Monday, July 11, 2011

PB: Simpanan wang sebelum dan sesudah kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua, 
Sementara mata ni masih belum mengantuk, Amy ingat nak buatlah satu dua entry kalau larat. Ialah, sekarang ni rasa macam nak buat entry di belog Amy ni secara tetap macam perlu usaha lebih sikit. Tak apa, demi para pengikut Amy di luar sana, Amy cuba juga ya. Terima kasih banyak-banyak.

 Amy sebenarnya suka nak cerita pasal simpan duit. Hajat nak jadi financial planner, tapi belum ada masa lagi nak betul-betul fokus nak belajar jadi Perancang Kewangan bertauliah. heheheh... Tapi kalau nak tahu, bila Amy mula kerja dulu, selalu rasa ke manalah duit Amy pergi ni, rasanya tak adalah beli barang kemas ker, joli sana sini ker, tapi duit tu macam selalu jer tak tahu pergi ke mana. dan detik yang paling genting ialah bila Amy pernah kena ragut yang telah menyebabkan dompet pemberian BF (hubby Amy sekarang ni) dan beg tangan paling mahal Amy beli dalam hidup (itulah pertama kali Amy beli beg tangan mahal) dicopet oleh peragut naik motorsikal. Sejak itu, Amy mula masukkan duit dalam insuran hayat cum investment, bagi lebih sikit untuk mak ayah, melabur sana sini dll, asalkan Amy tahu mana perginya duit Amy.

Nak kata duit banyak sekarang ni atau jadi jutawan belumlah lagi, tapi niat di hati memang membuak-buak walaupun rasanya berpuluh tahun lagi kot nak tercapai, tapi Amy cuba menyimpan secara tetap walaupun sikit. Amy rasa b2b kat luar sana pun sama kan, mesti terasa sangat nak kahwin ni memang pakai duit banyak. Makanya menyimpan duit adalah cara yang terbaik. 
 
Nanti bila dah kahwin dan ada anak, silalah buka akaun simpanan untuk anak cepat-cepat ya. Macam Amy, anak Amy lepas habis pantang Amy dah buka akaun simpanan dan terus melabur dalam tabung pendidikan diaorang. Simpan pun bukannya banyak sangat, jadilah daripada tak ada langsung. Sebab simpanan pendidikan tu boleh pilih mana-mana syarikat insurans untuk simpan maksimum 17 atau 19 tahun kalau tak silap, maknanya simpanan tu nanti akan menjana pendapatan daripada simpanan kumulatif. Walau bagaimanapun, kena tengok juga kadar inflasi kat negara kita ni macam mana, sebab kalau inflasi makin menaik, nilai simpanan kita tu mungkin lebih rendah dari nilainya sekarang pada masa depan. Lepas tu ramai juga yang sedar yang emas merupakan menebat kenaikan inflasi dan maka sebab tulah makin ramai yang menyimpan emas untuk meningkatkan lagi nilai harta masing-masing yang tidak mudah digugat oleh inflasi.

Satu lagi, yang paling penting bayarlah zakat. Amy ni tak malu nak mengaku baru bayar zakat pendapatan. Daripada tak buat langsung (tak baik) sebab zakat itukan rukun Islam ke-4 untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Rasa lebih senang hati dan taklah rasa susah sebab pendapatan kita tu ada hak orang lain di dalamnya dan kita dah bagi kepada mereka yang sepatutnya menerima bahagian mereka itu.

Macam yang pernah Amy ceritakan sebelum ini, memang belanja kahwin tu tinggi, kalau dapat disimpan duit lebih awal, belanja ikut kemampuan, jangan membazir, buat yang termampu dan yang paling penting, majlis perkahwinan tu adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih memerlukan wang dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Makanya perancangan kewangan adalah penting untuk kegunaan pada masa akan datang.

Manalah tahu ada pembaca yang nak kongsi cara dengan kita di belog Amy ni berkenaan cara simpanan wang yang sesuai, silalah kongsi kat sini ya. Kita kongsi ilmu dan belajar untuk kemudahan pada masa depan.

Oklah, itu saja, mata pun dah mengantuk, jumpa lagi, selamat malam dan mimpi yang indah-indah, ok...

Selamat malam, semua :)

Amy PB2.

1 comment:

  1. saya main kutu share 3 nama,nama saya,tunang, kongsi 2 nama.yang kongsi tu kami guna untuk lepas kahwin..kalau tak buat macam ni,alamat lepas kahwin memang takde saving.

    http://noipunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter