Friday, September 27, 2013

PB: Isu hantaran kahwin tinggi sekarang ni. Betul ke?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Hantaran mahal, mencecah rm 10,000. Aduhai, bila Amy dengar pun macam, tertelanlah juga air liur sebab mana nak dapat duit sebanyak tu untuk disediakan untuk majlis kahwin. Minta maaf ya, Bukan Amy tak setuju dengan jumlah tu, tetapi bila difikirkan secara warasnya, seorang anak bujang yang baru habis belajar dan baru bekerja tak sampai 5 tahun, agak payah sebenarnya nak kumpul duit banyak tu. Melainkan kalau gaji mula kerja dia dah capai rm 5,000.00 sebulan. Tapi bukan semua orang bernasib baik dapat kerja dengan gaji setinggi tu. Amy dulu pun masa baru mula kerja (11 tahun dulu la...) baru rm 1500.00 sebulan. Itu pun bernasib baik dapat kerja awal, ada yang lambat juga dapat kerja. Kalau sekarang dengarnya kalau graduan baru keluar universiti gaji dapat dalam rm 2,200 , bergantung kepada kerja yang dia dapat. Jadinya, bila masa nak kumpul duit untuk cukupkan rm 10,000 tu dalam masa kurang dua tahun? Dibebankan lagi dengan segala belanja untuk menyara diri sendiri yang nak bayar itu ini kan.

Itulah sebabnya agak mustahil untuk seorang anak muda untuk mudah simpan duit banyak, melainkan dia seorang yang sangat pandai merancang kewangan dia dari awal dan tidak boros, tidak beli barang berjenama, dan pandai beringat. Kalau ada, syukurlah anak gadis yang dapat bakal suami yang macam tu.

Apapun, terpulanaglah kepada pilihan masing-masing. Ada ibu bapa pengantin perempuan yang faham, yang mereka bukan nak jual anak, cukup untuk pastikan anak perempuan mereka mendapat suami yang boleh menjaga dengan baik anak mereka dan boleh membimbing ke arah jalan Allah.

Tepuk dada, tanya selera dan iman. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting supaya tidak membebankan dan pengantin tu boleh bincang baik-baik sama sendiri kan. Kalau boleh tak mahulah berhutang kan, kalau boleh elak, cubalah elakkan ya.

Oklah, semoga semuanya berjalan lancar. Perkahwinan yang tidak membebankan akan membawa kepada kebahagiaan dan Allah suka kepada orang yang tidak membazir. Ingatan kepada diri sendiri juga yang ada anak kecil haha. InsyaAllah.

Take care...

Amy pb2

Wednesday, September 18, 2013

PB: Iklan bantal nikah berkaki kerawang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Berlalu sudah Syawal, kini mejengah pula bulan Zulkaedah, musim orang berangkat ke Tanah Suci, sebelum tibanya bulan Zulhijjah, bulan menunaikan Haji. Amy doakan para jemaah haji tahun ini selamat dan sempurna menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur, insyaAllah, amin...

Apa khabar semua? Lama betul Amy tidak update belog Amy ni, dah berabuk rasanya. Sebenarnya Amy selalu jenguk belog Amy ni, cuma tidak sempat untuk update yang terkini. Sampaikan, ada juga yang bertanya, Amy masih buat perkhidmatan sewaan mini pelamin lagi atau tidak. Jawapannya, masih lagi, cuma sekarang agak perlahan, kerana menguruskan keluarga yang semakin berkembang, dan kerja-kerja yang sentiasa menuntut perhatian yang lebih. Tetapi, macam selalu, minat Amy pada bidang perkahwinan ini masih menebal, alhamdullilah.

Amy suka nak kongsi di sini, beberapa belog/link yang telah memaparkan bantal nikah/bertunang kerawang Amy yang masih mendapat sambutan dari b2b di luar sana.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Amy yang telah menggunakan perkhidmatan Amy ni, dan juga yang hanya survey, buat perbandingan dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda.

Until then, happy viewing and take good care ok!

Sayang selalu,

Amy PB
%%%%%%%%%%%%%%*******************%%%%%%%%


berkenaan jenis-jenis bantal nikah yang ada, evolusinya dan ceritera di sebaliknya...



tentang client Amy gunakan bantal nikah di semasa hari pernikahannya.
dan juga yang ini ya...



gambar client yang pernah sewa bantal nikah kerawang Amy.




Monday, July 15, 2013

PB: Salam Ramadan 2013 dan tempahan bantal nikah kerawang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Sudah tiba Ramadan tahun ini, cepat sungguh masa berlalu, dah setahun pun Amy meninggalkan kenangan mengandung dan melahirkan baby Safurah Khayla tahun lepas, pada bulan puasa, Julai 2012. Dan, sungguh la diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengganti semula 28 hari puasa sebab keuzuran semasa mengandungkan anak tahun lepas dua hari sebelum bermulanya puasa tahun ni. Apapun, alhamdullilah.

Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya, dan kita semua diberikan kesempatan yang lebih untuk mengaut pahala yang berlipat ganda dan bersepah-sepah yang ada pada bulan Ramadan ini. Jom kita usaha untuk merebutnya.

Puasa,puasa juga persiapan kahwin jangan dilupa yang akan disambut paling awal pada raya ketiga nanti. Lumrah setiap tahun, setelah melepaskan Ramadan, lazimnya bakal pengantin mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin semasa sanak saudara masih lagi berkumpul di kampung halaman masing-masing, betul tak?

Alhamdullilah, untuk Ogos ini, 24 hari bulan telah penuh tempahan untuk bantal nikah berkaki kerawang. Alhamdullilah, masih menjadi pilihan bakal pengantin perempuan untuk duduk di atas bantal yang lain daripada yang lain tu semasa menanti detik diijabkabulkan.

Untuk tarikh lain masih ada, sila hubungi Amy untuk sebarang pertanyaan ya melalui email pengantinbudget2@gmail.com atau telefon Amy oi6.25i.4746

Terima kasih tak terhingga untuk sokongan dan dorongan anda kepada Amy, semoga semua mendapat manfaatnya.

Selamat berbuka puasa dan jaga diri ya!

Salam sayang,

Amy pb2

Monday, July 8, 2013

PB2: Sirih Junjung warna tema ungu untuk adik saudara Noora

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Nak kongsikan sirih junjung yang telah Amy gubahkan untuk kawan Amy, Noora minggu lepas, bertemakan warna Ungu.

Bahan-bahan:

1. Sirih (dalam 60 helai)
2. Span Basah
3. Aluminium foil (untuk balut span)
4. Dawai halus dan boleh lentur
5. Penyucuk sate (secukupnya)
6. Bekas bunga
7. Peniti berwarna (secukupnya)
8. Bunga gambir, kapur, biji cengkih secukupnya
9. Bunga ros/baby breath/kekwa/bunga melur secukupnya


Hasil gubahan Amy seperti di bawah. Sekiranya berminat, sila buat tempahan dalam masa 2 minggu dan ambil dalam sehari sebelum majlis di Taman Ehsan, Kepong ya.




Untuk keterangan lanjut, hubungi Amy oi6.25i.4746



Salam Sayang,
Amy PB2.

Sunday, June 23, 2013

PB: Veil ready made dan harga berpatutan untuk perhiasan ratu sehari

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Amy nak kongsikan dengan anda semua untuk sesiapa yang mungkin tercari-cari veil untuk digunakan pada hari pertunangan atau pernikahan yang bakal tiba.

Boleh tengok gambar ini ya.





Lokasi: Gerai di hadapan Wisma Yakin / berhadapan Masjid India
Harga : Harga pembukaan RM 60 (mungkin boleh tawar lagi kalau nak murah dan kalau abang/kakak tu bagi... hehe)
Warna : Putih/Hitam/Coklat/Ungu/Merah jambu (Mungkin boleh Tanya kalau ada warna lain).
Saiz : Bulat dan abang tu kata lebih besar sikit dari veil biasa

Abang yang layan Amy tu kira baik jugalah sebab benarkan Amy ambil gambar walaupun tak beli. Siap kata boleh tolong promotekan. Ha, so sekarang Amy kongsi kat sini. Kalau nak silalah ya. Bak kata abang tu, dalam 2 bulan dah berada dalam pasaran.

Bukan apa, kebelakangan ni Amy nampak ramai yang DIY veil dengan manik-manik yang cantik-cantik. Untuk sesiapa yang tidak sempat nak buat sendiri, tapi berangan-angan nak mengenakan veil yang agak mewah dengan manik dan laca (sederhana lebih dari biasa), boleh cuba tengok dan beli veil ni jika berminat.


Salam Sayang,
Amy PB2

Sunday, June 9, 2013

PB2: Gubahan hantaran pink ungu kedesaan Inggeris / Pink Purple English style

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Sihat? Amy harap semuanya sihat sentiasa, mewah rezeki dan positif sentiasa melalui kehidupan, baik untuk yang masih solo atau yang telah berumahtangga. Untuk yang sedang menuju ke alam berumahtangga, harap anda dah persiapkan diri dengan skil-skil memasak dan membuat kerja rumah ya. Kira bila dah kahwin ni jadi medan untuk menunjukkan skil anda kepada juri tetap, iaitu suami tersayang anda. Betul tak?

Ok, Amy nak kongsi gubahan hantaran untuk adik Mona yang telah Amy siapkan bulan Mei lalu bertemakan warna pink ungu kedesaan Inggeris.



Alhamdullilah, Mona merupakan pelanggan Amy sebelum ini yang pernah ambil khidmat mini pelamin ringkas Amy dulu, macam dalam entri ini.
Terima kasih Mona dengan kepercayaan yang diberikan.

Ini hanyalah gambar awal, insyaAllah Amy akan upload gambar yang lengkap, siap dengan video lagi untuk rujukan anda, atau sesiapa yang berminat ya.

Untuk then, enjoice ya!

Salam sayang,
Amy PB2

Wednesday, May 15, 2013

PB: Hantaran simple/ringkas menjadi rujukan. Feeling great!! Gubahan hantaran merah jambu putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua, lama juga Amy tak jengah blog Amy ni atas sebab-sebab tertentu tetapi semangat menggubah hantaran dan hal-hal berkaitan perkahwinan ni masih kuat dalam diri okey... :) Bukan apa, minat punya pasal, insyaAllah apa juga sanggup dilakukan mengikut kemampuan Amy.

Walaupun nampak senyap, tetapi ada juga cenderahati perkahwinan yang telah Amy hantar kepada pelanggan, macam Melly sempat order 500 pcs fridge magnet rama2 yang dihantar ke kawasan Ampang.

InsyaAllah tak ada aral Amy akan siapkan 9 dulang hantaran bertemakan pink grey untuk adik Mona, yang dulu pernah juga menempah mini pelamin ringkas pada Amy. Terima kasih Mona untuk kepercayaan yang diberikan untuk majlis kahwin adiknya pada awal Jun ini.

Amy terlihat pada follower Amy yang ke 301 tu, Wawa Syaida, rupanya dia jadikan gubahan hantaran Amy di dalam majalah Pengantin Edisi April lepas yang Amy ada letak pada entri sebelum ni sebagai inspirasi. Alhamdullilah, ada juga yang berkenan pada gubahan Amy yang simple ni. Boleh kongsi dengan orang lain apa yang kita boleh membuatkan Amy jadi teruja pula sebab boleh membantu dari jauh juga la kan... boleh rujuk
di sini

http://wawasyaida.blogspot.com/2013/05/cara-buat-hantaran-mudah.html

Buktinya rujuk pada gambar ke empat, majalah Pengantin muka surat dua-dua tu gubahan Amy dalam Majalah Pengantin Edisi April 2013 yang lepas. Alhamdullilah... Terima kasi Wawa.

Saturday, March 30, 2013

PB: Gubahan Hantaran Amy Pengantinbudget dalam Majalah Pesona Pengantin Edisi April 2013

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah, gubahan Amy telah dimuatkan dalam Majalah Pesona Pengantin bulan April 2013. Ini ada sedikit gambar the making of untuk edisi tersebut.

Moga memberi ilham untuk b2b di luar sana, terutama untuk bajet kecil.

Enjoice!

Amy PB.

Tema:
1. Merah Putih Pink/Marroon putih pink - menggunakan dulang alas piring bercorak Inggeris
2. Ungu Putih - menggunakan dulang besi putih berhiaskan berlian
3. Hijau Putih - menggunakan bakul putih berukir
4. Pink Ungu Putih - menggunakan sangkar burung berukir di tapak


Thursday, February 14, 2013

PB: 2013, bantal nikah, mini pelamin dan FM Couple (Gambar pengantin + tulis nama)

Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat Tahun Baru 2013... Haha, baru Amy perasan belum ada update lagi untuk tahun 2013 ni. Minta maaf ya kepada pembaca yang mungkin nak tau apa perkembangan Amy Pengantinbudget2 sekarang ni.

Sebelum tu, awak semua sihat? Amy doakan semuanya sihat sentiasa ya. Semoga bahagia bersama orang yang tersayang. Solat jangan lupa bagi Muslimin Muslimat ya. Peringatan untuk Amy juga. Ingat mengingati tanda sayang bukan? I heart u all!!

Apapun, terimalah update untuk bulan Disember 2012 - Januari 2013 yang mana ada. Mungkin boleh memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda, terutama untuk pengantin bajet:: biar bajet sekarang, janji tak hangin dan hangit nak bayar hutang kemudian hari lepas kahwin nanti::

Kali ini Amy ada:

:: Mini pelamin bajet di Cheras:: bantal nikah untuk Marlina di Bangsar dan : fridge magnet dengan nama pengantin untuk Ida::



Terima kasih semua, jaga diri.
:: Alhamdullilah::


Ikhlas, Amy pengantinbudget2



Sewaan dari Amy: Bantal nikah, tiang pasu dan karpet



Sewaan dari Amy: Bantal nikah kerawang 2 biji



Fridge Magnet dari Amy (Inani) dengan tulis nama pengantin


Saturday, December 15, 2012

PB: Mini pelamin maroon & putih + biru & putih, November, Disember 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam Sejahtera semua,
Harap semuanya sihat2 selalu.
Amy mahu kongsikan hasil kerja Amy untuk bulan Nov dan Dis 2012.


Enjoice ya, dan kalau ada yang berminat boleh hubungi Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Moga hari anda hari ini merupakan hari yang terbaik dalam hidup anda k!! :)




Mini pelamin maroon putih Taman Melati Gombak




Mini pelamin Wani di Gombak


EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter