Thursday, March 29, 2012

PB: Persiapan kahwin kita dulu dan kat mana nak beli barang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hello semua,

Ada yang masih belum tidur lagi ya, rajin betul cari maklumat untuk persiapan tunang/kahwin kan? Bagus-bagus, masa Amy nak kahwin dulu memang macam nilah, bersengkang mata buat persiapan. 

Paling Amy ingat, lepas selamat saja bertunang, terus Amy siapkan gift untuk close friends/keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat mama papa. Amy bertunang bulan 9, nikah bulan Jun tahun depannya. Dapatlah Amy buat dalam 400 lebih gifts potpuri. Ingat lagi, beli barang dari Chow Kit, Kedai Vivian dan kawasan sekitarnya... Sesiapa yang pernah beli barang kat Vivian mesti tau kedai dia ni. Sekarang ni siap boleh hutang-hutang bayar ansuran lagi untuk hantaran ataupun wedding gift kalau tak silap. Macam-macam pakej ada sekarang ni...

Lepas tu dah sibuk tempah mak andam, katering dan lain-lain. Hantaran, buat sendiri tapi last-last minit juga kakak sepupu tolong touch upkan sebab masa tu dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah... penat yang teramat. Sirih junjung pula, belum siap lagi padahal nak nikah lepas Asar, sebelum Zuhur alas sirih junjung pun tak kelihatan. Punyalah penat sampai dah tak boleh fikir...

Mak andam dan fotografi Amy ambil dengan Difi Beauty kat Sentul. Pada Amy oklah bayaran dan servis dia, sebab kita ni pengantin budgetkan? Sedangkan kalau ikutkan hati nak pakai baju Butik Syahirah yang sangat terkenal dengan baju pengantin dan tudung masa tu tapi sebab mahal, tak mampu den dan terus lupakan saja hastrat tu... (Cedey...). Tapi Amy rasa sekarang dia dah tukar nama kot dan banyak dah butik-butik yang yang tawarkan pakej kahwin yang cantik untuk pengantin bertudung. Kalau tengok kat majalah Pengantin, dia ada letak iklan kat situ tak silap. Rasanya pakej dia masih murah lagi kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cubalah buat survey kalau nak tengok kan? 

Katering dan khemah, tempah pada jiran yang kebetulan makcik tu mak kawan adik Amy. Senang cerita nak minta tambah masakan pun senang kan...

Untuk majlis bertandang pula Amy sewa baju dan aksesori lengkap dari Teratak Mempelai yang masa tu tengah buat sale untuk baju songket. Tak silap RM 450 untuk baju songkat (P shj) dengan tudung dan kasut. Memang ingin sangat pakai songket sebab Amy ni berjiwa tradisional. Sampaikan ada tetamu mak mertua tanya, tak panas ke pakai songket, Amy jawab jer tak, sebab seronok sangat dapat pakai baju yang kita suka.

Lepas tu, bulan madulah pula kita kat Johor Bahru, Hotel 4 bintang, 2 hari semalam jer... hehehehe.. asalkan ada... Suami bawa ke tempat-tempat dia membesar dulu... 

So, itu serba sedikit persiapan kahwin Amy pada tahun 2005 dulu. Alhamdulillah banyak pahit manis. asam garam yang telah kami tempuhi sepanjang masa itu dan hingga kini masih belajar untuk mengenali pasangan kita seadanya. Memang akan sentiasa ada lidah tergigit, pergaduhan manja yang perlu kita tangani dengan cara terbaik untuk keharmonian bersama. Jangan ikutkan kata hati sangat, kadang-kadang perlu mengalah untuk menjaga hati pasangan. Bertolak ansur, saling percaya dan cuba belajar memahami serta selalu berdoa pada Allah agar diberikan kesabaran dan kebahagiaan dalam menempuh alam rumahtangga ni... Komunikasi perlu dijalankan sebaiknya supaya masing-masing faham apa yang tersirat di hati masing-masing.

Oklah, cukup takat ini dulu, nanti kalau rajin Amy taip lagi k, good nite ladies... ;)

Loves,
Amy PB2

 

1 comment:

  1. memang nak buat persiapan kawen ni letih.. igt lagi time wedding adik kita.. adoiyai..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter