Wednesday, February 23, 2011

PB: Percuma @ diskaun - Donut n Sushi at SOGO

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua, Amy baru perasan kat SOGO, sushi akan diberi diskaun rm 2 sepeket selepas pukul 6 petang. Applicable for those price ranging rm 5.99 and above. Baru tau masa semalam singgah nak beli barang sikit, eh, ternampak ada notis kat depan area sushi tu ada diskaun ni. Apalagi, memang tengah nak makan sushi, terus ambik sepeket yang harganya jadi rm 3.99 dari rm 5.99. Jimatkan? .. hehehe tak banyak pun, hanya nak menghilangkan rasa mengidam nak makan sushi. NGEE...

Itu bab sushi, ini pula bab Dunkin Donut kat SOGO jugak. 

Tapi dah lama jadi, berbulan-bulan yang lepas. Hubby minta belikan makanan ringan sikit. Jadinya teringat kat donut warna-warni dan gebu-gebu ni.. Belilah 3 biji donut lepas tu masa tengah nak bayar yang jaga kaunter bayaran kata ambil satu lagi free
Ok, dah jadi 4 ketul. 
Lepas bayar dia kata, ambillah mana-mana kotak munchkin yang dalam dia ada donut kecil-kecil 12 biji kot. 
Hah? Free lagi? 
Dia kata kalau tak diaorang akan buang aja. Hehe the best part was, Amy terus jer cakap, kenapa tak bagi orang? (memandai bagi cadangan) Dia jawab bilalah ada masa nak cari orang nak bagi. Amy kata lagi; "Kan ada orang kat area Dataran Merdeka yang digelar Gelandangan tu sampai kutip saki-baki KFC dlm plastik sampah area Jalan TAR tu yg masuk Aduan Rakyat kalau tak silap. Hm dia kata mana ada masa nak cari orang... Betul juga sebab masa Amy beli tu dah lewat juga, pukul 8 lebih. SOGO tutup kul 9.30 malam, tak ada ramai mana orang nak datang time cenggitu kan?
So, if u want to get extra food, shop at those outlet mentioned at that time. InsyaAllah you wont regret... Haha, tips penjimatan untuk kali ini...

Rasanya banyak juga outlet makanan yang akan buang lebihan yang tak habis dijual kan? Kalau ada sesiapa nak kongsi kat sini janganlah malu ek, pengkongsiankan tanda sayang eh?? sama tak dengan sharing is caring? Kira boleh lah erk...

OKlah, jumpa lagi. Tata!

Salam Sayang,  
Amy PB2. 

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter