Showing posts with label Pesanan ilmu rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Pesanan ilmu rumahtangga. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

PB: Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan Ramadhan...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Alhamdullilah Allah beri kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pahala yang lebih dari 11 bulan yang lain, Ramadhan yang mulia.

Sudah pasti b2b di luar sana yang mungkin sibuk membuat persiapan untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan pada hari raya nanti, tak menang tangan ya. Persiapan buat juga, peluang untuk merebut sales dari Allah ni pun kalau boleh jangan lupa untuk direbut ya. Kiranya ini merupakan Ramadhan terakhir bergelar anak dara ibu dan ayah anda, sebelum bertukar status kepada isteri bakal suami anda nanti.

Pasti lain keadaannya nanti sebab ketaatan kepada suami adalah melebihi daripada ketaatan kepada ibu bapa seperti sebelum ini. Suami lebih perlu diutamakan dulu dan selepas itu barulah kepada ibu bapa kita. Selagi ada waktu ni, tuntutlah sebanyak mana ilmu rumahtangga untuk menghadapi saat baru itu. Semoga anda beroleh petunjuk dan redha ibu bapa anda dalam melayari bahtera perkahwinan nanti.

Rajin-rajinlah tolong ibu di dapur menyediakan sahur, juadah berbuka puasa, mengemas rumah dan apa sahaja yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu dalam bulan Ramadhan ini, sebagai latihan terakhirlah boleh dikatakan sebelum tiba detik bersejarah anda nanti.

Doa banyak-banyak dan mohon supaya semuanya akan berjalan lancar dan agar pilihan kita nanti akan dapat membimbing kita ke jalan yang Allah redhai.

Semoga persiapan kahwin/tunang anda dapat dijalankan dalam keadaan sederhana dan mengikut bajet anda dan yang penting tidak membebankan/membazir. Amy doakan agar semua pasangan yang ingin berumahtangga nanti akan sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu serta bahagia hingga ke syurga akhirat, Amin.

Jaga diri dan salam sayang,

Amy pengantinbudget2.
2 Ramadhan 1433 Hijrah/22 Julai 2012

Thursday, March 29, 2012

PB: Persiapan kahwin kita dulu dan kat mana nak beli barang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hello semua,

Ada yang masih belum tidur lagi ya, rajin betul cari maklumat untuk persiapan tunang/kahwin kan? Bagus-bagus, masa Amy nak kahwin dulu memang macam nilah, bersengkang mata buat persiapan. 

Paling Amy ingat, lepas selamat saja bertunang, terus Amy siapkan gift untuk close friends/keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat mama papa. Amy bertunang bulan 9, nikah bulan Jun tahun depannya. Dapatlah Amy buat dalam 400 lebih gifts potpuri. Ingat lagi, beli barang dari Chow Kit, Kedai Vivian dan kawasan sekitarnya... Sesiapa yang pernah beli barang kat Vivian mesti tau kedai dia ni. Sekarang ni siap boleh hutang-hutang bayar ansuran lagi untuk hantaran ataupun wedding gift kalau tak silap. Macam-macam pakej ada sekarang ni...

Lepas tu dah sibuk tempah mak andam, katering dan lain-lain. Hantaran, buat sendiri tapi last-last minit juga kakak sepupu tolong touch upkan sebab masa tu dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah... penat yang teramat. Sirih junjung pula, belum siap lagi padahal nak nikah lepas Asar, sebelum Zuhur alas sirih junjung pun tak kelihatan. Punyalah penat sampai dah tak boleh fikir...

Mak andam dan fotografi Amy ambil dengan Difi Beauty kat Sentul. Pada Amy oklah bayaran dan servis dia, sebab kita ni pengantin budgetkan? Sedangkan kalau ikutkan hati nak pakai baju Butik Syahirah yang sangat terkenal dengan baju pengantin dan tudung masa tu tapi sebab mahal, tak mampu den dan terus lupakan saja hastrat tu... (Cedey...). Tapi Amy rasa sekarang dia dah tukar nama kot dan banyak dah butik-butik yang yang tawarkan pakej kahwin yang cantik untuk pengantin bertudung. Kalau tengok kat majalah Pengantin, dia ada letak iklan kat situ tak silap. Rasanya pakej dia masih murah lagi kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cubalah buat survey kalau nak tengok kan? 

Katering dan khemah, tempah pada jiran yang kebetulan makcik tu mak kawan adik Amy. Senang cerita nak minta tambah masakan pun senang kan...

Untuk majlis bertandang pula Amy sewa baju dan aksesori lengkap dari Teratak Mempelai yang masa tu tengah buat sale untuk baju songket. Tak silap RM 450 untuk baju songkat (P shj) dengan tudung dan kasut. Memang ingin sangat pakai songket sebab Amy ni berjiwa tradisional. Sampaikan ada tetamu mak mertua tanya, tak panas ke pakai songket, Amy jawab jer tak, sebab seronok sangat dapat pakai baju yang kita suka.

Lepas tu, bulan madulah pula kita kat Johor Bahru, Hotel 4 bintang, 2 hari semalam jer... hehehehe.. asalkan ada... Suami bawa ke tempat-tempat dia membesar dulu... 

So, itu serba sedikit persiapan kahwin Amy pada tahun 2005 dulu. Alhamdulillah banyak pahit manis. asam garam yang telah kami tempuhi sepanjang masa itu dan hingga kini masih belajar untuk mengenali pasangan kita seadanya. Memang akan sentiasa ada lidah tergigit, pergaduhan manja yang perlu kita tangani dengan cara terbaik untuk keharmonian bersama. Jangan ikutkan kata hati sangat, kadang-kadang perlu mengalah untuk menjaga hati pasangan. Bertolak ansur, saling percaya dan cuba belajar memahami serta selalu berdoa pada Allah agar diberikan kesabaran dan kebahagiaan dalam menempuh alam rumahtangga ni... Komunikasi perlu dijalankan sebaiknya supaya masing-masing faham apa yang tersirat di hati masing-masing.

Oklah, cukup takat ini dulu, nanti kalau rajin Amy taip lagi k, good nite ladies... ;)

Loves,
Amy PB2

 

Thursday, March 22, 2012

PB: Konsep Persiapan Tunang/NIkah/Kahwin Bajet

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Selamat malam semua,
Pasti ramai yang nak kahwin, tapi belum cukup duit untuk buat persiapan kahwin besar-besaran macam majlis Lisa dan Yusry atau apatah lagi nak tiru majlis kahwin anak salah seorang tauke kereta mewah Bumiputera yang tersohor di negara kita yang memakan belanja hampir juta ringgit dalam suasana yang gilang gemilang kan? Tapi kalau dapat jodoh dengan orang yang betul-betul berduit tak jadi masalah, yer tak? Cuma kalau pasangan kita dan kita sendiri cukup-cukup untuk keperluan sendiri dan terpaksa ikat perut untuk mengadakan persiapan kahwin, memang menyeksakan pada mulanya. 

Jenuhlah nak tunggu habis hutang (ini kalau berhutang dengan bank untuk buat belanja kahwin) atau selalunya tunggulah dalam 5 hingga ke 10 tahun lepas kahwin, baru hutang kahwin tu dapat dilangsaikan, betul tak? betul tak? Anak dah berderet,hutang baru habis... Adoyai.... Ini serius ya, bukan main-main sebab hantaran pun sekarang melebihi RM 7000, barang hantaran, belum masuk belanja makan , mak andam dan lain-lain...Memang banyak nak pakai duit.. Ini belum kira keperluan kewangan untuk kehidupan lepas kahwin pulak... Adush, pening kepala kalau duit tak cukup untuk tampung semua tu...

 Kalau ikut hukum Islam pun, kita perlu mengadakan majlis kenduri untuk mewar-warkan bahawa pasangan si polan dengan si polan telah diijab qabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Jangan pulak nanti Badan Pencegah Maksiat datang serbu pulak sebab jiran-jiran tak tau yang pasangan tu sebenarnya dah kahwin, tak ke haru nanti dibuatnyakan? Lagipun perkara baik, baik untuk dihebahkan, betul tak? 

Cukup dengan mengadakan kenduri jamuan ikut kemampuan asal dapat menyampaikan maksud tentang menghebahkan perkahwinan tersebut.

Tetapi jaman sekarang ni ya tuan-tuan dan puan-puan, konsep seperti itu tidak dipandang dengan cara sederhana. Ialah kita faham juga ramai saudara-mara nak dijemput, rakan taulan, jiran-jiran dan satu kampung/taman ingin dijemput untuk tujuan tersebut. Tapi kalau ikutkan omputih, paling ramai pun 300 ke 500 orang jemputan jer kot? Sebab mereka ni mungkin tak ada keluarga besau macam kita orang Malaysia kot! huhu... Kita pulak tak mahu ada yang berkecil hati sebab tak dijemput, betul tak?

Tak kisahlah, walau macam mana pun, buatlah majlis perkahwinan anda tu nanti MENGIKUT KEMAMPUAN POKET ANDA DAN PASANGAN YA DAN IKHLAS.... Amy sangat kagum dengan Ally Iskandar dan isterinya sebab sempoi sungguh majlis kahwinnya dulu dan insyaAllah mereka tu nampak bahagia jerk. Mungkin berkat tiada pembaziran, buat ikut cara yang sepatutnya terus mendapat barokahnya... Cemburu jer tengok hehehe...  

Apapun, baru sekejap tadi Amy terima komen dari seorang pembaca tentang pelamin mini bajet yang Amy tawarkan yang dikatakan seperti diletak-letak sahaja. Tak apalah, terima kasih kepada saudari/saudara yang memberi komen tersebut. Amy kat sini tak paksa pun sesiapa untuk gunakan khidmat Amy kalau dirasakan tak sesuai dengan selera masing-masing. Amy buat ikut kemampuan Amy sebagai bekas pengantin bajet yang telah berkahwin hampir 8 tahun lepas. Alhamdulillah.... tiada paksaan, adatlah ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan bagi yang suka mereka ambil khidmat Amy dan mereka berpuas hati dengan khidmat Amy. 

Ialah, fokus Amy pada pengantin bajet, jadinya orang yang besar bajetnya bolehlah cari pakej yang lebih cantik dari Amy... Neway terima kasih atas sokongan anda semua yang tak jemu-jemu lawat blog Amy. Amy kira ramai juga yang suka baca kot posting Amy ni, sebab banyak juga hits yang Amy dapat setiap hari, walaupun tak sebanyak mana kalau nak dibandingkan melebihi 500 orang pelawat sehari, dah cukup syukur Amy rasakan. Memang banyak persaingan kat luar sana, tapi Amy percaya rezeki tu dari Allah dan turut bergantung kepada usaha kita kan?      

Akhir kata, sudi-sudikanlah komen kalau anda tak puas hati atau berpuas hati dengan khidmat Amy ataupun posting Amy ni... Kalau ada kekurangan minta maaf lah yer... Macam manapun, Amy akan mempertingkatkan lagi hasil kerja Amy ikut kemampuan Amy sebagai part timer dalam bidang ni. Banyak yang Amy belajar dan masih belajar lagi ni... Semoga mendapat berkat dari Yang Maha Esa dan semoga anda semua diberikan kebahagiaan yang dicari yerk!...

Oklah, jaga diri and nite nite k!

Salam Sayang,
Amy PB2.

Saturday, March 17, 2012

PB: Vanilla Coklat dan realiti kehidupan berumahtangga

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Mari kemas kini blog sebanyak mungkin hari ni... ;)
 
Selamat malam semua, Amy suka nak buat entri pasal cerita Vanilla Coklat yang dah habis tu (ala sedey... Amy asyik tengok kat Youtube jerk ulangan citer tu... huhu)



 sebab kemanisan cerita tu yang tak terdapat dalam cerita drama Melayu yang lain. Jom kita tengok dari sudut positif berumahtangga ya...

1. Kahwin ikut pilihan keluarga
2. Bercinta selepas kahwin (walaupun Amir dan Zara macam anjin dan kucin mula-mula tuh.. oh kejam sungguh!!)
3. Mudah beralah (terutama Amir bila Zara marah atau merajuk)
4. Saling pujuk-memujuk jika berlaku pertelingkahan
5. Bertimbang rasa dan bertolak ansur - contoh masa Amir mengalah makan kat luar bila Zara risau result exam dia. & Zara pun belajar cara nak jadi isteri yang baik walaupun dia keras macam kayu masa baru kahwin dulu, pengotor dan tak sekemas Amir)
6. Sentiasa percaya pada pasangan dan tidak mudah curiga. Siasat terlebih dahulu kalau ada sesuatu yang tak best berlaku.
7. Sanggup berkorban untuk suami/isteri dan keluarga dalam usaha untuk memperbaiki keadaan.
8. Perlu ada sokongan kuat daripada keluarga mertua supaya dapat membantu jika ada masalah (terutama bila Daddy dan Papa masing-masing tak nak mengalah)
9. Jangan curang dengan pasangan, sebab semestinya pasangan kita akan cemburu dan kita pun tak mahu kita dicurangi, betul tak?
10. Ada peluang, pergilah honeymoon ke tempat yang mampu untuk kembalikan keindahan hidup berumahtangga
11. Jangan seksa diri dengan tak makan kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, supaya keadaan boleh dibaiki dan hidup kita tak terabai.
12. Minta bantuan keluarga terdekat dan bukan mudah mempercayai orang luar yang kita tidak tahu usul periksa niatnya kalau ada masalah.
13. Suami bantu isteri buat kerja rumah, isteri jaga kebajikan suami dengan makan dan keperluan yang diperlukan.
14. Mudah memaafkan pasangan supaya aman rumahtangga 
15. Sama-sama memberi sokongan kalau pasangan belajar/bekerja dan lain-lain untuk memberi semangat supaya terus berjaya.
16. Sentiasa bersangka baik pada keluarga kita sebab mereka selalunya akan memahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anaknya.



Kalau ada sesiapa nak tambah, silalah bagi komen ya...

Apa pun, memang cerita Vanila Coklat ni punya mesej yang tersendiri, boleh buat orang yang dah lama kahwin mahupun baru kahwin, ataupun yang baru bercinta atau belum bertemu pasangan inginkan perjalanan indah macam tu kan dalam meniti kehidupan berumahtangga, betul tak? Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua dan bahagia dunia akhirat, amin...

Salam Sayang,
Amy PB2.

Saturday, December 10, 2011

PB: Kahwin pandai, jaga anak pandai tak? ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi,
Amy rasa semua orang akan teruja untuk kahwin, tapi adakah kita semua ni betul-betul bersedia untuk menjadi isteri, suami dan menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti?OK, entri kali ni akan panjang sikit sebab ada fakta menarik yang Amy nak kongsikan dengan anda semua...

Bukan apa, persoalan ini memang sengaja Amy utarakan sebab ada sesuatu yang mengusik hati Amy semalam, sangat meruntun jiwa Amy sebagai seorang ibu kepada anak-anak 4 dan 5 tahun.

Kenapa? Semalam ada tazkirah di tempat kerja Amy, memang sebulan sekali akan diadakan sebagai pengisian agama untuk kakitangan pejabatlah kan. Isunya adalah berkaitan MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur. Nauzubillah himinzalik... Mungkin nak semak lebih boleh baca kat internet atau link ini .

Mungkin tak nampak apa pasal dosa murtad ni berkaitan dengan perkahwinan kan? Sebab Amy pun tak percaya pada awalnya bila Hamba Allah yang telah murtad ini dan telah kembali ke Jalan Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita, (alhamdulilah) mengatakan sebab yang agak utama menyebabkan mereka MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur ini adalah sebab kurang mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.... Haaa, logik ke tak mula-mulanya? Rasa macam tak ada kaitan pun, tapi itulah hakikatnya. Ini disampaikan sendiri oleh adik-adik tu, mereka 3 orang orang sebenar yang telah murtad tetapi telah berjaya dipulihkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia) dan maklumat lanjut pasal PERKID ada kat bawah ni nanti ya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
Lot 22-2 Medan Bukit Indah
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-4280 0730 / 03-9021 3730
Alamat Pejabat Operasi Pemulihan :
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8914
Presiden : Ust. Masridzi bin Sat
Timbalan Presiden : Ust Hj Hassan Syazili
Naib Presiden : Hj Nordin Ibrahim
Setiausaha Agong : Mohd Shuhaidi bin Mohamad
Emel : sperkidmalaysia@yahoo.com
Bendahari Agong:
Webmaster : Emel : perkidmalaysia@gmail.com


Ketiga-tiga adik-adik tu berkali-kali mengatakan jagalah anak-anak tuan puan semua sebaik-baiknya, beri perhatian secukupnya untuk mengelakkan masalah-masalah ni timbul. Menurut rekod PERKID lagi, banyak kes MURTAD disebabkan oleh bila adanya hubungan cinta dengan selain dari orang beragama Muslim, padahal latar belakang agama keluarga mereka adalah dari orang yang hebat-hebat dalam agama. Raihan pun pernah nyanyikan lagu kan... Iman Mutiara - Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa... Semua tu hanya ketentuan Allah, tak tentu bila keluarga beriman, semuanya akan beriman sama, ini semua kena mohon pada Allah dan buat apa yang dia suruh, tinggalkan apa yang dia larang.
Tapi Amy bukanlah nak menghalang bercinta dengan orang yang bukan beragama Muslim, sebab jodoh tu Tuhan yang tentukan, tetapi perlu persiapan yang kukuh sebagai seorang Muslim untuk membimbing pasangan tu, terutama kalau kita ni perempuan dan pasangan tu suami yang perlu kita bimbing, macam agak mencabar di situ kan... Tapi hidayah Allah, siapalah yang tahu, kan?

Selain tu, banyak kes yang terdiri daripada anak-anak di kalangan ibu bapa bercerai-berai bila ibu terpaksa bekerja keras sara anak, tak dapat kasih sayang bapa, mereka terabai dan mencari kasih sayang dari orang yang salah.  

Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?  

Amy tanya lagi perhatian macam mana yang dia nak sebenarnya, dia kata perlu check siapa kawan anak-anak, check handphone, kalau bagi duit, tanya untuk apa, jangan main bagi jer, buatlah apa yang kau nak!... Patutnya kena luangkan masa mendengar masalah anak-anak, bersiar-siar dan beri perhatian sepenuhnya pada mereka. Sebab kadangkala kita fikir mereka dah besar, boleh fikir dan buat kerja sendiri, tetapi tidak, anak tetap anak, berkawanlah dengan mereka supaya mereka tak berkawan dengan kawan yang tak tentu hala nanti.... 

Oklah, ini sedikit sebanyak apa yang Amy nak kongsi bersama. Mungkin kita tak nampak apalah sangat MURTAD ni, tapi bila MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur, (selain Murtad, membunuh dan berzina juga merupakan dosa kufur), Ya Allah ini sudah terlalu berat. Walaupun sukar untuk dibayangkan hukuman Allah yang tak terperi dahsyatnya....
 Oklah, kita sama-sama baiki diri untuk membina keluarga Sakinah, diberkati Allah, mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan tetap keimanan pada Allah, insyaAllah.
Jadinya, jom tuntut ilmu Muslim parenting sebaik-baiknya supaya anak-anak kita nanti menjadi anak-anak soleh, solehah insyaAllah dan boleh mendoakan ibu bapanya bila kita dah tiada lagi nanti, insyaAllah.

OKlah, jaga diri dan salam sayang!
Amy PB2.
                                                                    

Friday, December 2, 2011

PB: Pastikan ada orang tua yang handle majlis kahwin anda ya!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Ni ha, Amy pengantinbudget2 baru teringat nak titipkan pesanan ni kepada para b2b yang sedang berdebar-debar menghitung hari naik pelamin terutama pada musim cuti sekolah ni untuk pastikan ada makcik/orang tua yang boleh dijadikan rujukan atau memberi pandangan dan nasihat tentang perjalanan majlis.

Bukan apa, baru-baru ni Amy hadiri satu jemputan kahwin. Semuanya nampak ok tibalah saat kami sampai, pengantin yang masih belum berarak lagi nampaknya tak dapat control kegembiraan dia telah "mengexpose" diri dia di hadapan para tetamu. Yang pada Amy, sebelum bersanding u kena berkurung sekejap dalam bilik menunggu/persalinan sebelum masuk dewan untuk bersanding. Adik pengantin girl ni pun tak setuju pengantin tu buat macam tu..

Selain tu pulak, rombongan yang mengiringi mempelai ke pentas tidak didahului oleh orang tua.... dan mungkin signal kurang jelas makanya perarakan pengantin masuk dewan nampak kucar kacir sikit.
Amy memang mengaku dalam majlis persandingan susah sikit nak kawal sebab semua orang sibuk tetapi oleh sebab Amy dah nampak keadaan tu, itu yang Amy nak nasihatkan kat b2b sekalian supaya rancang perjalanan majlis dengan teliti dan silalah bertanya kepada makcik-makcik atau orang yang lebih tua macamana cara yang lebih manis untuk dilakukan pergerakan majlis.

Bila diingat semula, Amy sudah diberi warning oleh makcik Amy supaya jangan senyum sampai telinga, jaga perlakuan diri masa atas pelamin, jangan cakap-cakap dengan suami kita atas pentas supaya tak nampak ghairah sangat! hehehehe... Mungkin sekarang dah lain sikit trend tapi pada Amy sebenarnya nampak kurang sopan jika mempelai mengabaikan tip-tip penjagaan diri semasa/sebelum berarak ke pelaminan.
Mungkin ada yang nak kongsi pendapat dengan Amy kat sini. Silakan yaa! Marilah kita sama-sama baiki mana-mana yang boleh untuk kesejahteraan bersama. Apapun, tq readers for spending your time read this post, which i intended to do it long time ago!...

Sweet dreamzs darlings.....

Love, 
Amy pengantinbudget2

Monday, July 11, 2011

PB: Simpanan wang sebelum dan sesudah kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua, 
Sementara mata ni masih belum mengantuk, Amy ingat nak buatlah satu dua entry kalau larat. Ialah, sekarang ni rasa macam nak buat entry di belog Amy ni secara tetap macam perlu usaha lebih sikit. Tak apa, demi para pengikut Amy di luar sana, Amy cuba juga ya. Terima kasih banyak-banyak.

 Amy sebenarnya suka nak cerita pasal simpan duit. Hajat nak jadi financial planner, tapi belum ada masa lagi nak betul-betul fokus nak belajar jadi Perancang Kewangan bertauliah. heheheh... Tapi kalau nak tahu, bila Amy mula kerja dulu, selalu rasa ke manalah duit Amy pergi ni, rasanya tak adalah beli barang kemas ker, joli sana sini ker, tapi duit tu macam selalu jer tak tahu pergi ke mana. dan detik yang paling genting ialah bila Amy pernah kena ragut yang telah menyebabkan dompet pemberian BF (hubby Amy sekarang ni) dan beg tangan paling mahal Amy beli dalam hidup (itulah pertama kali Amy beli beg tangan mahal) dicopet oleh peragut naik motorsikal. Sejak itu, Amy mula masukkan duit dalam insuran hayat cum investment, bagi lebih sikit untuk mak ayah, melabur sana sini dll, asalkan Amy tahu mana perginya duit Amy.

Nak kata duit banyak sekarang ni atau jadi jutawan belumlah lagi, tapi niat di hati memang membuak-buak walaupun rasanya berpuluh tahun lagi kot nak tercapai, tapi Amy cuba menyimpan secara tetap walaupun sikit. Amy rasa b2b kat luar sana pun sama kan, mesti terasa sangat nak kahwin ni memang pakai duit banyak. Makanya menyimpan duit adalah cara yang terbaik. 
 
Nanti bila dah kahwin dan ada anak, silalah buka akaun simpanan untuk anak cepat-cepat ya. Macam Amy, anak Amy lepas habis pantang Amy dah buka akaun simpanan dan terus melabur dalam tabung pendidikan diaorang. Simpan pun bukannya banyak sangat, jadilah daripada tak ada langsung. Sebab simpanan pendidikan tu boleh pilih mana-mana syarikat insurans untuk simpan maksimum 17 atau 19 tahun kalau tak silap, maknanya simpanan tu nanti akan menjana pendapatan daripada simpanan kumulatif. Walau bagaimanapun, kena tengok juga kadar inflasi kat negara kita ni macam mana, sebab kalau inflasi makin menaik, nilai simpanan kita tu mungkin lebih rendah dari nilainya sekarang pada masa depan. Lepas tu ramai juga yang sedar yang emas merupakan menebat kenaikan inflasi dan maka sebab tulah makin ramai yang menyimpan emas untuk meningkatkan lagi nilai harta masing-masing yang tidak mudah digugat oleh inflasi.

Satu lagi, yang paling penting bayarlah zakat. Amy ni tak malu nak mengaku baru bayar zakat pendapatan. Daripada tak buat langsung (tak baik) sebab zakat itukan rukun Islam ke-4 untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Rasa lebih senang hati dan taklah rasa susah sebab pendapatan kita tu ada hak orang lain di dalamnya dan kita dah bagi kepada mereka yang sepatutnya menerima bahagian mereka itu.

Macam yang pernah Amy ceritakan sebelum ini, memang belanja kahwin tu tinggi, kalau dapat disimpan duit lebih awal, belanja ikut kemampuan, jangan membazir, buat yang termampu dan yang paling penting, majlis perkahwinan tu adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih memerlukan wang dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Makanya perancangan kewangan adalah penting untuk kegunaan pada masa akan datang.

Manalah tahu ada pembaca yang nak kongsi cara dengan kita di belog Amy ni berkenaan cara simpanan wang yang sesuai, silalah kongsi kat sini ya. Kita kongsi ilmu dan belajar untuk kemudahan pada masa depan.

Oklah, itu saja, mata pun dah mengantuk, jumpa lagi, selamat malam dan mimpi yang indah-indah, ok...

Selamat malam, semua :)

Amy PB2.

Sunday, June 26, 2011

PB: Kesabaran seorang isteri tiada tandingan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Saja nak tulis tajuk ni, sebab pusing sana sini, sabar itu adalah perlu ada pada seorang isteri, tak kiralah cuba sembunyi balik batu mana atau cuba berkurung di tempat kedap udara kat mana sekalipun, sabar perlu ada pada diri seorang isteri. NOKTAH.

Ya betul, seorang isteri sangat perlu mengasah kesabarannya dalam mengharungi hidup berumahtangga. 

Mungkin ada yang kata, eleh, asyik isteri sahaja yang mengalah, tapi suami tu asyik nak memang aja... Memanglah sabar itu ada tahapnya tetapi pada fikiran logiknya, seorang wanita a.k.a isteri a.k.a ibu itu adalah mahkluk Tuhan yang paling sesuai untuk diletakkan sifat kesabaran itu pada tahap yang lebih tinggi berbanding lelaki. 
Pada Amy pula, mungkin keupayaan mengandung dan melahirkan itu merupakan tanda aras yang paling tinggi untuk keletakkan sifat sabar itu paling sesuai untuk dipikul oleh wanita. Mungkin pembaca ada pendapat lain, mungkin boleh kongsi dengan Amy.
 
Bukan apa, pada Amy masa berkawan memang semuanya indah, tetapi bila dan nikah, dah tidur sebantal dan buat banyak benda bersama-sama, kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing akan mula terpancar dengan jelas sekali. Bila dah kahwin, no turning back, unless it cannot be accepted and being tolerate anymore.
Jadinya, seorang wanita yang nak mengakhiri zaman anak dara tu perlu belajar lebih lagi mengenai hidup berumahtangga. Sebabnya nanti bila dah lalui sendiri, tidaklah terperanjat dan tak akan kata, kalau tau nak jadi macam ni ... habiskan ayat tu sendiri ok...
Oklah, Amy nak mandikan anak, lain kali kita sambung lagi ya,

Babai ladies... ;)

Friday, June 10, 2011

PB: Pakaian seksi untuk SUAMI... baca dgn fikiran positif ya...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

SUMBER: DI SINI

P/S: Sebelum membaca artikel ini, kita sematkan dalam hati untuk ambil yang positif ok.. ini untuk yang SUDAH KAHWIN SAHAJA OK, DIULANGI, UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA.. tksh... ;) sebab banyak pendapat yang berlainan berkenaan hal ini... :) ingatan untuk Amy juga ..wink ** wink**

Pakaian seksi untuk pasti suami puas
Oleh Hazwan Faisal Mohamad

2011/06/10

pix_gal0
Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam. 
 
***************************
Ambil yang positif yer... ;)

Friday, May 20, 2011

PB: Persiapan Menjadi Seorang Isteri

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Assalam semua,
Selamat sejahtera pada hari Jumaat yang indah ini.
Amy tergerak hari ini untuk mencari maklumat tentang persiapan menjadi isteri kepada sang suaminya. Lalu Amy terjumpa artikel ini.
Kredit kepada : http://www.iluvmama.com/perkahwinan-persiapan-menjadi-seorang-isteri/
isteri solehah11 Perkahwinan   Persiapan Menjadi Seorang Isteri
Mungkin ada di antara kita yang sering tertanya-tanya, bagaimana untuk menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca Al-Quran?.
Mereka ialah yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Secara asasnya, bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
Sangat bagus ilmu yang Amy dapat hari ini. Harap anda semua turut mendapat manfaatnya. Ingatan untuk diri kita bersama....
Salam Sayang,
Amy PB2.

Sunday, May 15, 2011

PB: Hiasan dulang hantaran gunakan riben sahaja - edisi simple tapi elegan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,
Alhamdulillah tadi selesai sudah majlis pertunangan adik ipar Amy dengan kekasih hatinya di Ampang. Syukur majlis berjalan dengan lancar memandangkan kedua-dua famili telah kenal satu sama lain dengan baik dan anak-anak telah lama berkawan. Sudah tiba masanya mereka disatukan dan insyaAllah tengah tahun depan majlis untuk menyatukan pasangan kekasih ini sebagai pasangan dengan ikatan yang sah.

Cuma apa yang menarik, ibu mertua Amy ingin menggunakan konsep simple dan elegan dengan menggunakan hiasan dulang hantaran menggunakan riben sahaja dan penggunaan hiasan minimalis dan dulang besi. Cukup ringkas tetapi membawa maksud yang terus terang, straight forward tak ada bengkok. Pada Amy sangatlah praktikal sebab selesai majlis selalunya hiasan-hiasan pada dulang hantaran biasanya sudah tidak digunakan. Mungkin untuk mereka yang kreatif boleh menggunakan semula barang tersebut untuk dijadikan barang hiasan di rumah tetapi berapa banyak sangat yang boleh direcycle semula untuk tujuan tersebut?

InsyaAllah kalau diizinkan Amy akan kongsikan gambar yang sempat diambil pada entry yang akan datang ya. Sebelum itu, nak juga ucapkan tahniah untuk Pi dan Huda atas pertuangan mereka. Tahun depan naik pelamin dan makan nasi minyaklah kita ya, insyaAllah... 

Semoga kalian sentiasa menjaga hubungan dengan baik dan hubungan ini akan direstui dan diberkati Allah sehingga akhir hayat. Semoga segala persiapan dapat dilakukan dengan baik dan dipelihara oleh Allah sepanjang tempoh pertunangan ini sehingga ke saat diijabkabulkan, amin...

Friday, April 8, 2011

PB: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Oh, ya, Amy nak kongsi entry ni untuk sesiapa yang mungkin memerlukannya. Mungkin tak sesuai untuk semua orang, kalau boleh ubah suai mana yang patut yang sesuai dengan budget anda ya... 

PB2: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin

Salam semua,

Oleh sebab ramai juga yang bertanya, saya buat entry khas untuk buat budget tunang/kahwin secara ringkas ya. Jumlah akhir semuanya tertakluk kepada budget masing-masing ok. Kalau ada lebih, tambahkan mana patut, kalau kurang budget, kurangkan kat mana yang boleh tau.

Bila sudah ada pasangan dan telah sama-sama bersedia dan bersetuju untuk menirikan rumahtangga, anda perlulah merancang seperti di bawah ni:

1.Cari tarikh majlis yang sesuai cepat-cepat.
Orang sekarang ada yang tempah dewan setahun awal dari tarikhnya tau. Sebab takut tak boleh buat pada masa tu disebabkan orang lain dah tempah dulu. Kalau lambat, susah nak buat perancangan untuk benda-benda lain nanti.

2. Belanja makan/kenduri:
Kira ikut kepala. Katalah RM 10 sekepala x jumlah tetamu yang nak datang majlis kita. Ini kos untuk katering ya. Kalau 1000 orang (RM 10 x 1000 orang = RM 10,000).

3. Maskahwin / wang hantaran:
Mas kahwin = Ikut negeri / suka hati nak beri berapa / ikut kemampuan diri. Kalau tak silap sekarang wang hantaran RM 10,000 tu standard kot. Tapi ikutlah, kalau tak mampu, cakap siang-siang. Tetapi pihak lelaki kalau dah ada pasangan dan nak berkahwin, cepat-cepat simpan duit tau untuk masuk meminang. Takut kalau tak mampu, nanti kena tolak pula pinangan tu. Tapi jangan salah faham ye, wang hantaran tu selalunya untuk orang-orang biasa macam kita ni akan digunakan untuk beli set bilik tidur, bayar duit makan kenduri dan bayar oakej kahwin tau. Kalau ada lebih barulah pengantin ambil atau diberikan kepada ibu bapa untuk bayar apa-apa yang patut.

4. Belanja hantaran:
Tentukan berapa banyak dulang hantaran nak beri sama ada 5 (lelaki bg perempuan) vs 7 (perempuan bagi lelaki), 7 vs 9 atau 9 vs 11 dulang. Barangnya bagi yang termampu dek badan. Kalau nak bagi yang best-best, tiap-tiap bulan kena beli satu atau dua barang selepas bertunang (Kalau masa tunang anda panjang. Kalau singkat tempoh pertunangan, kena sediakan duit secukupnya ya dari awal.)

5.  Pakej kahwin untuk baju, makeup, pelamin, khemah, kos makan beradap, kompang, sound system dll
Ada yang semurah RM 250 (itu pakej tunang yang saya buat) dan ke atas. Mungkin ada yang murah lagi tapi kena tengok. Kalau tak mahu pakej, masih ada masa panjang untuk buat sendiri dan anda kreatif, lebih baik. Tetapi banyak kerja yang perlu dibuat dari awal. Rujuk majalah perkahwinan contohnya Majalah Pengantin boleh membantu anda. Baca selalu/beli secara bulanan untuk tambah ilmu atau tanya kepada mereka yang arif.

6. Cenderahati untuk tetamu majlis anda.
Ini terpulang kepada budget yang anda ada. Ada yang semurah RM 2 ++ ke atas untuk seorang tetamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis anda.


7. Belanja untuk pergi ke rumah pengantin perempuan / lelaki - kos minyak, penginapan, makan, duit poket dll yang perlu.
Kalau majlis jauh, mungkin kena sediakan bas untuk mudahkan pergerakan saudara-mara. Kena fikirkan juga tempat menginap kalau jauh. Semuanya perlu difikirkan awal dan tempahan awal perlu dibuat.

8. Kad jemputan kahwin.
Cari yang ekonomi. Selalunya kalau buat 1000 keping kad lebih murah dari 500 kad. Tetapi terpulang kepada jumlah jemputan dan jenis kad kahwin yang anda nak. Banyak sekarang ni kad kahwin ekonomi di pasaran. Jangan membazir kepada benda yang selalunya tidak akan disimpan selepas majlis selesai.

9. Kos makan-makan kalau buat majlis lebih dari sehari.


10. Kos berbulan madu.
Ini penting juga. Kalau tak ada banyak budget, pergilah hotel-hotel yang mampu untuk mengecapi bulan madu anda. Jangan lepaskan peluang ini yang sangat manis untuk dilalui pada awal waktu perkahwinan.

11. Kos-kos kontigensi

12. Kos memulakan hidup baru

Kos untuk memulakan hidup baru. Ini selalu orang overlook. Hanya pentingkan persiapan kahwin je. Padahal inilah fasa permulaan untuk bina hidup baru untuk anda berdua. Dinasihatkan masa mula kerja kumpullah sikit-sikit harta contohnya beli TV, radio, sewa rumah dll untuk kemudahan kahwin nanti ya. Tetapi biarlah ikut kemampuan juga.

Rasanya ini sahaja yang saya dapat kongsi, mungkin ada sesiapa nak komen atau tambah lagi, boleh tinggalkan komen kat sini supaya kita boleh share ramai-ramai. Kongsi ilmu ya.

Salam sayang, Amy PB2.

Wednesday, March 16, 2011

PB: Dilema Bakal Pengantin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Nak buat persiapan ikut kemahuan sendiri ke ikut kemahuan orang lain, terutama ibu kita? 

Hm, ini satu topik yang Amy sendiri pernah lalui. Kita nak buat majlis kahwin sederhana, ibu nak besar-besaran, padahal budget "ciput"... Haha, memang banyak "pergaduhan" yang berlaku antara Amy dengan mama, alih-alih tidak mahu dilabel sebagai anak durhaka, ikutkan aja cakap ibu kita.

Susah sebenarnya bila kita berada dalam keadaan ini. Tapi untuk selamat, ikutkan ajalah, sebab kalau melawan kan tak baik. Tapi rasanya zaman sekarang ni ramai yang suka buat keputusan sendiri, rombongan merisik lagi anak-anak sudah ada jawapan majlis bila, berapa hantaran, mas kahwin, yang ibu bapa ni ikutkan aja lah... Aik, dah terbalik...  

Tapi bagus juga, sebab perbelanjaan/persiapan kahwin ikut kemampuan pasangan yang nak kahwin itu sendiri.Yang pasti, usahakan majlis berjalan lancar dan tidak membebankan bakal pengantin baru di kemudiaan hari.

Jaga diri dan salam sayang,
Amy PB2.

Friday, February 18, 2011

PB: Kalau bijak membeli...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Untung sebenarnya beli barang kahwin ni banyak-banyak iaitu ikut keperluan kita berapa banyak nak pakai. Sebab barang yang kita beli tu secara tak langsung melibatkan:

Duit minyak / tiket tren komuter/lrt/monoreil
Tol yang perlu kita bayar
Kos makan minum
Masa yang digunakan
Tenaga yang digunakan (dah balik umah mesti penat dowh)

selain daripada duit yg kita gunakan untuk beli brg2 tu tadi.

Satu lagi, kalau beli banyak/pukal/borong dari penjual, insyaAllah boleh dpt diskaun sebab beli byk. Kalau beli sikit susahlah sikit kan? 

Satu lagi kalau kita beli barang di kedai yang sama selalu (untuk mana-mana barang yang boleh lah yer) boleh juga dpt kurang sebab dia tengok kita ni mcm regular customer dia... tp kalau dia bagi harga fixed price tak untung juga.

Kalau pandai cari barang murah tapi cantik lagi bijak... Sebenarnya topik ni tak berapa juga sesuai untuk mereka yang tiada masalah dalam hal kewangan sebab mereka mampu nak beli apa shj yg mrk nak, tp kalau dapat berjimat apa salahnya kan?

Sangat untung untuk b2b kat luar sana yg masih punya masa yang panjang untuk buat persiapan kahwin. 

Kalau boleh janganlah BERTANGGUH BUAT KERJA. Sebab nanti tak siap-siap kerja sampailah hari majlis tu nanti. Time management is very important...

Tuesday, February 15, 2011

PB: Nak rumah kita jadi perhatian tak?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Kalau nak rumah kita jadi perhatian Dia, amalkan membaca kurang-kurang satu baris ayat dalam kitab suci Quran dalam sehari, rumah kita akan terlihat seperti terang benderang dari rumah yang tiada seorangpun penghuninya membaca Al-Quran. Lagi bagus kalau baca banyak ayat kan? kelebihan-membaca-al-quran fadilat baca alquran
Sempena hari keputeraan Pemimpin Agung Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam hari ni, marilah kita hidupkan kembali amalan Rasulullah yang mungkin dah lama kita tinggalkan untuk manfaat di kemudian hari.
Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah "Rasulullah dalam mengenangmu, Kami susuli lembaran sirahmu, Pahit getir perjuanganmu, Membawa Cahaya kebenaran Rasulullah kami umatmu, Walau kita tak pernah bersua, Tapi kami tak pernah kecewa, Allah dan Rasul sebagai pembela... p/s: Sedang mencuba kembali secara istiqomah untuk baca kitab itu seperti dulu-dulu...;)

Saturday, February 12, 2011

PB: Nak kahwin dengan siapa?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Dah 2, 3 hari ni asyik terfikir pasal topik ni. Baru ada kesempatan nak tulis. 

Nak suami handsome ker? Banyak duit ker? Suami yang popular ker mcm footballer ker? Hm, tak kisahlah labu, pilihlah sesiapa sahaja
...... ............................................................................................................................................................................................................ 

ASALKAN BOLEH MEMBIMBING ANDA DUNIA DAN AKHIRAT dan 

BOLEH TERIMA KITA SEADAANYA.

"ASALKAN BOLEH MEMBIMBING ANDA DUNIA DAN AKHIRAT" ini umum sangat dan terlalu banyak maksudnya tapi bagi Amy, kesimpulannya:

yang tahu pasal tugas/tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Bukan nak takutkan tapi nak kahwin memang kena ada ilmu cukup. Tau siapa yang perlu cari nafkah, macamana nak layan isteri, macamana nak layan anak, kena sediakan apa untuk keluarga dan berbuat baik kepada semua ahli keluarga.
Sama juga isteri kena tahu segala tanggungjawab dia. Hm, terlalu banyak untuk dipelajari. Tapi asasnya, buatlah segala apa yg ibu suruh kita buat. Contoh, kemas rumah, memasak, sidai baju, angkat baju, jaga adik... hm, dan macam2 lagilah. Semua tu latihan untuk kita hadapi sendiri rumahtangga kita nanti.

Tak kira laki ke perempuan, jangan malas dan ikut apa yang ibu kita cakap. Memang penat, mengantuk, tak larat, nanti dululah, dan macam2 lagi, bila ibu suruh kita buat kerja... tapi itulah sebenarnya yang Amy rasa bila dah kahwin. Rupanya mama nak ajar Amy macamana nak jadi ibu/suri nanti hehehehe.

Paling Amy tak lupa, 'kalau malas masak, jangan makan!!!!'

"BOLEH TERIMA KITA SEADAANYA" = sanggup lalui suka duka dan boleh bersabar untuk perubahan yang lebih baik. Nampak simple tapi bila dah kahwin nanti baru tau apa yg Amy katakan ni... Jadinya, show ur true colours. Kalau nak kita, ...jalan..., tak nak, selamat jalan romeo... ;)

Jom kita fikir falsafah ni... (iyer ker???). Kalau tak faham, tutup page ni... ;)

Nite nite!

Thursday, February 3, 2011

PB: Bulan madu aka honeymooning ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ha, ini satu topik menarik untuk Amy kongsi dgn pembaca kat luar sana. Amy tau ramai yang memang pengantin budget, maklumlah brg sekarang semuanya mahal. Dengan RM50 tak dapat beli apa pun, nak dating dgn pakwe / tunang / hubby pun habis untuk minyak dgn nak masuk tandas jer, kalau nak makan minum, hm, kalau makan kat mamak cukuplah kot, tapi itulah sekali mkn jerk, kalau makan tandori tak cukup RM 50 tadi tu. Betul tak? 
Jadinya, takkan budget sikit bila kahwin tak pergi bulan madu kot? Mesti ada caranya kan? Dan, kalau kahwin mesti pergi bulan madu tapi kalau duit tak cukup, macam mana yer?

Ok, ini tips Amy, Pergi juga bulan madu tapi pergi saje ke hotel-hotel yang dekat dengan kawasan anda. Hotel 3 bintang pun tak apa, 2D/1N pun tak per...

    Source: Mr. GOOGLE
 
Contoh, kalau di KL, cubelah pergi Swiss Garden ker, Federal Hotel ker? Seri Cempaka ker.... (ops, saya bukan ejen hotel ya... cuma menyebut beberapa hotel yang dirasakan lepas budget yang sememangnya budget tu...;) )
Kalau kat Melaka pergilah Seri Costa Hotel Resort, Naza Tallya Hotel ker? 

Bukan apa, untuk pasangan yang baru berkahwin, memang patut pergi honeymoon ikut kemampuan masing-masing. Masa nilah nak kenal hati budi pasangan kita dan menikmati detik-detik awal perkahwinan yang tak akan sama selepas dah lama kahwin. Excitement dia lain tau... Tak percaya? Ha, cepat-cepat kahwin (cara yang baik yer ... :) dan pergilah berbulan madu seawal boleh selepas majlis anda selesai. 

Untuk yang lebih mampu, tak salah untuk pergi ke tempat yang memang menyediakan pakej bulan madu untuk pasangan baru kahwin, tempat yang cantik-cantik dalam negeri atau kuar negeri. Yang penting, tepuk dada, tanya poket dan mampu kita buat. Jangan sampai seksa diri pulak ya.

Selamat merancang untuk berbulan madu... Teringat Amy Search.. Fantasia Bulan Madu.. (tapi nak gi bulan tak tercapai akal ku pulak ;)
P/s: Amy pun dulu honeymoon di salah satu hotel di JB lepas majlis di Kluang, belah hubby .:). Janji honeymoon. ;P

Wednesday, January 5, 2011

PB: Tips baru kahwin: Sedia ke jadi ibu bapa atau bunting pelamin?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Apa khabar semua esp b2b luar sana? Tahniah diucapkan buat pasangan yang dah selamat diijabkabulkan... Kepada pasangan yang masih mengira detik dan harinya, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat ya.
Topik hari ini, mungkin agak sensitif untuk dibicarakan secara terbuka, tapi jadikannya sebagai ilmu ya. Bukan apa, Amy adalah salah satu daripada pasangan yang Allah berikan anugerah bunting pelamin dan mengandung sekali lagi untuk anak kedua apabila anak pertama baru lagi 9 bulan. Hm, camno tu, misti terkejutkan?
Itulah apabila dikatakan ilmu untuk berumahtangga itu penting. Bukan hanya excited untuk membuat persiapan serba sempurna dan menanti dengan debar untuk melayari malam pertama, tetapi juga kena fikirkan implikasinya jika malam pertama itu Allah anugerahkan terjadinya zuriat. Semuanya pasti akan terkejut dan di sinilah menuntut ilmu dari mereka yang lebih tua (dengan cara yang baik) sangat-sangat diperlukan.
Ialah, bila baru kahwin, kita masih baru lagi untuk mengenali pasangan kita. Walau lama mana pun kita bercouple dengan bf/gf kita, semuanya tak sama bila kita dah jadi suami isteri... Banyak lagi yg perlu kita belajar the true colours about our partner.
Oklah, itu jerlah untuk kali ini. Kalau nak tau banyak lagi, kena tanya mereka yang pakar ok dan dgn cara yang elok. Kalau ditanya elok-elok, insyaAllah mereka yang pakar sanggup untuk berkongsi ilmu dgn kita.
Jadi, apalagi, cari ilmu banyak2 ok, untuk persiapan kahwin nanti. Dah kahwin pun perlu belajar lagi sebab sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...
So, just nak promote buku ini, Untuk kali ini, Amy ingin memperkenalkan buku yang sangat elok untuk dibaca sebagai panduan sebelum dan selepas berumahtangga. Amy teringat sebuah buku: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, terbitan Pustaka Haji Abdul Majid. Buku ini mendapat ulasan yang bagus daripada ramai pembaca iaitu seperti di bawah:
Sumber: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2009/11/mutiara-perkahwinan-menurut-ajaran.html Sebuah buku yang mesti dibaca, difahami, dimiliki dan disimpan oleh setiap individu Muslim tidak kira peringkat umur sebagai panduan hidup sehari-hari. Ianya sangat besar manfaatnya kepada umat Islam sama ada individu atau masyarakat kerana kandungannya adalah untuk memimpin masyarakat Islam supaya mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya terutama kehidupan keluarga. Apabila kebahagiaan tercapai di dalam keluarga maka setiap orang dalam keluarga tersebut akan memperolehi ketenangan dan kesihatan mental. Hasil yang tertinggi yang dicapai ialah masyarakat kita mempunyai orang yang nyaman fikiran dan hati sanubari; oleh itu masyarakat akan menjadi aman, damai dan sejahtera. Kami akui buku ini amat baik dan paling lengkap sejauh ini yang membentang dan mengupas pelbagai perkara mengenai kekeluargaan dalam Islam. Tidak ada sebuah buku seumpama ini sebelumnya dalam Bahasa Melayu yang pernah ditemui. - Penerbit KANDUNGAN BAB 1 A) Kedudukan Wanita Di Dalam Masyarakat B) Keluarga C) Perkahwinan Menurut Pandangan Islam BAB 2 Pinangan BAB 3 A) Akad Nikah B) Beberapa Jenis Perkahwinan Yang Diharamkan BAB 4 Perayaan Menghantar Pengantin Perempuan Ke Rumah Peengantin Lelaki (Majlis Perkahwinan) BAB 5 Mandi Sunat Pada Hari Jumaat Dan Jangan Terlalu Kerap Bersetubuh BAB 6 Kelahiran Anak BAB 7 Pendidikan
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter