Tuesday, September 28, 2010

PB: Beri pengantin hantaran telefon iPhone4?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam sejahtera semua,
Terima kasih kerana sudi membaca blog Persiapan Pengantin Budget ini. Kali ini Amy nak kongsi pulak cerita barang hantaran terkini - bagi handphone iaitu iPhone4.
Apa kebendanya ini? Sebenarnya Amy pun tak pasti sangat ciri istimewa iPhone ni tetapi yang Amy tahu yang telefon ini sangatlah cool!...
Rupanya iPhone4 ni lebih terkini dari yang lalu dan ini penerangan serba sedikit pasal iPhone4 ni:
The iPhone 4 – it’s the phone that needs no introduction. We’re sure you all already know about the stunning Retina Display, FaceTime technology, 720p HD video-recording abilities, iOS4 and the all-new iMovie for iPhone video editing software, packaged in the distinctive glass and steel form typical of Apple design. It’s THE phone to be seen with, and after an agonizingly long wait, it’s finally here on Malaysian soil.
iPhone4 ni sangatlah ditunggu-tunggu disebabkan ciri-terkini dan kemudahan internet yang boleh dicapai, macam laptop WiFi, boleh akses internet di mana saja. Apple yang merekacipta benda alah yang sangat diperkatakan ini dan akhirnya pada 24 September lepas iPhone4 sudah ada di Malaysia dan dibawakan khas untuk anda oleh DiGi. ;). Adik saya dulu adalah angan-angan nak hadiahkan isterinya iPhone, tetapi disebabkan belanja kahwin yang bukan sikit tu, terpaksa dia batalkan niat tu... Huhu, kalau saya nak beli telefon ini, mahu berbulan bulan ikat perut sebab banyak komitmen lain yang perlu diuruskan sekarang ini. Tetapi bagi yang mampu tak ada salahnya sebab sekarang macam-macam benda-benda elektronik/gadget yang dijadikan hadiah macam kamera, handycam dll mengikut kemampuan masing-masing. Yang penting, tepuk dada, tanya poket sendiri dan kalau dah sayang tu, boleh aja kan.... ;) Untuk mereka yang mampu dan ketandusan idea nak bagi apa pada suami/isteri masing-masing... Oklah, jumpa lagi, jaga diri ya! Salam Sayang, Amy, PengantinBudget2

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter