~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pagi semua,
Ramai juga yang mencari maklumat ini di internet.
Pada Amy, memang banyak kombinasi warna yang dicadangkan di internet tapi yang PALING PENTING, lebih baik ikut warna yang kita dan pasangan kita suka. Sebabnya, warna yang kita selesa pakai, akan tercermin pada muka kita yang kita selesa pakai baju tu.
Dan apa yang kita suka pakai, mesti akan nampak cantik walaupun pada orang lain tak cantik.
Contohnya, adik Amy kahwin tahun lepas, mereka pasangan yang manis sikit dan adik Amy suka warna kelabu. Jadinya untuk tidak menghampakan dia, kami masukkan warna kelabu tu sebagai warna pilihan tapi cari warna yang kelabu lembut.
Pada masa yang sama, Amy dan adik perempuan (wedding planner lah konon-kononnya ;)) nak gunakan warna ungu. Fikir-fikir kami gabungkan kedua-dua warna tu dengan ton warna yang sesuai. Gunakan kelabu dan ungu lembut. Hasilnya, alhamdulillah, mereka nampak suweeeet sangat dengan warna tu.
Jadi apa lagi, pilih lah warna kegemaran anda dan anda mesti suka dengan warna baju yang dipilih, nanti auranya terserlah pada muka anda berdua. Siapa setuju, angkat tangan!!!!
No comments:
Post a Comment