Thursday, February 3, 2011

PB: Bulan madu aka honeymooning ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ha, ini satu topik menarik untuk Amy kongsi dgn pembaca kat luar sana. Amy tau ramai yang memang pengantin budget, maklumlah brg sekarang semuanya mahal. Dengan RM50 tak dapat beli apa pun, nak dating dgn pakwe / tunang / hubby pun habis untuk minyak dgn nak masuk tandas jer, kalau nak makan minum, hm, kalau makan kat mamak cukuplah kot, tapi itulah sekali mkn jerk, kalau makan tandori tak cukup RM 50 tadi tu. Betul tak? 
Jadinya, takkan budget sikit bila kahwin tak pergi bulan madu kot? Mesti ada caranya kan? Dan, kalau kahwin mesti pergi bulan madu tapi kalau duit tak cukup, macam mana yer?

Ok, ini tips Amy, Pergi juga bulan madu tapi pergi saje ke hotel-hotel yang dekat dengan kawasan anda. Hotel 3 bintang pun tak apa, 2D/1N pun tak per...

    Source: Mr. GOOGLE
 
Contoh, kalau di KL, cubelah pergi Swiss Garden ker, Federal Hotel ker? Seri Cempaka ker.... (ops, saya bukan ejen hotel ya... cuma menyebut beberapa hotel yang dirasakan lepas budget yang sememangnya budget tu...;) )
Kalau kat Melaka pergilah Seri Costa Hotel Resort, Naza Tallya Hotel ker? 

Bukan apa, untuk pasangan yang baru berkahwin, memang patut pergi honeymoon ikut kemampuan masing-masing. Masa nilah nak kenal hati budi pasangan kita dan menikmati detik-detik awal perkahwinan yang tak akan sama selepas dah lama kahwin. Excitement dia lain tau... Tak percaya? Ha, cepat-cepat kahwin (cara yang baik yer ... :) dan pergilah berbulan madu seawal boleh selepas majlis anda selesai. 

Untuk yang lebih mampu, tak salah untuk pergi ke tempat yang memang menyediakan pakej bulan madu untuk pasangan baru kahwin, tempat yang cantik-cantik dalam negeri atau kuar negeri. Yang penting, tepuk dada, tanya poket dan mampu kita buat. Jangan sampai seksa diri pulak ya.

Selamat merancang untuk berbulan madu... Teringat Amy Search.. Fantasia Bulan Madu.. (tapi nak gi bulan tak tercapai akal ku pulak ;)
P/s: Amy pun dulu honeymoon di salah satu hotel di JB lepas majlis di Kluang, belah hubby .:). Janji honeymoon. ;P

6 comments:

  1. so true... honeymoon kene ikut kemampuan poket dan bajet ... yg penting.. be with our love ones.. tak kire di mana ... ;)

    ReplyDelete
  2. yang penting hanya kau dan aku sj ms tu ;). tq singamanja...

    ReplyDelete
  3. nadya nye honeymoon lebih kurang sebulan lepas majlis bertandang..aisehhhhhhhh
    kene cari gak hotel2 yg mampu kat kl ni...lepas reception blah nadya...gi hotel :)
    huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  4. nadya, betul tu, kalu cepat lagi best, cuber lah cari, kalau off peak lagi senang nak cari hotel.. gud luck yup....

    ReplyDelete
  5. kalau nak pegi bandung untuk hanimoon, me bole tolong settlekan program... murah jer xsampai rm200/pax dah sekali tempat tinggal & transport. tgk la blog me kalau nak yg budget2 yer...

    ReplyDelete
  6. hi ms n mr red ribbon. hm ada promotion ni, siapa yg berminat gi tanya ms red, tak gitu ms red... nanti kalau amy gi bali amy cari red lah yerk. ;)

    ReplyDelete

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter