Wednesday, September 1, 2010

PB: Kahwin hari Merdeka?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Kahwin hari Merdeka? Hai semua. Tak terlambat Amy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun. Semoga kemakmuran, kedamaian dan kemajuan negara kita akan berterusan sampai bila-bila.
Nasib baik pada tarikh 31 Ogos 2010 ni bulan puasa, kalau tidak mesti ramai juga yang buat majlis kahwin pada hari ni kan? Contohnya penyanyi M.Nasir kahwin dengan Marlia Musa pada tarikh keramat ini beberapa tahun sudah. Senang nak ingat tarikh kahwin dimana sama dengan Hari Kebangsaan kita.
Selain itu, proses membuat persiapan raya juga sedang rancak dijalankan. Semalam Amy pergi SOGO, mahu beli apa yang perlu, nampak juga beberapa pasang tunang/ kekasih barangkali sedang melihat-lihat set kosmetik dan minyak, mungkin untuk dijadikan sebahagian daripada hantaran kahwin/tunang mereka. Eloklah berbelanja bila ada jualan murah a.k.a SALE ni boleh berjimat, tak gitu :)
Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat membuat persiapan perkahwinan untuk pasangan yang sedang menghitung hari untuk menaiki pelamin tak lama lagi, mungkin pada bulan Syawal yang bakal tiba nanti? Semoga semuanya selamat ya!. ~Amy, Pengantinbudget~

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter