~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam hari terakhir bulan Syaaban, ahlan wa sahlan Ramadhan...
InsyaAllah esok bermulanya Ramadhan, Amy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca belog Persiapan Pengantin Budget ni... Mohon maaflah ya, jika ada terkasar bahasa atau apa-apa entri yang mengguris perasaan atau ada yang tidak kena pada mata pembaca semua.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Amy melalui menjadi follower Amy, email, sms, tulis di chatbox, dan ada juga yang sudi letak link belog Amy dalam belog kamu orang. Suka sangat dan terima kasih banyak Amy ucapkan.
Semoga bulan Ramadhan ini merupakan ibadah yang terbaik setakat ini dan semoga ada rezeki kita berjumpa dengan malam seribu bulan, Lailatul Qadar, insyaAllah...
OKlah, jaga diri ya, buat b2b yang menghitung hari sebelum diijabkabulkan selepas Raya Aidil Fitri. Semoga dapat dimanfaatkan masa yang ada ini untuk menimba ilmu rumahtangga dan mempersiapkan diri dengan segala skil memasak, mengemas rumah, membantu ibu di dapur dan lain-lain lagilah...
OKlah, itu sahaja untuk petang ini, kalau rajin Amy buat entry lain lagi ya...
Jaga diri ya...
Amy pb2.
No comments:
Post a Comment