Wednesday, June 11, 2014

PB: Tips 2 dan 3 majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua, tip seterusnya...

Tips 2. Tetapkan jumlah wang hantaran mengikut kemampuan dan jangan ambil pinjaman kewangan peribadi (personal loan) jika boleh.

Ini kerana kadar faedahnya adalah tinggi dan tempoh bayaran juga selalunya lebih panjang untuk mendapatkan bayaran bulanan rendah.
- mula simpan dari awal jika boleh seawal bekerja setinggi mungkin dari pendapatan setelah ditolak belanja yang perlu. Dari pembacaan Amy, ramai golongan muda belia yang berebut-rebut beli kereta dan pakai kad kredit pada awal mula bekerja. Ini menghadkan kadar tabungan kita untuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan dari kadar belanja kita
sebulan.

Mungkin dari tetapkan RM 10 ribu hantaran, mungkin boleh dikurangkan dari itu dan sediakan kelengkapan rumah setelah kahwin nanti.

Tips3. Cenderahati kahwin / goody bag untuk tetamu biarlah ikut kemampuan.

Sekiranya bajet kita hanya RM 2 untuk seorang tetamu, tetapkan belanja kos tersebut dan jangan melebihi bajet. Contohnya jika tetamu dianggarkan seramai 800 orang, sediakan RM 1,600 sahaja dan tidak lebih dari itu. Lihat ya, RM 1,600 tu banyak ya. Jika tidak, apa kata kita hadiahkan telur rebus, amalan generasi kita terdahulu yang disimpan dalam bekas cantik berhias. Tahukah kita maksudnya telur itu adalah mendoakan kesuburan dan kemakmuran pasangan pengantin yang diraikan....?

Amy akan kongsikan lagi tips dalam entry akan datang. InsyaAllah semoga majlis perkahwinan anda akan diberkati dan dirahmati Allah, dan Allah amat menyukai majlis walimatul urus yang tidak membebankan dan tidak membazir.

Until thn, take care ok!

Amy PB

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter