Sunday, June 8, 2014

PB:Kenapa kos nak kahwin mahal sangat?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Aduhai, kesiannya bila Amy baca jumlah standard wang hantaran kahwin tahun semasa sangat tinggi, sehingga paling koman rm 10,000, malah ada yang lebih lagi dari rm10k tu....

Masa Amy kahwin 9 tahun lepas belum sampai rm 10 k. Masa tu dah nak cicah dah jumlah tu, tapi sekarang, dah lebih dari tu.

Pada Amy, kalau betul-betul mampu nak beri jumlah hantaran sebanyak tu kepada bakal isteri adalah dialu-alukan, bertuah badan wanita tu. Tetapi..... Kalau tak cukup duit, tapi sangat sayang n cinta kat tunang kita tu, berilah ikut kemampuan.

Sebenarnya, minta maaf nak bagitahu ni, pihak wanita akan menggunakan duit tu untuk taja majlis di pihak mereka. Kalau keluarga wanita tu dah mampu, tak perlu nk minta jumlah tinggi macam tu, sebab kebanyakan teruna yang nak kahwin tu mesti baru mula bekerja dan paling tepat mesti tak sampai 5 tahun bekerja. Tak payah nak putar cerita lah kan, kalau ikutkan mana mampu nak simpan duit banyak. Nak nak kalau teruna tu awal bekerja dah beli kereta baru, tinggal rumah bujang, kerja di bandar besar, segak bergaya sangat dan sangat mengikuti perubahan gajet terkini yang ada di pasaran.


Tak salah kalau kita cuba berbelanja ikut kemampuan diri. Lantaklah kalau orang nak kata majlis macam tak ada duit atau jumlah wang hantaran kita sikit, sebab orang-orang yang bercakap tu bukannya menghulurkan wang bantuan kepada kita, betul tak?

Pada Amy, kehidupan lepas majlis kahwin tu yang lebih penting, ibaratnya, kemeriahan majlis kahwin hanya untuk 4 hari (2 hari sebelah wanita, 2 hari sebelah teruna). Lepas tu bermulalah kehidupan sebenar sebagai suami isteri yan sah.

Mana nak bayar sewa rumah, macam di Kuala Lumpur ni, sewa rumah paling paling murah rm600, itupun kalau tuan rumah baik hati tak naikkan harga. Tak kanlah dah kahwin nak sewa bilik pulak kat rumah yang bercampur penghuninya kan? Mana nak dibeli barang dapur, bayar bil-bil utiliti, nak beri ibu ayah, belanja makan di pejabat, nak bayar hutang ambil loan nak kahwin lagi. Aduhai, memanglah berkahwin tu insyaAllah akan menambah rezeki, tetapi jika tidak dikawal perbelanjaan keluarga, bagaimana setiap kos yang perlu dibayar SETIAP BULAN ni boleh dibayar?

Masa persiapan kahwin tu, bakal pengantin perlu beli set katil baru, nak beli barang hantaran mahal-mahal yang ada kala tak mampu sebenarnya untuk dibeli, nak sewa baju pengantin baru, buah tangan yang best2 kepada tetamu, kos makan yang sedap2 untuk tetamu yang hadir dsbnya. Semua kos itu sangat besar dan belum lagi masuk kos bertunang, kos nak tampung sedikit sebanyak belanja saudara mara yang datang memeriahkan majlis kita ni, sewa hotel/rumah untuk keluarga yang datang dari jauh dll. Walau apapun keputusan anda, pastikan semua tu dibuat dengan ikhlas ya.

Itu belum lagi kos untuk melengkapkan peralatan di rumah sendiri yang baru dimasuki sebagai suami isteri. Tv, sofa, meja makan, dapur, almari, mesin basuh, dll yang terpulanglah jumlah nya mengikut selera dan pandangan masing2.
Dearest semua, memang sangat banyak kos yang perlu dikelurkan, itu belum masuk lagi kos tambahan. Jika Allah berikan cahayamata dalam masa terdekat, semua persiapan itu juga adalah kos.

Nanti Amy akan kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dipraktikkan untuk merancang majlis kahwin anda yang meriah dalam kos yang sederhana. InsyaAllah.

Until then, salam sayang, good night all!!!

Amy pb2


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter