengan kawan-kawan... Tetiba... jeng jeng jeng
*

*

*

*
Amy terjumpa dengan satu kedai jual kain yang amat cantik giloss tak hingat.. tengok dekat luar kedai jer. Lepas tu Tokei tu kata (Orang India dari Mumbai) kata, masuklah, dia tengah buat jualan murah... Tengok-tengok kain dia mak ai kain french lace, sekuin-sekuin penuh, sampaikan dia cakap isteri Datuk Zahid Hamidi selalu ambil kat situ. Bukan takat tu jer, Man Kajang pun ambil dari dia. Dia kata kejap lagi Man Kajang nak datang ambil kain untuk butik dia... 

Jadinya terujalah kan tapi bila tengok kain dia harga ribu riban... tapi sebab dia memang nak buat jualan murah, dia bagi dalam 50 - 60% diskaun khas untuk habiskan kain-kain dia tu... Sebenarnya, hajat hati nak beli kain Thai silk dan hantar jahit manik. Masa tu ada kedai OTOP kedai Thailand dekat Yow Chuan Plaza sebelum ditukar jadi hotel Double Tree opposite Ampang Park tu, ada jual Thai Silk asli. Tapi semeter kain Sutera Thai 2 ply pun harganya RM 48 sehelai (tahun 2004). Kalau darab 4 meter nak dekat RM 200. belum jahit manik, upah jahit lagi kan...    

Tetapi, sebab dah suka dengan kain yang saudagar Mumbai tu offer, siap dengan veil lagi, harga kain French Silk sudah siap bermanik RM 650 + veil RM 180, mak ai, kain sahaja dah nak dekat RM 900. Huhu, akhirnya upah jahit dan kos semua sekali jadi RM 1+++.00 jugalah. Huhu, nak berjimat konon, tapi akhirnya terboros jugalah bab itu. Bila hubby tau, dia memang tak setuju, terpaksa buatkan juga dia setuju. Tapi kalau nak tahu, sampai hari kahwin dia tak berapa suka tau sebab dia kata membazir. Haha huhuhuhu....:(
 
Ramai jugalah yang puji baju tu, sebab memang nampak macam artis pakai, yang pada realitinya orang yang berpendapatan biasa-biasa ni nak beli, bukan isteri menteri mana-mana ataupun anak tokei butik-butik pengantin yang ada di KL ni... huhu :(. Akhirnya, ambil masa jugalah nak bayar kredit kad sebab kedai tu siap boleh terima kredit kad, swipe saja masa tuh... Sakitnya nak membayar semula Tuhan saja yang tahu... huhuhuh

Al-kisah, cerita dulu kala, untuk renungan dan pengajaran untuk semua... yang penting, yang baik jadikan teladan, yang buruk, jadikan sempadan. 

p/s: Kedia tu memang sudah ditutup tak lama lepas Amy beli kain tu. Bila jalan-jalan balik kat situ dah kosong dah kedai tu. Sekarang pun Hotel Double Tree dah ambil alih shopping mall tu dengan Hotel Crown Princess sekali... sejarah tinggal sejarah... 

Itulah, sila simpan wang secukupnya jika anda memang mahu pakai baju cantik-cantik ataupun buat majlis seperti yang diidamkan dari awal ok...

Salam sayang,

Amy PB2.

Monday, July 11, 2011

PB: Simpanan wang sebelum dan sesudah kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua, 
Sementara mata ni masih belum mengantuk, Amy ingat nak buatlah satu dua entry kalau larat. Ialah, sekarang ni rasa macam nak buat entry di belog Amy ni secara tetap macam perlu usaha lebih sikit. Tak apa, demi para pengikut Amy di luar sana, Amy cuba juga ya. Terima kasih banyak-banyak.

 Amy sebenarnya suka nak cerita pasal simpan duit. Hajat nak jadi financial planner, tapi belum ada masa lagi nak betul-betul fokus nak belajar jadi Perancang Kewangan bertauliah. heheheh... Tapi kalau nak tahu, bila Amy mula kerja dulu, selalu rasa ke manalah duit Amy pergi ni, rasanya tak adalah beli barang kemas ker, joli sana sini ker, tapi duit tu macam selalu jer tak tahu pergi ke mana. dan detik yang paling genting ialah bila Amy pernah kena ragut yang telah menyebabkan dompet pemberian BF (hubby Amy sekarang ni) dan beg tangan paling mahal Amy beli dalam hidup (itulah pertama kali Amy beli beg tangan mahal) dicopet oleh peragut naik motorsikal. Sejak itu, Amy mula masukkan duit dalam insuran hayat cum investment, bagi lebih sikit untuk mak ayah, melabur sana sini dll, asalkan Amy tahu mana perginya duit Amy.

Nak kata duit banyak sekarang ni atau jadi jutawan belumlah lagi, tapi niat di hati memang membuak-buak walaupun rasanya berpuluh tahun lagi kot nak tercapai, tapi Amy cuba menyimpan secara tetap walaupun sikit. Amy rasa b2b kat luar sana pun sama kan, mesti terasa sangat nak kahwin ni memang pakai duit banyak. Makanya menyimpan duit adalah cara yang terbaik. 
 
Nanti bila dah kahwin dan ada anak, silalah buka akaun simpanan untuk anak cepat-cepat ya. Macam Amy, anak Amy lepas habis pantang Amy dah buka akaun simpanan dan terus melabur dalam tabung pendidikan diaorang. Simpan pun bukannya banyak sangat, jadilah daripada tak ada langsung. Sebab simpanan pendidikan tu boleh pilih mana-mana syarikat insurans untuk simpan maksimum 17 atau 19 tahun kalau tak silap, maknanya simpanan tu nanti akan menjana pendapatan daripada simpanan kumulatif. Walau bagaimanapun, kena tengok juga kadar inflasi kat negara kita ni macam mana, sebab kalau inflasi makin menaik, nilai simpanan kita tu mungkin lebih rendah dari nilainya sekarang pada masa depan. Lepas tu ramai juga yang sedar yang emas merupakan menebat kenaikan inflasi dan maka sebab tulah makin ramai yang menyimpan emas untuk meningkatkan lagi nilai harta masing-masing yang tidak mudah digugat oleh inflasi.

Satu lagi, yang paling penting bayarlah zakat. Amy ni tak malu nak mengaku baru bayar zakat pendapatan. Daripada tak buat langsung (tak baik) sebab zakat itukan rukun Islam ke-4 untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Rasa lebih senang hati dan taklah rasa susah sebab pendapatan kita tu ada hak orang lain di dalamnya dan kita dah bagi kepada mereka yang sepatutnya menerima bahagian mereka itu.

Macam yang pernah Amy ceritakan sebelum ini, memang belanja kahwin tu tinggi, kalau dapat disimpan duit lebih awal, belanja ikut kemampuan, jangan membazir, buat yang termampu dan yang paling penting, majlis perkahwinan tu adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih memerlukan wang dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Makanya perancangan kewangan adalah penting untuk kegunaan pada masa akan datang.

Manalah tahu ada pembaca yang nak kongsi cara dengan kita di belog Amy ni berkenaan cara simpanan wang yang sesuai, silalah kongsi kat sini ya. Kita kongsi ilmu dan belajar untuk kemudahan pada masa depan.

Oklah, itu saja, mata pun dah mengantuk, jumpa lagi, selamat malam dan mimpi yang indah-indah, ok...

Selamat malam, semua :)

Amy PB2.

Sunday, July 10, 2011

PB: Mini pelamin ungu dan sirih junjung Dira, FRIM

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Rasanya tak lah lama sangat Amy tak update belog, bila buka hari ni layout dia sudah bertukar lain, terkejut sekejap. Mulalah teraba-raba nak cari fungsi-fungsi belog ni... Almaklumlah Amy ni sangatlah "handal" dalam belog-belog ni ... huhu...

Oklah, tanpa membuang masa, inilah hasil rekaan Amy untuk Dira semalam untuk majlis pertunangannya.



 Dira juga inginkan sirih junjung dan Amy ada ambil gambar sirih junjung Amy dengan hantaran-hantaran Dira yang lain macam gambar di atas tadi.


Selamat Bertunang untuk Dira dan pasangannya. Terima kasih banyak atas kerjasama yang diberikan oleh Dira dan keluarga. Minta maaf atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan dalam menghantar mini pelamin dan sirih junjung. Terima kasih atas kesabaran Dira dan keluarga, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat ya.  

 Salam sayang,

Amy PB2

Wednesday, July 6, 2011

PB: Bantal nikah untuk Fad

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, Fad telah selamat mengambil bantla nikah Amy untuk digunakan pada majlisnya Jumaat ni. Puas memasukkan bantal tu dalam kereta. Disebabkan kebesaran bantal itu membuatkan proses untuk memasukkannya dalam kereta mengambil masa yang agak lama jugalah. 

Mungkin b2b kalau berminat nak ambil bantal tu sendiri dari Amy, adalah digalakkan untuk bawa kereta besar sikit ya. Kalau tak, Amy boleh hantarkan dengan caj yang berpatutan... Neway, terima kasih Fad atas kesabaran anda ;) dan tak lupa kepada Atir yang bantu kakakmu ini memasukkan bantal itu ke dalam kereta, jasamu dikenang ;)
 
Semoga semuanya selamatlah ya Fad. And as you wish, Dear GOD, please make Fad look beautiful on the nikah pillow as sweet as angel :), insyaAllah :)

Selamat pengantin baru Fad

PB: Mencari ilham untuk mini pelamin betul betul budget dan sirih junjung untuk Adira, FRIM

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Nak update belog ni dengan pencarian ilham untuk mini pelamin BBB untuk Adira di FRIM untuk dihantar Jumaat ni. Adira juga sudi menempah sirih junjung dengan Amy, insyaAllah dah ada gambar nanti Amy post ya...
Until then, jumpa lagi...

Salam sayang n rindu untuk semua... jaga diri okey... ;)
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter