Sunday, June 29, 2014

PB: Tips 5 majlis kahwin jimat, sederhana dan meriah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Tips 5: Tempah atau beli baju nikah/ sanding ikut kemampuan poket sendiri.

Siapa yang tak teringin untuk pakai baju lace prada dengan duchess satin yang mahal, lace veil panjang berjela, mahkota di kepala diperbuat dengan very fine design, betul tak? Amy rasa ramai yang berangan untuk pakai baju secantik itu. Ataupun, nak pakai kain songket halus tempah khas hanya untuk anda berdua, mesti glamour dan vass kan? Semua tu memang boleh kalau anda memang ada duit yang diperuntuk khas dan bila gunakan wang itu, belanja lain masih boleh dibayar dengan selesa. Tetapi, kalau bajet yang ada katalah RM 5,000 (tak kiralah tunai atau kredit limit kad kredit), maka semua belanja yang nak dibayar mestilah hanya dalam bajet itu. Kalau belanja untuk baju sahaja sudah cecah RM5,000 hanya untuk baju (yer, Amy tahu ada yang sanggup untuk dapatkan hasil kerja designer terkenal atau guna material mahal2), jadi dah nyata belanja untuk barang lain tak cukup. Maka baiklah anda rancang semula baju nikah atau sanding anda sebaik mungkin. Logiknya, mana nak dicekau duit lain kalau ada bakal pengantin masih nak teruskan belanja tak berhemah tu kan? Baik jangan susahkan diri.

Untuk beli baju nikah, ada yang sudah dijahit siap di kedai fesyen sekitar KL, Shah Alam dengan harga berpatutan. Kalau nak beli juga kain mahal, mungkin boleh raccee atau usha masa ada jualan murah kedai kain terkenal, atau mungkin yang lebih daring, boleh cari kain remnant di bahagian kain mahal2, mana tau ada rezeki duit boleh dijimatkan di situ. Lepas tu boleh dijahit manik kalau yang rajin, atau ditambah renda eksklusif, atau ditambah batu shining korea untuk menampakkan kelainan.

Banyak kos boleh dijimatkan di situ. Ada yang mahu lebih jimat, menggunakan warna kain selain putih, cream atau off white supaya baju tersebut boleh dipakai seterusnya selepas kahwin, mungkin sebagai baju raya pertama sebagai suami isteri.

Bukan apa, siapa yang pernah baca entry Amy sebelum ni mungkin perasan, Amy ada tulis pasal pengalaman Amy sendiri yang buat baju nikah mahal tapi lepas tu dah tak boleh pakai. Dah tu hubby lak tak setuju. Tapi cantik memanglah cantik, cuma tak best lah kan bila nak kahwin kita berada dalam situasi yang tegang. Ada kawan Amy belajar dari pengalaman kaka dia yang sebelum itu bayar mahal untuk buat baju pengantin, alih-alih hanya menggunakan satin dan ditambah lace sebab tak payah membazir tetapi masih cantik dipakai sebagai raja sehari masa majlis sandig dan nikah dia.

Apapun, fikirlah masak-masak kos untuk tempah atau buat baju kahwin, pastikan tidak mambazir dan senang untuk poket keluarkan duit. Selamat berjimat dan masih bergaya dengan cantik dan anggun ya!

Salam sayang,

Amy PB.




Tips 5: Tempah atau beli baju nikah

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter