Thursday, November 11, 2010

PB: Nak cincin boleh dipakai walaupun selepas lebih 5 tahun kahwin???

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pesan mak mertua saya, bila beli icncin kahwin, naikkan satu saiz dari saiz jari kita yang sebenar. Nak tahu kenapa, sebab selalunya bila lepas kahwin, lazimnya wanita/isteri tersebut akan naik badan, kalau tak banyak, sedikit. Makanya, bila saiz cincin tu besar, boleh lagi lah pakai pada jari jemari kita yang gebus dan chumel ini... ;).
Ini memang suami saya praktik kan, dan hasilnya, saya masih boleh pakai cincin tunang dan kahwin saya, walaupun telah berkahwin selama 5 tahun lebih, alhamdulillah...
Begitu juga cincin untuk adik ipar saya, cara yang sama masih dipraktikkan dan dia masih boleh pakai cincin tersebut walaupun sedang berbadan dua. Sedangkan ramai kawan-kawan dia yang lain sudah tidak muat untuk pakai cincin kahwin mereka.
Jadi, mari sama-sama buat cara ni supaya cincin kahwin kita ni masih muat lagi untuk dipakai oleh mak-mak dara, macam kita dan bukannnya tersimpan dalam kotak cincin yang suami kita beli... ;)

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter