Sunday, October 10, 2010

PB: Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar & Dr. Halina pada 10.10.10

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat Pengantin Baru dan Tahniah diucapkan kepada pasangan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr.  Sheikh Muzaffar & Dr. Halina. Penantian selama 8 tahun, akhirnya menyatukan pasangan merpati dua sejoli, sama canitk sama padan dan sama-sama berpelajaran, mempunyai paras rupa ini sebagai pasangan suami isteri yang sah.



Semoga mereka berdua sentiasa aman bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan mengeratkan kasih sayang antara mereka.   

Warna yang digunakan dalam perkahwinan mereka, putih dan silver, hm, cukup trendy dan kena dengan gelaran angkasawan negara ya! Dengan sentuhan Datuk Bernard Chandran dan Cosry, menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi Dr. Halina dan menampakkan lagi ketampanan Datuk. Dr. Sheikh Muzaffar. 

Pengggunaan bunga segar yang menghiasi gubahan hantaran mereka menjadi trend pilihan masakini. Yang paling menarik kek kapal angkasa Soyuz yang dijadikan kek perkahwinan mereka sangat unik dan inilah seumur hidup saya melihat kek sebegitu rupa.

Tahniah sekali lagi dan Selamat Pengantin Baru diucapkan.

Amy, pengantinbudget2

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter