Saturday, November 6, 2010

PB: Tips untuk photoshot kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua, Amy nak berkongsi tips Amy semasa Amy ambil gambar kahwin 5 thn yg lepas, em, lama tuh...
Bukan nak memandai, tapi selalunya ramai pengantin yang ambil masa terlalu lama untuk habiskan photoshot dgn photographer.
Tipsnya ialah: ENJOY SEMASA PHOTOSHOT ANDA...

Enjoy tu maksudnya, anda kena ingat, itu saja lah masa untuk anda ambil gambar kahwin, so, kena senyum selalu dan suka dgn apa yang anda buat. Bila kita seronok, mimik muka kita pun akan nampak cantik dan manis serta insyaAllah semuanya menjadi.

Masa baru kahwin selalunya semuanya masih fit dan terjaga sebab kalau tak jaga, takut body dah lari shape dan muka pun mungkin tak macam anak dara. Betul, sebab bila dah kahwin, tanggungjawab banyak kepada suami, anak-anak, keluarga, kerja dan kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun tak ada. Ini berdasarkan pengalaman sendiri tau. Tapi sekarang dah ok.

OK, Amy imbau balik sejarah masa kahwin dulu, Amy ambil 5 pasang baju persalinan dan habis shoot semuanya dlm masa 2 jam. Ramai yang kata cepat sebab mama Amy kata Amy ni memang suka bergambar.. heheeh.. yer kot. So, bila kita suka, semuanya jadi cepat dan best!.. Alih-alih tak sedar dah siap.
Sebabnya kalau anda tak suka dgn kamera, anda mungkin akan kelihatan tak mesra alam dengan kamera, kaku dan susah abang photograpehr nak arahkan kita buat pose. Kalau kita ikutkan apa photographer kata, insyaAllah semuanya ok...

Tetapi kalau anda seorang yang pemalu, eloklah kalau ambil gambar di studio, orang tak ada nak ganggu anda...

Ok, Selamat berposing ya untuk album kahwin anda... Kenangan sepanjang hayat kan!
Jaga diri, babai...

Amy, PB.

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter