Tuesday, October 26, 2010

PB: Air tangan seorang ibu dan isteri

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua, Amy doakan semuanya sihat sejahtera ya. Hm, Amy pun masih rasa keletihan lagi sebab ada kerja luar ofis minggu lepas, tetapi life must go on dan juga untuk kesejahteraan keluarga tersayang.

Kali ni Amy nak berkongsi pendapat tentang masakan. Teruja untuk menulis sebab entry Aunty Nani ni. 
Ya, Amy setuju sangat yang seorang isteri atau ibu perlu sentiasa memasak untuk suami dan anak2nya untuk menjamin kesejaheraan, kesihatan dan perkembangan mereka. Sekarang ni ramai yang bekerja dan mengambil MAID/ PEMBANTU / HELPER untuk menguruskan kerja rumah dan memasak. Tetapi ada juga yang ada MAID tetapi hanya menyuruh MAID sediakan apa yang perlu dimasak dan isteri/ibu itu yang masak. Hm, itu yang terbaik yang boleh dilakukan oleh wanita berkerjaya dan bekeluarga ni kan. Tetapi walau macamana tinggi pun pangkat. harta. pelajaran seorang wanita itu, peranan sebagai seorang isteri dan ibu adalah kemestian, dan perlu masuk dapur untuk menambat perut suami dan menjaga makan minum suami dan anak-anak. Ini tiada toleransi. 

Adakah zaman sekarang pasangan yang banyak bercerai-berai , salah satu sebabnya disebabkan tidak cukup kemahiran / usaha untuk menambat hati suami? Mungkin salah satu daripadanya. Walau apapun, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya, bukan untuk dipijak / tidak dihargai. Selain itu, isteri / ibu perlu menghormati suami dan anak2nya sendiri, jika isteri/ ibu itu mahukan penghormatan suami dan anak-anaknya. Ini adalah ingatan untuk saya sendiri juga.

Tak mengapa, untuk mereka yang tidak tahu memasak, jangan bimbang, masak saja apa yang anda tahu, yang penting ikhlas. Nanti insyaAllah semuanya sedap dan menjadi. Dan kena rajin-rajinkan diri untuk mencuba resepi baru kan...

Ini resepi baru yang saya belajar dari Aunty Nani juga, TRIFFLE. Kalau ada yang berminat nak oder, boleh juga hubungi saya ya...; )

Triffle strawberry yang sangat menyelerakan , mengujakan dan menyamankan ketika dinikmati pada tengahari dan sangat tidak sabar untuk menantinya keras/ menjadi di dalam peti sejuk!... Selamat menjamu mata!... ;)




   
Salam sayang, Amy, PB.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter