Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

PB2: Ready made hantaran dan bunga rampai.

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam lovelies, just nak update Amy baru selesai set up mini pelamin menggunakan 2 bantal nikah kerawang tu di Petaling Jaya. insyaAllah kalau tak ada aral Amy post gambar k!

Next project, insyaAllah tempahan gubahan hantaran ready made tema ungu putih dan merah , maroon dan putih. Selain tu,tempahan bunga rampai pun akan dibuat.

Until then, have good, relax and enjoyable day ya!



Hugs and kisses,
Amy PB2.

Wednesday, December 7, 2011

PB: Lebih 100,000 penyokong Amy pengantinbudget2. Terima kasih semua...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, pembaca belog Amy telah melebihi 100,000 jumlah traffik. Terima kasih atas sokongan tidak terhingga anda semua kepada Amy dan pengantinbudget2, semoga Allah sahajalah dapat membalas budi baik anda semua!...

Nite nite everybody... ;)

Lots of loves,
Amy pb2

Monday, April 4, 2011

PB: I'm back.... hujan batu di negeri sendiri.... Baik lagi Malaysiaku ini... ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam Semua,
Amy pengantinbudget2 nak bagitahu yang Amy sudah kembali dan akan update barang-barang dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan di pengantinbudget2 ni tak lama lagi...
Terima kasih kerana setia dengan blog Persiapan Pengantin Budget ni ya, tksh.
Salam sayang,
Amy pengantinbudget2

Sunday, March 20, 2011

PB: Hujan emas di negeri orang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua. Amy nak bagitau, kalau ada b2b nak hubungi Amy untuk 8 hari dari sekarang, boleh hubungi Amy melalui email pengantinbudget2@gmail.com ya. Kalau boleh, tidak digalakkan telefon Amy sebab nanti bil anda mahal sebab Amy berada di luar kawasan dari kebiasaan. Selepas 27 Mac 2011, talian telefon Amy akan kembali seperti biasa ya. 

Terima kasih atas perhatian pembaca yang sangat Amy hargai. Nite nite semua... ;) 

Saturday, March 12, 2011

PB: Tsunami langgar Jepun!!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua, Dalam membuat persiapan kahwin, janganlah kita lupa nak tengok perkembangan semasa. Macam hari tu pasangan pengantin di Segamat terpaksa berkahwin dalam banjir sebab banjir melanda Segamat dengan teruk berminggu-minggu lamanya. Ada juga yang majlis kenduri berlangsung dalam air banjir setinggi buku lali, hujan lebat dan sebagainya...
Yang terbaru, tersentak juga Amy bila dengar Jepun dilanda gempa bumi berukuran 6.6 skala Ritcher semalam dan yang paling teruk ialah Sendai dekat dengan Miyagi. Kawasan Tokyo yang beratus kilometer tu pun kena sama tempiasnya. Dan yang lebih membimbangkan ada yang kata ianya mungkin lebih dari itu iaitu setinggi 8.9 skala Ritcher.
Ada juga geologist rakyat Amerika berkata tenaga gempa bumi yang berlaku semalam dikatakan paling dahsyat dalam tempoh 20 tahun dan antara yang terburuk sejak 1900 itu, berkekuatan menyamai jumlah penggunaan tenaga selama sebulan. (Ya Allah, sangat kuat tu...)
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami...
Tergerak hati nak cari doa-doa yang boleh diamalkan, Amy cari2 jumpa di blog ini
dan Amy letakkan di bawah ni.
Walaupun Jepun tu kita kira jauh, tetapi kesannya boleh melanda negara2 lain, contohnya ada berita menjangkakan kawasan Sabah mungkin akan terkena kesan Tsunami tersebut. Ada macam-macam rakaman dalam Youtube pasal Gempa Bumi di Jepun ni, sanggup atau tak nak tengok. Apa-apa pun jom kita amalkan doa-doa ni yang boleh kita amalkan setiap masa sebagai ikhtiar untuk mendapatkan lindungan Allah. InsyaAllah.
Buat warga Jepun dan negara-negara sekitar, bersabarlah dan pohon pada Allah untuk dilindungi dan diselamatkan. Doa kami untuk anda.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.
Maksudnya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim
Maksudnya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Secara ringkasnya: Gempa bumi --> Tsunami --> kemusnahan Lain-lain berita:
http://news.yahoo.com/s/ap/ap_on_re_as/as_japan_earthquake http://www.npr.org/2011/03/11/134444531/major-tsunami-damage-in-northern-japan http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-12714558
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter