Monday, June 7, 2010

PB: Kalau duit tak sampai RM 30 ribu, boleh buat majlis kahwin tak sekarang ni?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ *
(Gambar hiasan: Persandingan Mawi dan Ikin, credit murai.com.my)
Sengaja nak tulis pasal tak cukup duit tapi nak kahwin ni, sebabnya ramai antara kita yang belum berapa ado lagi untuk buat majlis grand sangat. Harapkan duit mak ayah. Ada lah juga yang boleh simpan duit banyak tapi tak berapa boleh keluar sangat, dating, tengok wayang dan sebagainya sebab nak jimat belanja dan kumpul duit sebelum kahwin.
Masa saya kahwin dulu belanja diri sendiri yang dengan rela hatinya keluarkan duit untuk kahwin lebih dari RM 10 ribu... huhuhu.. Duit simpanan masa tu bukannya ada sangat tapi beli sikit-sikit. Gaji bulan Oktober beli kasut, bulan November beli minyak wangi dan seterusnya senarai barang nak dibeli bertambah , tak campur lagi barang-barang untuk dibuat hiasan hantaran, pelamin, baju nikah, sanding, mak andam. wedding gift... ayo yo.... memang pening kepala, tapi syukur, akhirnya berkat bantuan keluarga, tunang tersayang (dah jadi suami pun sekarang hehehe), kawan-kawan dan saudara-mara, telah selamat kami menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri selama nak masuk 5 tahun 11 Jun ini.
Dikurniakan 2 orang putri dan putra yang sangatlah keletah dan sangat pandai beraksi membuatkan kami terhibur walaupun kadang-kala rasa nak pecah kepala dibuatnya, tapi bila anak-anak tiada di sisi, terasa kosong hidup ini... chewah.. feeling tu...
Semoga Allah merestui kasih sayang kami suami isteri bersama-sama keluarga tercinta hingga ke akhir hayat dan akhirat, Amin...
(walaupun budget kahwin kami dulu tidak memungkinkan kami buat sambutan kahwin besar-besaran, hanya sekadar yang termampu... pengantinbudgetlah katakan!... ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter