Sunday, July 22, 2012

PB: Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan Ramadhan...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Alhamdullilah Allah beri kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pahala yang lebih dari 11 bulan yang lain, Ramadhan yang mulia.

Sudah pasti b2b di luar sana yang mungkin sibuk membuat persiapan untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan pada hari raya nanti, tak menang tangan ya. Persiapan buat juga, peluang untuk merebut sales dari Allah ni pun kalau boleh jangan lupa untuk direbut ya. Kiranya ini merupakan Ramadhan terakhir bergelar anak dara ibu dan ayah anda, sebelum bertukar status kepada isteri bakal suami anda nanti.

Pasti lain keadaannya nanti sebab ketaatan kepada suami adalah melebihi daripada ketaatan kepada ibu bapa seperti sebelum ini. Suami lebih perlu diutamakan dulu dan selepas itu barulah kepada ibu bapa kita. Selagi ada waktu ni, tuntutlah sebanyak mana ilmu rumahtangga untuk menghadapi saat baru itu. Semoga anda beroleh petunjuk dan redha ibu bapa anda dalam melayari bahtera perkahwinan nanti.

Rajin-rajinlah tolong ibu di dapur menyediakan sahur, juadah berbuka puasa, mengemas rumah dan apa sahaja yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu dalam bulan Ramadhan ini, sebagai latihan terakhirlah boleh dikatakan sebelum tiba detik bersejarah anda nanti.

Doa banyak-banyak dan mohon supaya semuanya akan berjalan lancar dan agar pilihan kita nanti akan dapat membimbing kita ke jalan yang Allah redhai.

Semoga persiapan kahwin/tunang anda dapat dijalankan dalam keadaan sederhana dan mengikut bajet anda dan yang penting tidak membebankan/membazir. Amy doakan agar semua pasangan yang ingin berumahtangga nanti akan sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu serta bahagia hingga ke syurga akhirat, Amin.

Jaga diri dan salam sayang,

Amy pengantinbudget2.
2 Ramadhan 1433 Hijrah/22 Julai 2012

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter