Saturday, July 16, 2011

PB: Harga sepasang baju nikah...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam beautiful ladies ;) 

Tadi Amy saja jalan-jalan baca blog, lepas tu ternampak ada posting berkenaan kain apa yang perlu dibeli untuk buat baju nikah nanti. Sedangkan budget yang ada mungkin ikut kemampuan penulis tu kan. Ada banyak cadangan atau pilihan yang dia nampak tapi masih belum berjumpa kain yang berkenan.
Biasalah kita suka benda yang cantik-cantik tetapi bila tengok kosnya.... mak ai... ini kalau swipe kad kredit dah tentu sampai had limitnya nanti. Maksudnya tak mampulah kan.

To be honest, Amy pun pernah melalui situasi tu bila 6 tahun lalu Amy sibuk buat persiapan nak menikah dan tengah cari kain untuk buat baju nikah. Lepas tu jalan-jalanlah pada satu hari Jumaat dengan kawan-kawan... Tetiba... jeng jeng jeng
*

*

*

*
Amy terjumpa dengan satu kedai jual kain yang amat cantik giloss tak hingat.. tengok dekat luar kedai jer. Lepas tu Tokei tu kata (Orang India dari Mumbai) kata, masuklah, dia tengah buat jualan murah... Tengok-tengok kain dia mak ai kain french lace, sekuin-sekuin penuh, sampaikan dia cakap isteri Datuk Zahid Hamidi selalu ambil kat situ. Bukan takat tu jer, Man Kajang pun ambil dari dia. Dia kata kejap lagi Man Kajang nak datang ambil kain untuk butik dia... 

Jadinya terujalah kan tapi bila tengok kain dia harga ribu riban... tapi sebab dia memang nak buat jualan murah, dia bagi dalam 50 - 60% diskaun khas untuk habiskan kain-kain dia tu... Sebenarnya, hajat hati nak beli kain Thai silk dan hantar jahit manik. Masa tu ada kedai OTOP kedai Thailand dekat Yow Chuan Plaza sebelum ditukar jadi hotel Double Tree opposite Ampang Park tu, ada jual Thai Silk asli. Tapi semeter kain Sutera Thai 2 ply pun harganya RM 48 sehelai (tahun 2004). Kalau darab 4 meter nak dekat RM 200. belum jahit manik, upah jahit lagi kan...    

Tetapi, sebab dah suka dengan kain yang saudagar Mumbai tu offer, siap dengan veil lagi, harga kain French Silk sudah siap bermanik RM 650 + veil RM 180, mak ai, kain sahaja dah nak dekat RM 900. Huhu, akhirnya upah jahit dan kos semua sekali jadi RM 1+++.00 jugalah. Huhu, nak berjimat konon, tapi akhirnya terboros jugalah bab itu. Bila hubby tau, dia memang tak setuju, terpaksa buatkan juga dia setuju. Tapi kalau nak tahu, sampai hari kahwin dia tak berapa suka tau sebab dia kata membazir. Haha huhuhuhu....:(
 
Ramai jugalah yang puji baju tu, sebab memang nampak macam artis pakai, yang pada realitinya orang yang berpendapatan biasa-biasa ni nak beli, bukan isteri menteri mana-mana ataupun anak tokei butik-butik pengantin yang ada di KL ni... huhu :(. Akhirnya, ambil masa jugalah nak bayar kredit kad sebab kedai tu siap boleh terima kredit kad, swipe saja masa tuh... Sakitnya nak membayar semula Tuhan saja yang tahu... huhuhuh

Al-kisah, cerita dulu kala, untuk renungan dan pengajaran untuk semua... yang penting, yang baik jadikan teladan, yang buruk, jadikan sempadan. 

p/s: Kedia tu memang sudah ditutup tak lama lepas Amy beli kain tu. Bila jalan-jalan balik kat situ dah kosong dah kedai tu. Sekarang pun Hotel Double Tree dah ambil alih shopping mall tu dengan Hotel Crown Princess sekali... sejarah tinggal sejarah... 

Itulah, sila simpan wang secukupnya jika anda memang mahu pakai baju cantik-cantik ataupun buat majlis seperti yang diidamkan dari awal ok...

Salam sayang,

Amy PB2.

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter