Thursday, April 21, 2011

PB: Hantaran budget

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Hantaran budget? Mungkin ada orang yang kata hantaran budget ni untuk orang yang tak ada duit nak kahwin. Ada juga yang kata hantaran budget memang untuk jimatkan kat sini dan nak belanja lebih kat bahagian lain. Ada juga yang boleh terima konsep budget ni dan ada juga yang tak boleh, mungkin merasakan budget ni maksudnya murahan/cikai/tak ada kelas dan sebagainya.

Sebenarnya pada Amy terpulang kepada diri sendiri dan jangan pedulikan orang lain. Kalau duit ada banyak RM 1500 untuk beli barang hantaran, gubahan dan lain-lain yang berkaitan, belanjakan ikut budget RM 1500 tu. Jangan pula beli barang berharga RM 2500 untuk tunjuk pada orang yang kita mampu beli brg tu tetapi hakikatnya tak mampu langsung.

Bila mahu kahwin memang perlu pakai banyak duit, makanya kalau ada budget yang secupak, berbelanjalah dengan nilai secupak dan tak perlulah dicari barang yang segantang nilainya.

Hm, panjang lebar pulak syarahan kali ni, tetapi bukan apa, ramai juga yang bertanyakan Amy tentang perkhidmatan hantaran yang budget ni. Mana-mana yang kreatif buatlah gubahan hantaran anda sendiri, tetapi bagi yang kurang yakin dan mahukan bantuan untuk menyiapkan gubahan hantaran budget, Amy sedia menawarkan perkhidmatan tersebut. 

Kalau mahu gunakan polisterin ke, kotak plastik ker, bakul rotan ker, bekas besi yang berpatutan ker, bolehlah hubungi Amy untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Hubungi: pengantinbudget2@gmail.com atau telefon oi6-z5i4746 sekarang yer. tksh.

Amy pb2.

2 comments:

  1. Salam. Amy di area mana? Boleh emailkan no hp?
    mystar_mylove86@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. wsalam miss sunshine, Amy tinggal di Kepong (dekat dgn FRIM). tel Amy oi6_25i4746. semalam Amy dah reply email dapat tak?

    ReplyDelete

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter