~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Apa khabar semua pembaca blog saya ni?
Amy doakan semuanya sihat2 sentiasa ek. Sekarang musim demam, batuk, selesema, baik-baik jaga diri. Minum air suam banyak2 ok, terutama untuk bakal2 pengantin... Tak mahulah nanti masa nikah/sanding pengantin terbatuk2 atau terbersin/terset-set tahan hingus keluar... huhuhu, insyaAllah tak ya...
Ha, nak tanya, siapa nak join tempah bunga rampai untuk kegunaan pada hujung minggu 2 minggu dari sekarang, mulai Khamis-Ahad (21/10 ni hingga 24/10)?. Ini disebabkan ada tempahan untuk Shima, insyaAllah Amy akan buatkan.
Jika ada yang tercari-cari orang yang boleh buatkan bunga rampai (yang leceh dan rumit itew... ;)), boleh hubungi Amy untuk maklumat lanjut. Kalau ada yang berminat untuk tempah pada tarikh tersebut bagitahu awal yer, sebab senang nak prepare barang nanti...
InsyaAllah Bunga Rampai Amy dijamin:
-Wangi semerbak
-Resepi turun temurun (resepi keluarga)
-Klasik
-Penyeri bilik pengantin
-Menaikkan seri pengantin
-Menaikkan rasa romantis...
Tak percaya, boleh cuba tempah kalau nak tahu... hehe ;)
Salam Sayang,
Amy pengantinbudget2
No comments:
Post a Comment