Showing posts with label hantaran ready made merah nyala oren lembut. Show all posts
Showing posts with label hantaran ready made merah nyala oren lembut. Show all posts

Sunday, September 14, 2014

PB: Bantal nikah kerawang (Bukit Tunku, PJ & Kampung Baru, KL - September 2014)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua,

Diam tak diam, berlalunya Syawal 2014, kini hampir menjelma Zulhijjah, bulan di mana ramai umat Islam menunaikan ibadah haji di Mekah. Ramai jemaah haji yang telah berlepas ke sana. Dalam masa yang sama, cuti sekolah pertengahan tahun 2014 pun sedang berlangsung sekarang kan? Makin banyaklah majlis kenduri-kendara majlis perkahwinan yang diadakan, ramai yang jelasnya mengambil kesempatan masa cuti ini untuk mengumpulkan sanak saudara dengan mengadakan kenduri majlis kesyukuran perkahwinan anakanda tersayang dan kaum keluarga masing-masing.

Jodoh dah sampai, ramai yang langsung ambil kesempatan mengadakan majlis mengikut kemampuan tersendiri. Amy nak ucapkan ribuan terima dalam kesempatan ini kepada kelaurga Pn. Rafziah yang sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy untuk anakanda tersayangnya di Masjid Bukit Tunku pada 6 September lepas. Selain itu, terima kasih juga kepada Cida Kampung Baru yang turut sudi menyewa bantal nikah kerawang Amy yangtelah digunakan di Masjid KLCC pada minggu lepas.

Semoga anda semua seronok duduk di atas bantal nikah kerawang tu. Dari pemerhatian Amy, pengantin memang tampak gembira dan cantik berseri dan menawan ketika bergambar dan menanti saat dijabkabulkan tempoh hari. Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke Syurga Firdausi, Amin.

Sayang selalu,

Amy PB2.



***Nota kaki: Amy masih lagi menyewakan mini pelamin bajet, gubahan hantaran ready made dan bantal nikah kerawang tu hingga kini. Harga semurah RM 10 hingga ke RM 450, bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan. Hubungi Amy di oi6-25i4647 untuk maklumat lanjut ya. Ataupun emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang informasi.***

Saturday, January 1, 2011

PB: Sale: Tahun Baru 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca belog Amy ni. Terima kasih juga kepada follower-follower yang semakin bertambah, alhamdulillah, terima kasih atas sokongan semua ye.
Semoga tahun baru 2011 ini memberikan kejayaan yang lebih banyak kepada kita dengan usaha-usaha yang dilakukan. Semoga menjadi lebih baik dari tahun lepas ek... dan semakin bahagia dengan keluarga dan bakal rumah tangga yang akan didirikan.
Untuk melengkapkan lagi permulaan tahun baru ini, Amy nak let go
RMH warna biru firus/turqouise klasik01 dengan
RMH warna merah nyala + orange lembut dengan harga RM1XX/satu set.
Kalau mahu Amy gubahkan, bayaran hanya RM2XX sahaja.
Satu set kedua-dua hantaran ready made tu ada:
5 bakul yang siap digubah &
2 atau 3 tangkai bunga dulang
(untuk barang-barang yang tak perlu diletak dalam bakul tu mcm kek etc...)
Siapa cepat dia dapat sebab Amy nak jual set ini dengan harga yang boleh dikatakan agak murah kepada sesiapa dulu yang mahukan set hantaran ini dengan segera ya...
Wait no more, request for this, and u will get it...
OK, semua, babai, jaga diri n sayang sokmo,
Amy, PB2.
1 Januari 2011 (010111)

Sunday, December 19, 2010

PB: SALE: Nak clearkan stock hantaran - sapa mau, lai lai ke depan....

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Dah petang-petang macam ni baru dapat nak tulis new post. Kena buat juga sebab Amy ada hajat yang sangat besar iaitu untuk melegakan ruang bilik simpanan barang-barang untuk buat hantaran dengan membuat SALE: JUALAN CLEARENCE HANTARAN...
Serius ya pembaca semua... Saya harap sesiapa yang nak buat hantaran untuk tunang / nikah yang masih tak tau nak cari kat mana untuk buat hantaran anda, silalah hubungi Amy unyuk maklumat lanjut. Stok yang tinggal hanyalah:
Ready made hantaran merah nyala oren lembut
, dan 
Ready made Hantaran turqouise classic / biru firus...

Hantaran Purple White/ Ungu putih (SOLD OUT) telah dan sedang disiapkan untuk Azwa dari Gombak yang mahu digunakan pada Januari 2011. 

So, sesiapa yang nak dapatkan best deal ini, sila hubungi Amy segera. Pat Pat Nyer Nyer, siapa cepat dia punya, OK!..
Salam sayang, 
Amy PB.
 

Sunday, July 11, 2010

PB: Hantaran Ready made: Merah nyala + oren lembut

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua, sihat? Ini ada lagi entri tentang Pakej Hantaran Ready Made warna merah nyala + oren lembut...
*
*
Pakej mengandungi:
5 dulang hantaran + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang
Harga: Termurah di KL dengan kualiti yang dijamin.
Jika berminat/untuk mengetahui harganya, sila email ke pengantinbudget2@gmail.com atau telefon/sms ke 016-251.4746 (Amy)
Membantu anda menyiapkan keperluan hari bahagia anda pada harga yang berpatutan.
Enjoice!
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter