Showing posts with label pelamin mini. Show all posts
Showing posts with label pelamin mini. Show all posts

Friday, October 5, 2012

PB: Mock up mini pelamin ekonomi: rege RM 130.00 area Kuala Lumpur sehingga Disember 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua & selamat pagi,

Lama benar rasanya Amy tak buat post baru. Tiba-tiba ada idea untuk b2b yang benar-benar nak mini pelamin bajet. Harga yang Amy fikir untuk mini pelamin ni hingga 31 Disember 2012 ialah RM 130.00 untuk kawasan KL. Tapi jangan risau, Amy akan pastikan yang mini pelamin ini ada:

***

1. Bantal nikah/tunang span tebal (bukan bantal berkaki)
2. Karpet (warna off white)
3. Bunga dalam pasu besar (kiri kanan)
4. Lampu (kesan romantik)


***


Ini mock up gambar mini pelamin tu. Warna boleh dibuat mengikut warna tema bakal b2b tu tetapi kalau nak cepat:

o - warna pink - putih,
0 - warna putih - biru,
o - warna putih - ungu,
o - warna putih - maroon,
o - warna putih - peach


Kesemua warna di atas boleh dibuat immediately sebab ready stock peralatan untuk mini pelamin tu.

Jika ada yang berminat, sila hubungi Amy melalui email (pengantinbudget2@gmail.com) dengan menerangkan BILA MAJLIS, WARNA TEMA dan LOKASI untuk perbincangan selanjutnya. Adalah diingatkan harga RM 130.00 ini hanya untuk kawasan Kuala Lumpur bermula 4 Oktober hingga 31 Disember 2012 sahaja.

Salam sayang,

Amy PB2.




Saturday, December 31, 2011

PB: Amylia dan pelamin mini putih pink, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Satu lagi entri kali ini adalah berkaitan entry Amy tentang sewaan pelamin mini oleh Pn. Linda untuk ahli keluarganya, Amy yang lepas. Nanti anda boleh baca kat sini pula. Ini pula kiriman gambar dari FB Amylia yang bertunang dengan buah hatinya dan dia sedang berposing dengan anak-anak comel, duduk atas bantal tunang/nikah berkaki kerawang tu. Berseri-seri bakal pengantin ni ya...


Untuk Amy dan pasangannya, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. InsyaAllah, amin...

Amylia tak lupa letak komen dalam FB dia, dia kata ramai yang kata mini pelamin ni cantik dan lain dari yang lain... Alhamdulillah... Terima kasih Amy dan Linda, atas sokongan yang diberikan...

Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah hubungi Amy PB2 ya, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang warna tema anda. Untuk mandapatkan mini pelamin yang bajet sesuai dengan bajet anda, Amy kira, pengantin budget2 adalah jawapannya... ;)

Salam sayang,

Amy PB2.

Tuesday, November 29, 2011

PB: Sewaan Bantal nikah, tempahan gubahan hantaran dan belian fridge magnet pada bulan Oktober lalu...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy Pengantinbudget2 ingin mengucapkan Salam Maal Hijah 1433 ya kepada semua.
Semoga tahun baru ini memberi lebih rezeki, kebahagiaan dan Allah permudahkan segala urusan baik urusan dunia mahupun akhirat kelak, insyaAllah amin...

Amy ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka di bawah ini yang telah mendapatkan khidmat Amy Pengantinbudget2 dalam bulan Oktober 2011 (alhamdullilah). Mereka ialah:

1. Ain - Mini Pelamin (Shah Alam)
2. Asna - Sewaan Alas dulang (Kelana Jaya)
3. Massaliza - Bantal nikah (Seri Kembangan)
4. Nazri - Fridge Magnet Fly (PJ)
5. Zarith - Bantal nikah (Putrajaya)
6. Siti - Fridge Magnet (Cyberjaya)
7. Pn. Rina - Hantaran (Puchong)


Terima kasih daun keladi Amy ucapkan kepada semua yang menyokong Amy. Semoga pernikahan/Pertunangan yang dilalui berjalan dengan lancar dan sentiasa bahagia hingga ke akhirat ya....
Jaga diri semua....

Sayang sokmo!

Amy pb2.

Tuesday, July 19, 2011

PB: Rekaan mini pelamin berbantal dua biru putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam sejahtera semua,

Mempersembahkan rekaan mini pelamin berbantal nikah dua buah untuk konsep biru putih.




Tempoh hari ada bakal pelanggan yang bertanyakan mini pelamin untuk majlis nikah. Inilah ilham adhoc untuk permintaan pelanggan tu. Ini merupakan kali pertama Amy design mini pelamin macam ni, nampak lain kan? 

Pertama, bunga hiasan di belakang tu Amy tinggikan sedikit menggunakan kaki kerawang yang nampak klasik tu dan seterusnya penggunaan dua buah bantal nikah kerawang Amy, yang cukup luas untuk sepasang merpati dua sejoli duduk atas bantal tu.

Sebenarnya ini merupakan scatch idea untuk mini pelamin dua bantal. Hiasan lengkap akan Amy buat jika sekiranya pelanggan bersetuju untuk ambil mini pelamin Amy ni. 

Kalau ada sesiapa yang berminat, sila email Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk bertanyakan harganya dan untuk perbincangan lanjut ya. Warna boleh ditukar ikut konsep/warna tema majlis anda.
Suka Amy nak ingatkan di sini, konsep Amy adalah pengantin budget. Mungkin jika ada yang mahukan kelainan pada mini pelamin Amy ni, boleh berbincang dengan Amy ok. I'm open for discussion. Sekiranya barang yang diinginkan tiada dalam existing lists Amy, additional charges might be applied to cater for the additional design.
Oklah, jumpa lagi ya sayang-sayang semua,

Selamat malam,

Amy PB2.

Wednesday, July 6, 2011

PB: Mencari ilham untuk mini pelamin betul betul budget dan sirih junjung untuk Adira, FRIM

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Nak update belog ni dengan pencarian ilham untuk mini pelamin BBB untuk Adira di FRIM untuk dihantar Jumaat ni. Adira juga sudi menempah sirih junjung dengan Amy, insyaAllah dah ada gambar nanti Amy post ya...
Until then, jumpa lagi...

Salam sayang n rindu untuk semua... jaga diri okey... ;)

Saturday, June 18, 2011

PB: Mini pelamin putih pink - Diyana Ampang Jaya

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam ladies,
Apa khabar ek? Lama tak dengar citer kan... been busy lately and i will try to update as much as possible yup for what has happened for this week job.

Diyana sudah book pakej Amy dan Neeza sejak dari bulan Mac lagi. Dia ambil mini pelamin Amy dengan bunga tangan yang Cik Neeza buat.

 mini pelamin untuk Diyana

Jadinya Amy nak kongsi hasil mini pelamin yang telah dibuat untuk majlis pernikahan Diyana semalam, dan untuk Diyana, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sehingga ke hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, amin...

Terima kasih Diyana dan juga famili atas kerjasama yang diberikan.

Babai ladies... :)

Amy PB2.


Wednesday, June 8, 2011

PB: Mini Pelamin klasik - Maroon+putih+pink untuk Balkish Gombak

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Hari Sabtu yang lepas mini pelamin ni telah dipasang di Gombak untuk si manis Balkish. 


 Kenapa mini pelamin ni praktikal sebab ruang yang kecil sahaja diperlukan berbanding pelamin yang lain. Harga pula sangat berpatutan bermula dari RM 300 ke atas.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat mini pelamin macam ni atau boleh diubah mengikut citarasa dan warna tema anda yang budget, sila hubungi Amy segera ya, tksh...

Salam Sayang, 
Amy PB2.

Friday, April 8, 2011

PB: Pelamin Mini Biru + Merah Jambu

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua,
Masih ingat tak entry yang ni? Amy janji nak upload Pelamin Mini warna biru kan? OK OK , minta maaf sebab lambat upload ya... Macam-macam aktiviti Amy sehinggalah pagi ni idea datang mencurah-curah... ngeee...

Dengan ini dipersembahkan design terbaru Pelamin Mini pengantinbudget2.blogspot.


Apa yang ada:

-Bantal nikah/tunang yag berkerawang (bila pengantin duduk, bagai menatap puteri di awangan ;)  )
-2 flower stand kiri kanan
-2 pasu bunga besar di belakang
-2 pasu bunga kecil
-2 helai permaidani bulu khas dari Turki.

Jom tempah sekarang kepada beautiful b2b blogger yang berhajat untuk mempunyai Pelamin Mini ni pada hari bersejarah anda ya. Hubungi Amy segera untuk rundingan. 

Tawaran istimewa: 
Kepada Follower pengantinbudget2.blogspot.com ni, diskaun sebanyak 15% akan diberikan untuk sewaan pelamin mini ini... Tawaran sah dari 8/4/2011 sehingga 30 April 2011 ini. 
Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini....

Salam Sayang, 
Amy PB2.

Tuesday, March 15, 2011

PB2: Koleksi Pelamin mini

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam beautiful ladies,
Enjoy my collections of mini pelamin ya,
Lots of love,
Amy, PB2.

Saturday, March 5, 2011

PB: Pelamin Mini Hitam Merah untuk Alea Kajang

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Ingat lagi tak entry ni? Ok ok, inilah masanya untuk Amy letak gambar yang terhutang sejak beberapa minggu yang lepas. 

Majlis tunang Alea berkonsepkan warna hitam perak, makanya Amy rasa bila guna gabungan warna merah dan hitam akan nampak timbul, dicampur dengan warna putih yang wajib. Satu lagi, dulu kan Amy ada kata Alea kreatifkan, tang kreatif tu ialah bila Alea pasang sendiri kelambu putih untuk nampakkan lebih comel dan manis gitu.

Inilah gambarnya, mungkin boleh beri inspirasi kepada b2b di luar sana.



Salam Sayang, Amy, PB2 

Saturday, February 26, 2011

PB: Semalam di Taman Koperasi Cuepecs

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,

Semalam, selesai sudah Amy memasang pelamin mini untuk Lea di Taman Koperasi Cuepecs. Majlis Lea hari ni, Amy doakan semuanya berjalan lancar. 
Syukur, Lea dan keluarga sangat suka dengan pelamin tu. Keluarga Lea pun ramah-tamah dan baik-baik semuanya. Senang dan mudah nak bekerjasama dengan Lea dan keluarga.
Nanti lepas majlis Amy upload gambar pelamin mini tu yer. Lea ni pun kreatif juga, dia ada buat penambahan pada pelamin mini tu, nak tau apa? Kita tunggu ok? 

Oh ya, nak promote juga, Lea ni pun MUA dan buat Henna siap ada pakej lagi. Nanti bila Amy dah dapat address FB dia, nanti Amy letak kat sini ya. [Lea, free promotion ni... hehehe... ;)]
Salam sayang, 
Amy PB2.

Thursday, February 10, 2011

PB: PAKEJ MEKAP + MINI PELAMIN

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

~Updated: 6 Januari 2012~

Dibawakan khas oleh Persiapan Pengantin Budget dan Neeza Makeover , kami menawarkan Pakej Mekap +  Mini pelamin (seperti dalam gambar - boleh dibuat mengikut tema yang diperlukan) dengan harga sangat istimewa:
RM580.00 SAHAJA!!
BERMULA JULAI 2011
(boleh tempah sekarang ya)
Contoh mini pelamin yang PB2 buat (yg penting bantal berkerawang yang sangat sesuai untuk b2b yg comel atau yang comel lote. (saiz kerusi: 1 mtr x 1 mtr x sejengkal)

Link Neeza Makeover kat sini ya. Contoh makeup yg dia buat:

Selain pakej yang ini, Neeza juga ada buat pakej2 lain, boleh tengok kat sini tau...
Pakej2 ni sangat sesuai untuk mereka yang berbudget2 dlm persiapan kahwin. Boleh hubungi Amy/ Neeza untuk maklumat lanjut ya, tksh, take care ok girls... ;)
Salam sayang, Amy, PB2

Thursday, February 3, 2011

PB: Pelamin Mini Biru? OK tak agaknya?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selepas Pelamin Mini Putih , Ungu, Peach dan Merah, Amy ingat nak reka pelamin mini biru pulak lah. Nak tengok apa agaknya hasilnya. Tapi projek belum mula lagi, bahan dah ada, cuma perlu masa untuk tunggu idea datang ;P.

 Amy mungkin akan gunakan gabungan warna-warna ni dalam rekaan pelamin tu nanti? Hm, fikir-fikir sampailah jadi pelamin mini tu nanti... (doa dgn penuh harapan)

Yang pasti pelamin mini ini adalah budget ya wahai b2b dan pembaca yang budiman, sama juga seperti yang sedia ada. 
Cuma Amy akan terangkan kat sini ada 2 perbezaan umum harga iaitu untuk pelamin mini yang tiada backdrop akan lebih murah dari yang ada backdrop (kain dgn tiangnya sekali serta hiasan yang perlu). 

Apa-apapun, kalau berminat nak tanya, nak dapatkan khidmat pelamin mini budget dan gubahan hantaran budget, cubalah hubungi Amy untuk maklumat lanjut. Jangan dilupa kalau ada yang berminat nak tempah barang cenderahati Inani Craft, Amy sedia membantu ya. Mana yang Amy boleh layan, Amy layan dan akan usahakan adakan yang terbaik untuk anda yang berminat.

Terima kasih tak terhingga sebab bagi sokongan yang sangat tinggi dan padu kepada Amy Persiapan Pengantin Budget2 ini.

Tak lama lagi Amy akan umumkan sesuatu yang menarik untuk b2b di luar sana, apa dia, tunggu yer...... Ini adalah sempena Anniversary PB2 yang nak masuk setahun jagung nih... :) InsyaAllah, moga Allah berkati niat Amy ni ya.. amin...

Ops, tak lupa juga Amy nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada rakan-rakan berbangsa Cina dalam menyambut raya mereka pada hari ini... 
 
Salam sayang,
Amy, PB2.

Sunday, January 30, 2011

PB: Merah itu saga, Merah tanda berani, Merah tanda C.I.N.T.A

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Betul tak? :
Merah itu saga.................., 
Merah tanda berani.................., 
dan yang paling penting, 
*
*
*

 
 *


*

Merah tanda C.I.N.T.A


Stuju? 




Pelamin mini MERAH CINTA sedang beraksi. Sesiapa yang berminat untuk sewa pelamin merah cinta ni hubungi Amy ok, thanks for viewing... ;)


Salam Sayang,
Amy, PB2.

Thursday, January 20, 2011

PB: Pelamin Mini Budget edisi 2011_peach + white theme.

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Assalam semua, 
Amy mahu kongsi gambar pasai pelamin mini budget edisi 2011- peach theme ini.
Thanks to Mimie Taman Kosas Ampang who wished to sit on the bantal tunang/nikah oonik for her engagement day, today!!..
Although it was impromptu booking, syukran it was successfully made and Mimie likes it. Maybe it is not as grand as other engagement setting, but i'm glad Mimie loves it.

Thanks Mimie for the opportunity given to kak Amy for setting up the simple but nice mini pelamin. For those who interested, kindly inform me early ya.

Neway, take care n lots of love,
Amy PB2.

Saturday, December 11, 2010

PB: Pelamin mini betul-betul budget

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ingin pelamin mini yang murah?
Walaupun murah nampak elegan dan cantik?
Apa kata tengok pelamin mini yang ini...
**

**

 
** Tuan Puteri bersemayam atas peterana kecil wink* wink * **
 
Jika ingin memiliki pelamin mini yang simple ini, sila hubungi Amy untuk maklumat lanjut ya. Sila sertakan tarikh dan lokasi anda untuk mendapat kos yang terlibat ya.
Salam Sayang,

Amy, pengantinbudget2@gmail.com

Friday, October 15, 2010

PB: AKAN DATANG! Pelamin mini untuk disewa - fresh from the oven

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Apa khabar semua? Harap-harap anda semua sihat-sihat belaka ya. Sebagai pengenalan, Amy nak beritahu bermula hujung bulan Oktober 2010 ini Amy akan menawarkan pakej pelamin mini untuk majlis pertunangan/pelamin yang simpel untuk majlis perkahwinan. Tunggu ya... Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan design terbaru dalam pasaran, khasnya untuk pengantin budget. Salam sayang, Amy, pengantinbudget2
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter