Wednesday, May 11, 2011

PB: Malu bertanya sesat jalan, tapi... (sila baca komen)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

4 comments:

  1. ~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

    Salam semua,

    Amy doakan anda semua sihat selalu ya. Panas kan lately, tekak senang saja rasa kering. Kena banyak minum air suam dan kurangkan ais, walaupun ais tu lah yang paling memikat mata dan tekak waktu panas-panas ni kan... ;) Terutama bila minum dengan air bandung ke, milo ais ke, teh ais ke... wallah.... (nasib baik tak puasa hari ni, kalau tidak, meleleh rasa...)

    Sebenarnya, Amy nak beritahu kat sini, perasan tak Amy ada tulis salah satu perkhidmatan yang Amy berikan adalah khidmat nasihat tentang persiapan kahwin dan hal kekeluargaan? Haa, kalau perasan, terima kasihlah sebab baca posting Amy tu ya... Amy letak dalam Profil Persiapan Pengantin Budget.

    Tak salah kalau nak bertanya Amy sebarang masalah contohnya macamana nak buat bajet kahwin ke, design baju yang menjimatkan ke, nak beli barang kahwin dekat mana ke, asalkan mana-mana pertanyaan yang Amy boleh jawab Amy akan cuba kawab setakat yang Amy mampu.

    Bukan apa, memanglah berniaga ni nak untung tetapi pada Amy perlu juga ada niat untuk membantu. Mungkin untuk mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan Amy sebelum ini, Amy ucapkan jutaan terima kasih sangat-sangat. Tetapi jika ada yang tidak puashati, minta maaf banyak-banyak ya. Saya juga manuasia biasa dan selalunya kalau Amy perasan, Amy akan pulangkan semula duit untuk perkhidmatan yang disediakan jika tidak menepati citarasa pelanggan.

    Satu lagi, kita ni kan orang Melayu, Malaysia yang amat tinggi budi bahasa kan, apa salahnya kalau kita minta bantuan dengan baik. Kalau diikutkan nak untung, apa-apa perkhidmatan yang tidak mendatangkan untung buat apa nak layan, yer tak? Tapi Amy percaya kalau kita tolong orang, insyaAllah Tuhan akan lebih memberi bantuan dan rezeki kepada kita. Tetapi perlulah bantuan itu diminta dengan cara yang baik kan, setuju tak? Lembutlah sikit hati nak tolong.

    Amy minta maaf sekiranya ada yang terasa, tetapi kalau diikutkan falsafah perniagaan yang pentingkan untung semata-mata, bantuan secara percuma tidak akan diberikan. Oleh itu, hargailah usaha bantuan secara percuma yang diberikan, cukup dengan ucapan terima kasih dan cara layanan yang baik, kan kan kan?

    Ok ok, perlu berhenti di sini sebab sudah terlalu panjang...

    Apapun, i heart u all semua yang memberikan sokongan yang tak terhingga pada Amy melalui Persiapan Pengantin Budget. Kahwin tetap kahwin, tapi perlulah ikut budget yang ada kan? Sebab hidup lepas kahwin itulah permulaan kehidupan ... Tetapi untuk mereka yang pandai merancang dan mengurus wang, tidak salah mengadakan majlis ikut citarasa masing-masing, setuju??? Siapa setuju, Tapi SETUJU... ;)

    Salam Sayang,

    Amy PB2.

    ReplyDelete
  2. wow...bagusnya amy. saya sokong amy nye inisiatif nih.

    ReplyDelete
  3. betul2..hehe..1st time singgah.. :)

    ReplyDelete
  4. r3bl: mekasih, cuma nak bantu mana yang boleh...

    CikYuzz: terima kasih singgah sini...

    ReplyDelete

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter