Thursday, March 22, 2012

PB: Konsep Persiapan Tunang/NIkah/Kahwin Bajet

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Selamat malam semua,
Pasti ramai yang nak kahwin, tapi belum cukup duit untuk buat persiapan kahwin besar-besaran macam majlis Lisa dan Yusry atau apatah lagi nak tiru majlis kahwin anak salah seorang tauke kereta mewah Bumiputera yang tersohor di negara kita yang memakan belanja hampir juta ringgit dalam suasana yang gilang gemilang kan? Tapi kalau dapat jodoh dengan orang yang betul-betul berduit tak jadi masalah, yer tak? Cuma kalau pasangan kita dan kita sendiri cukup-cukup untuk keperluan sendiri dan terpaksa ikat perut untuk mengadakan persiapan kahwin, memang menyeksakan pada mulanya. 

Jenuhlah nak tunggu habis hutang (ini kalau berhutang dengan bank untuk buat belanja kahwin) atau selalunya tunggulah dalam 5 hingga ke 10 tahun lepas kahwin, baru hutang kahwin tu dapat dilangsaikan, betul tak? betul tak? Anak dah berderet,hutang baru habis... Adoyai.... Ini serius ya, bukan main-main sebab hantaran pun sekarang melebihi RM 7000, barang hantaran, belum masuk belanja makan , mak andam dan lain-lain...Memang banyak nak pakai duit.. Ini belum kira keperluan kewangan untuk kehidupan lepas kahwin pulak... Adush, pening kepala kalau duit tak cukup untuk tampung semua tu...

 Kalau ikut hukum Islam pun, kita perlu mengadakan majlis kenduri untuk mewar-warkan bahawa pasangan si polan dengan si polan telah diijab qabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Jangan pulak nanti Badan Pencegah Maksiat datang serbu pulak sebab jiran-jiran tak tau yang pasangan tu sebenarnya dah kahwin, tak ke haru nanti dibuatnyakan? Lagipun perkara baik, baik untuk dihebahkan, betul tak? 

Cukup dengan mengadakan kenduri jamuan ikut kemampuan asal dapat menyampaikan maksud tentang menghebahkan perkahwinan tersebut.

Tetapi jaman sekarang ni ya tuan-tuan dan puan-puan, konsep seperti itu tidak dipandang dengan cara sederhana. Ialah kita faham juga ramai saudara-mara nak dijemput, rakan taulan, jiran-jiran dan satu kampung/taman ingin dijemput untuk tujuan tersebut. Tapi kalau ikutkan omputih, paling ramai pun 300 ke 500 orang jemputan jer kot? Sebab mereka ni mungkin tak ada keluarga besau macam kita orang Malaysia kot! huhu... Kita pulak tak mahu ada yang berkecil hati sebab tak dijemput, betul tak?

Tak kisahlah, walau macam mana pun, buatlah majlis perkahwinan anda tu nanti MENGIKUT KEMAMPUAN POKET ANDA DAN PASANGAN YA DAN IKHLAS.... Amy sangat kagum dengan Ally Iskandar dan isterinya sebab sempoi sungguh majlis kahwinnya dulu dan insyaAllah mereka tu nampak bahagia jerk. Mungkin berkat tiada pembaziran, buat ikut cara yang sepatutnya terus mendapat barokahnya... Cemburu jer tengok hehehe...  

Apapun, baru sekejap tadi Amy terima komen dari seorang pembaca tentang pelamin mini bajet yang Amy tawarkan yang dikatakan seperti diletak-letak sahaja. Tak apalah, terima kasih kepada saudari/saudara yang memberi komen tersebut. Amy kat sini tak paksa pun sesiapa untuk gunakan khidmat Amy kalau dirasakan tak sesuai dengan selera masing-masing. Amy buat ikut kemampuan Amy sebagai bekas pengantin bajet yang telah berkahwin hampir 8 tahun lepas. Alhamdulillah.... tiada paksaan, adatlah ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan bagi yang suka mereka ambil khidmat Amy dan mereka berpuas hati dengan khidmat Amy. 

Ialah, fokus Amy pada pengantin bajet, jadinya orang yang besar bajetnya bolehlah cari pakej yang lebih cantik dari Amy... Neway terima kasih atas sokongan anda semua yang tak jemu-jemu lawat blog Amy. Amy kira ramai juga yang suka baca kot posting Amy ni, sebab banyak juga hits yang Amy dapat setiap hari, walaupun tak sebanyak mana kalau nak dibandingkan melebihi 500 orang pelawat sehari, dah cukup syukur Amy rasakan. Memang banyak persaingan kat luar sana, tapi Amy percaya rezeki tu dari Allah dan turut bergantung kepada usaha kita kan?      

Akhir kata, sudi-sudikanlah komen kalau anda tak puas hati atau berpuas hati dengan khidmat Amy ataupun posting Amy ni... Kalau ada kekurangan minta maaf lah yer... Macam manapun, Amy akan mempertingkatkan lagi hasil kerja Amy ikut kemampuan Amy sebagai part timer dalam bidang ni. Banyak yang Amy belajar dan masih belajar lagi ni... Semoga mendapat berkat dari Yang Maha Esa dan semoga anda semua diberikan kebahagiaan yang dicari yerk!...

Oklah, jaga diri and nite nite k!

Salam Sayang,
Amy PB2.

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter