Monday, February 6, 2012

PB: Cerita sejarah Inani Craft

~Pengantin Budget2 _ Rakan yang dipercayai~

Ini adalah sebagaian daripada info mengenai Inani Craft di mana Pn Ina menceritakan tentang sejarah
Inani Craft dalam laporan ruangan Variasi di Harian Metro awal tahun 2010 (12 Januari 2010)

Ini link harian metro online:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menongkahcabaran/Article

Menongkah cabaran

Oleh Siti Zarinah Sahib

sitizarinah@hmetro.com.my

MELIHAT kepelbagaian produk di Inani Craft & Design milik Samsinar Habib, 51, di SACC Mall, Shah Alam, tentu wanita ini berusaha gigih untuk mencapai kejayaan seperti sekarang.


Malangnya, selepas dua tahun membina nama, negara terjejas kerana krisis kewangan. Sekali lagi Samsinar dan suami berhadapan masalah kewangan sehingga wang simpanan Inani Craft terpaksa digunakan untuk membayar gaji pekerja.


"Krisis kewangan itu menyebabkan saya dan suami patah semangat. Saya terfikir, jika saya yang menjadi tulang belakang suami selama ini berputus asa, bagaimana dengan dia? Jadi, saya bangkit dan memberi semangat kepadanya. "Suami mempelbagaikan hasil kraf daripada barangan cenderahati kepada bekas bunga telur dan bunga rampai. Perubahan itu menunjukkan hasil positif. Orang ramai mula mengikuti perkembangan Inani Craft. Malah bekas bunga telur dan bunga rampai mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Katanya, kepelbagaian rekaan menyebabkan Inani Craft & Design mula dikenali. Samsinar dan suami yakin menambah rekaan terbaru sekurang-kurangnya empat rekaan sebulan boleh menaikkan hasil jualan. Kini Inani Craft mempunyai pelbagai rekaan daripada seramik dan porselin. Antaranya bakul rotan, lilin wangi, rantai kunci, pensel, kipas cina, dompet, sudu garfu bereben, hiasan tuala dan cawan yang dijual pada harga serendah RM2. Terbaru Inani Craft mengambil tempahan untuk lukisan gelas dan satu-satunya syarikat yang mengambil tempahan dalam jumlah yang banyak. Kata Samsinar, hasil krafnya tidaklah berbeza berbanding produk lain. Keistimewaan Inani Craft pada kualiti dan rekaan yang unik serta pembuat produk kraf daripada hydrostone yang unggul di negara ini.

Malah keseluruhan proses pembuatan bermula daripada peringkat reka bentuk hingga ke peringkat kemasan dan pembungkusan dilakukan sendiri kaki tangan Inani Craft & Design. "Secara tidak langsung, Inani Craft & Design membuka peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dan suri rumah yang ingin membantu suami menambah pendapatan. Di sini, mereka dilatih untuk mahir dalam semua perkara. Daripada proses membancuh hinggalah ke proses mewarna dan membungkus," katanya.

Produk Inani Craft turut mendapat tempahan daripada pasangan selebriti dan golongan kenamaan. Antara yang pernah mendapatkan khidmat rekaan Inani Craft ialah Datin Norjuma, Catriona Ross, Ramlah Ram, Linda Rafar dan Vanidah Imran.

Menurut Samsinar, kini syarikatnya mempunyai 13 pekerja sepenuh masa dan 20 pekerja separuh masa. Pada masa hadapan, Inani Craft ingin menghasilkan rekaan lebih murah pada harga kurang RM2 terutama untuk golongan berpendapatan sederhana.

"Menjual produk kraf pada harga kurang RM2 adalah satu cabaran. Ini kerana kos bahan mentah sangat mahal. Jadi kami harus memikirkan bagaimana mengurangkan kos daripada segi pembuatan dan rekaan," kata Samsinar yang memperluaskan promosi dan penjualan menerusi laman sesawang http://www.inanicraft.com/ .

1 comment:

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter