Sunday, September 14, 2014

PB: Bantal nikah kerawang (Bukit Tunku, PJ & Kampung Baru, KL - September 2014)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Diam tak diam, berlalunya Syawal 2014, kini hampir menjelma Zulhijjah, bulan di mana ramai umat Islam menunaikan ibadah haji di Mekah. Ramai jemaah haji yang telah berlepas ke sana. Dalam masa yang sama, cuti sekolah pertengahan tahun 2014 pun sedang berlangsung sekarang kan? Makin banyaklah majlis kenduri-kendara majlis perkahwinan yang diadakan, ramai yang jelasnya mengambil kesempatan masa cuti ini untuk mengumpulkan sanak saudara dengan mengadakan kenduri majlis kesyukuran perkahwinan anakanda tersayang dan kaum keluarga masing-masing.

Jodoh dah sampai, ramai yang langsung ambil kesempatan mengadakan majlis mengikut kemampuan tersendiri. Amy nak ucapkan ribuan terima dalam kesempatan ini kepada kelaurga Pn. Rafziah yang sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy untuk anakanda tersayangnya di Masjid Bukit Tunku pada 6 September lepas. Selain itu, terima kasih juga kepada Cida Kampung Baru yang turut sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy yangtelah digunakan di Masjid KLCC pada minggu lepas.

Semoga anda semua seronok duduk di atas bantal nikah kerawang tu. Dari pemerhatian Amy, pengantin memang tampak gembira dan cantik berseri dan menawan ketika bergambar dan menanti saat dijabkabulkan tempoh hari. Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke Syurga Firdausi, Amin.

Sayang selalu,

Amy PB2.



***Nota kaki: Amy masih lagi menyewakan mini pelamin bajet, gubahan hantaran ready made dan bantal nikah kerawang tu hingga kini. Harga semurah RM 10 hingga ke RM 450, bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan. Hubungi Amy di oi6-25i4647 untuk maklumat lanjut ya. Ataupun emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang informasi.***

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter