Friday, June 27, 2014

PB: Tips 4. Majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Tips 4. Kad jemputan kahwin biarlah yang sederhana, pada Amy idealnya sekeping kad tidak lebih RM 1. Melainkan kalau bakal pengantin bajet kahwinnya lebih RM 25,000 mungkin boleh membayar kad jemputan yang melebihi RM 1 ini. Bukan apa, ikut pengalaman, sesudah majlis kadnya akan dibuang atau pun, semasa jemputan mahu ke kenduri tersebut, petanya yang menjadi rujukan. Lain-lain akan ke tong sampah jua.

Banyak syarikat online menawarkan harga murah beserta bunting, penunjuk arah dan lain-lain jika b2b pandai mencarinya. Kalau di desa/kampung dulu, orang tua pengantin siap fotostat kad jemputan, kira satu usaha untuk menjemput jugalah kan, daripada bercakap mulut aja.

Apa yang penting, tujuan untuk meraikan pengantin adalah penting dan memberi ucapan/doa terbaik kepada mereka, di samping mengurangkan beban pengantin baru dengan diselitkan duit salam kaut ataupun pemberian hadiah untuk kelengkapan rumah baru mereka nanti.

Amy pb2

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter