Tuesday, June 10, 2014

PB: Tip 1 majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Baiklah, Amy nak rujuk semula pada post sebelum ini, nak beri tip macamana nak buat majlis kahwin meriah dengan kos sederhana.

Tips 1 - Buat majlis sekali sahaja atau ringkasnya, majlis nikah sekali menjamu semua tetamu!

Katalah bakal pengantin nak menikah hari 13 September 2014, Sabtu, pukul 11.30 pagi. Makanya setelah selamat bernikah sejam kemudian (anggaran masa), tetamu jemputan dijamu terus dengan nasi minyak pengantin pukul 12.30-4.30 petang. Jadi dalam kad jemputan tu kena dimaklumkan nikah pukul berapa, makan pukul berapa, lokasi dan lain-lain.

Dari segi kemudahan logistik pun senang untuk keluarga dan sanak - saudara datang sekali sahaja, tak perlu ulang-alik dan sewa hotel atau tumpang rumah saudara dsbnya. Tetapi perlu diingat, majlis sebegini perlu rancangan awal sebab khemah kena sedia sebelum majlis, makanan tiba pada masanya dan tempat nikah tak jauh dari tempat kenduri nasi minyak. Contohnya! Ada kenalan Amy yang buat majlis di salah sebuah masjid di KL, lepas tu terus jamu tetamu di dewan makan masjid tu. Dan lepas tu majlis pun selesai.... Ringkas dan barokah nampaknya, insyaAllah!

Setuju tak dengan tips 1 ni? Bincang elok-elok dengan famili, persiapan awal perlu dibuat untuk pastikan majlis berjalan lancar.

"Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab." Nampak tak, hanya seekor kambing. Tetamu mungkin dalam anggaran semasa 10 dulang atau kurang. Dalam 50 orang atau lebih. Jimat dan ringkaskan?

Ada juga sebegini:
"Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau yang dihadiri Rasulullah, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu. Ini bermakna, jenis makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu bergantung kepada kemampuan."

Sumber: fb Eddywan I am Muslim

Semoga kita semua mendapat manfaatnya, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter