Saturday, December 10, 2011

PB: Kahwin pandai, jaga anak pandai tak? ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi,
Amy rasa semua orang akan teruja untuk kahwin, tapi adakah kita semua ni betul-betul bersedia untuk menjadi isteri, suami dan menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti?OK, entri kali ni akan panjang sikit sebab ada fakta menarik yang Amy nak kongsikan dengan anda semua...

Bukan apa, persoalan ini memang sengaja Amy utarakan sebab ada sesuatu yang mengusik hati Amy semalam, sangat meruntun jiwa Amy sebagai seorang ibu kepada anak-anak 4 dan 5 tahun.

Kenapa? Semalam ada tazkirah di tempat kerja Amy, memang sebulan sekali akan diadakan sebagai pengisian agama untuk kakitangan pejabatlah kan. Isunya adalah berkaitan MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur. Nauzubillah himinzalik... Mungkin nak semak lebih boleh baca kat internet atau link ini .

Mungkin tak nampak apa pasal dosa murtad ni berkaitan dengan perkahwinan kan? Sebab Amy pun tak percaya pada awalnya bila Hamba Allah yang telah murtad ini dan telah kembali ke Jalan Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita, (alhamdulilah) mengatakan sebab yang agak utama menyebabkan mereka MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur ini adalah sebab kurang mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.... Haaa, logik ke tak mula-mulanya? Rasa macam tak ada kaitan pun, tapi itulah hakikatnya. Ini disampaikan sendiri oleh adik-adik tu, mereka 3 orang orang sebenar yang telah murtad tetapi telah berjaya dipulihkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia) dan maklumat lanjut pasal PERKID ada kat bawah ni nanti ya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
Lot 22-2 Medan Bukit Indah
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-4280 0730 / 03-9021 3730
Alamat Pejabat Operasi Pemulihan :
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8914
Presiden : Ust. Masridzi bin Sat
Timbalan Presiden : Ust Hj Hassan Syazili
Naib Presiden : Hj Nordin Ibrahim
Setiausaha Agong : Mohd Shuhaidi bin Mohamad
Emel : sperkidmalaysia@yahoo.com
Bendahari Agong:
Webmaster : Emel : perkidmalaysia@gmail.com


Ketiga-tiga adik-adik tu berkali-kali mengatakan jagalah anak-anak tuan puan semua sebaik-baiknya, beri perhatian secukupnya untuk mengelakkan masalah-masalah ni timbul. Menurut rekod PERKID lagi, banyak kes MURTAD disebabkan oleh bila adanya hubungan cinta dengan selain dari orang beragama Muslim, padahal latar belakang agama keluarga mereka adalah dari orang yang hebat-hebat dalam agama. Raihan pun pernah nyanyikan lagu kan... Iman Mutiara - Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa... Semua tu hanya ketentuan Allah, tak tentu bila keluarga beriman, semuanya akan beriman sama, ini semua kena mohon pada Allah dan buat apa yang dia suruh, tinggalkan apa yang dia larang.
Tapi Amy bukanlah nak menghalang bercinta dengan orang yang bukan beragama Muslim, sebab jodoh tu Tuhan yang tentukan, tetapi perlu persiapan yang kukuh sebagai seorang Muslim untuk membimbing pasangan tu, terutama kalau kita ni perempuan dan pasangan tu suami yang perlu kita bimbing, macam agak mencabar di situ kan... Tapi hidayah Allah, siapalah yang tahu, kan?

Selain tu, banyak kes yang terdiri daripada anak-anak di kalangan ibu bapa bercerai-berai bila ibu terpaksa bekerja keras sara anak, tak dapat kasih sayang bapa, mereka terabai dan mencari kasih sayang dari orang yang salah.  

Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?  

Amy tanya lagi perhatian macam mana yang dia nak sebenarnya, dia kata perlu check siapa kawan anak-anak, check handphone, kalau bagi duit, tanya untuk apa, jangan main bagi jer, buatlah apa yang kau nak!... Patutnya kena luangkan masa mendengar masalah anak-anak, bersiar-siar dan beri perhatian sepenuhnya pada mereka. Sebab kadangkala kita fikir mereka dah besar, boleh fikir dan buat kerja sendiri, tetapi tidak, anak tetap anak, berkawanlah dengan mereka supaya mereka tak berkawan dengan kawan yang tak tentu hala nanti.... 

Oklah, ini sedikit sebanyak apa yang Amy nak kongsi bersama. Mungkin kita tak nampak apalah sangat MURTAD ni, tapi bila MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur, (selain Murtad, membunuh dan berzina juga merupakan dosa kufur), Ya Allah ini sudah terlalu berat. Walaupun sukar untuk dibayangkan hukuman Allah yang tak terperi dahsyatnya....
 Oklah, kita sama-sama baiki diri untuk membina keluarga Sakinah, diberkati Allah, mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan tetap keimanan pada Allah, insyaAllah.
Jadinya, jom tuntut ilmu Muslim parenting sebaik-baiknya supaya anak-anak kita nanti menjadi anak-anak soleh, solehah insyaAllah dan boleh mendoakan ibu bapanya bila kita dah tiada lagi nanti, insyaAllah.

OKlah, jaga diri dan salam sayang!
Amy PB2.
                                                                    

No comments:

Post a Comment

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter