Wednesday, November 24, 2010

PB: Triffle lagi... Boleh dijadikan hantaran juga

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pagi semua,
Kalau sebut pasal triffle, memang saya kecur air liur mengingatkan rasa strawberry yg ada dlm triffle ni. Oleh sebab dah banyak kali buat triffle ni, alhamdulillah, ramai yang menyukai triffle saya ni... Sampai request-request lagi supaya buat lagi.. (huhu, walaupun kosnya mahai, tapi tak perlah, orang dah cakap, kesian pulak kalau tak dibuatkan). Bukan nak angkat bakul, tapi memang ramai yang suka, terutama yang suka manisan, buah-buahan seperti strawberry, peach, mixed fruits, puding dan sebagainyalah. Saya pun suka semua tu, tu yang rajin nak buat tuh ;)
Kalau dapat makan masa panas terik, tengahari panas, ya Allah, memang sedap yang amat. Dan memang benar, kalau dah makan teringat-ingat.
Sampai ada seorang yang bergelar jugalah menyerbu triffle saya ini dulu, membuatkan saya rasa bersyukurnya masa tu dapat buatkan orang yang nak merasa triffle saya yang saya belajar dari Aunty Nani. Terima kasih aunty Nani. Dan alhamdulillah ber kat semangat dan usaha untuk mencuba (huhu daripada ada resepi tapi tak cuba), terhasillah triffle seperti di bawah ini... ;)
**
Ini untuk separuh adunan, lebih kuranglah ya...
**
Ini yang bekas satu adunan
Untuk itu, kalau ada b2b atau sesiapa yang berminat nak tempah untuk hantaran dialu-alukan. Nak satu adunan atau separuh adunan pun boleh. Harga Triffle saya ni untuk satu adunan RM 70, kalau nak separuh adunan RM 40. Saya akan letak dalam bekas transparent putih besar, macam dalam ni....
**
Nampak mahal kan harga ni, sebabnya bukan mudah nak buat sebab guna banyak barang yang agak mahai jugak, leceh dan banyak step untuk dibuat, tp insyaAllah, yang pasti akan teringat-ingat (tp awas, tiada mandrem digunakan di sini ya, ikhlas kerana Allah ;). Kalau nak order untuk makan-makan sendiri pun boleh, sila hubungi saya awal untuk tempahan erk...
Salam sayang, Salam makan, babai...
Amy, PB.

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter