~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Oh, ya, Amy nak kongsi entry ni untuk sesiapa yang mungkin memerlukannya. Mungkin tak sesuai untuk semua orang, kalau boleh ubah suai mana yang patut yang sesuai dengan budget anda ya...
PB2: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin
Oleh sebab ramai juga yang bertanya, saya buat entry khas untuk buat budget tunang/kahwin secara ringkas ya. Jumlah akhir semuanya tertakluk kepada budget masing-masing ok. Kalau ada lebih, tambahkan mana patut, kalau kurang budget, kurangkan kat mana yang boleh tau.
Bila sudah ada pasangan dan telah sama-sama bersedia dan bersetuju untuk menirikan rumahtangga, anda perlulah merancang seperti di bawah ni:
1.Cari tarikh majlis yang sesuai cepat-cepat.
Orang sekarang ada yang tempah dewan setahun awal dari tarikhnya tau. Sebab takut tak boleh buat pada masa tu disebabkan orang lain dah tempah dulu. Kalau lambat, susah nak buat perancangan untuk benda-benda lain nanti.
2. Belanja makan/kenduri:
Kira ikut kepala. Katalah RM 10 sekepala x jumlah tetamu yang nak datang majlis kita. Ini kos untuk katering ya. Kalau 1000 orang (RM 10 x 1000 orang = RM 10,000).
3. Maskahwin / wang hantaran:
Mas kahwin = Ikut negeri / suka hati nak beri berapa / ikut kemampuan diri. Kalau tak silap sekarang wang hantaran RM 10,000 tu standard kot. Tapi ikutlah, kalau tak mampu, cakap siang-siang. Tetapi pihak lelaki kalau dah ada pasangan dan nak berkahwin, cepat-cepat simpan duit tau untuk masuk meminang. Takut kalau tak mampu, nanti kena tolak pula pinangan tu. Tapi jangan salah faham ye, wang hantaran tu selalunya untuk orang-orang biasa macam kita ni akan digunakan untuk beli set bilik tidur, bayar duit makan kenduri dan bayar oakej kahwin tau. Kalau ada lebih barulah pengantin ambil atau diberikan kepada ibu bapa untuk bayar apa-apa yang patut.
4. Belanja hantaran:
Tentukan berapa banyak dulang hantaran nak beri sama ada 5 (lelaki bg perempuan) vs 7 (perempuan bagi lelaki), 7 vs 9 atau 9 vs 11 dulang. Barangnya bagi yang termampu dek badan. Kalau nak bagi yang best-best, tiap-tiap bulan kena beli satu atau dua barang selepas bertunang (Kalau masa tunang anda panjang. Kalau singkat tempoh pertunangan, kena sediakan duit secukupnya ya dari awal.)
5. Pakej kahwin untuk baju, makeup, pelamin, khemah, kos makan beradap, kompang, sound system dll
Ada yang semurah RM 250 (itu pakej tunang yang saya buat) dan ke atas. Mungkin ada yang murah lagi tapi kena tengok. Kalau tak mahu pakej, masih ada masa panjang untuk buat sendiri dan anda kreatif, lebih baik. Tetapi banyak kerja yang perlu dibuat dari awal. Rujuk majalah perkahwinan contohnya Majalah Pengantin boleh membantu anda. Baca selalu/beli secara bulanan untuk tambah ilmu atau tanya kepada mereka yang arif.
6. Cenderahati untuk tetamu majlis anda.
Ini terpulang kepada budget yang anda ada. Ada yang semurah RM 2 ++ ke atas untuk seorang tetamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis anda.
7. Belanja untuk pergi ke rumah pengantin perempuan / lelaki - kos minyak, penginapan, makan, duit poket dll yang perlu.
Kalau majlis jauh, mungkin kena sediakan bas untuk mudahkan pergerakan saudara-mara. Kena fikirkan juga tempat menginap kalau jauh. Semuanya perlu difikirkan awal dan tempahan awal perlu dibuat.
8. Kad jemputan kahwin.
Cari yang ekonomi. Selalunya kalau buat 1000 keping kad lebih murah dari 500 kad. Tetapi terpulang kepada jumlah jemputan dan jenis kad kahwin yang anda nak. Banyak sekarang ni kad kahwin ekonomi di pasaran. Jangan membazir kepada benda yang selalunya tidak akan disimpan selepas majlis selesai.
9. Kos makan-makan kalau buat majlis lebih dari sehari.
10. Kos berbulan madu.
Ini penting juga. Kalau tak ada banyak budget, pergilah hotel-hotel yang mampu untuk mengecapi bulan madu anda. Jangan lepaskan peluang ini yang sangat manis untuk dilalui pada awal waktu perkahwinan.
11. Kos-kos kontigensi
12. Kos memulakan hidup baru
Kos untuk memulakan hidup baru. Ini selalu orang overlook. Hanya pentingkan persiapan kahwin je. Padahal inilah fasa permulaan untuk bina hidup baru untuk anda berdua. Dinasihatkan masa mula kerja kumpullah sikit-sikit harta contohnya beli TV, radio, sewa rumah dll untuk kemudahan kahwin nanti ya. Tetapi biarlah ikut kemampuan juga.
Rasanya ini sahaja yang saya dapat kongsi, mungkin ada sesiapa nak komen atau tambah lagi, boleh tinggalkan komen kat sini supaya kita boleh share ramai-ramai. Kongsi ilmu ya.
Salam sayang, Amy PB2.
No comments:
Post a Comment