Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, July 14, 2014

PB: Salam Ramadan, Salam Nuzul Quran.... Moga kita mendapat barokahnya!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~


As salam semua,

Tiba kini bulan Ramadan yang penuh mulia dan bertaburan pahala amal kebaikan yang Allah kurniakan, bagi sesiapa hambaNya yang berusaha untuk mengutipnya. InsyaAllah.

Tahniah buat pasangan yang sudah selamat mendirikan rumahtangga dan semoga berjaya untuk bakal pengantin yang bakal menikah, mungkin selepas raya ni kan... Selamat beramal, banyakkan bersabar dan semoga sentiasa dipelihara Allah, insyaAllah, amin.

Jaga diri, keluarga dan tetapkan iman kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Sayang selalu,

Amy PB

Sunday, July 22, 2012

PB: Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan Ramadhan...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Alhamdullilah Allah beri kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pahala yang lebih dari 11 bulan yang lain, Ramadhan yang mulia.

Sudah pasti b2b di luar sana yang mungkin sibuk membuat persiapan untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan pada hari raya nanti, tak menang tangan ya. Persiapan buat juga, peluang untuk merebut sales dari Allah ni pun kalau boleh jangan lupa untuk direbut ya. Kiranya ini merupakan Ramadhan terakhir bergelar anak dara ibu dan ayah anda, sebelum bertukar status kepada isteri bakal suami anda nanti.

Pasti lain keadaannya nanti sebab ketaatan kepada suami adalah melebihi daripada ketaatan kepada ibu bapa seperti sebelum ini. Suami lebih perlu diutamakan dulu dan selepas itu barulah kepada ibu bapa kita. Selagi ada waktu ni, tuntutlah sebanyak mana ilmu rumahtangga untuk menghadapi saat baru itu. Semoga anda beroleh petunjuk dan redha ibu bapa anda dalam melayari bahtera perkahwinan nanti.

Rajin-rajinlah tolong ibu di dapur menyediakan sahur, juadah berbuka puasa, mengemas rumah dan apa sahaja yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu dalam bulan Ramadhan ini, sebagai latihan terakhirlah boleh dikatakan sebelum tiba detik bersejarah anda nanti.

Doa banyak-banyak dan mohon supaya semuanya akan berjalan lancar dan agar pilihan kita nanti akan dapat membimbing kita ke jalan yang Allah redhai.

Semoga persiapan kahwin/tunang anda dapat dijalankan dalam keadaan sederhana dan mengikut bajet anda dan yang penting tidak membebankan/membazir. Amy doakan agar semua pasangan yang ingin berumahtangga nanti akan sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu serta bahagia hingga ke syurga akhirat, Amin.

Jaga diri dan salam sayang,

Amy pengantinbudget2.
2 Ramadhan 1433 Hijrah/22 Julai 2012

Monday, August 16, 2010

PB: Ramadhan Al-Mubarak!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ahlan wa sahlan Ramadhan....

Sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa, Amy nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yer... Kepada bakal-bakal pengantin yg bakal naik pelamin tu, belajarlah selagi boleh ilmu-ilmu rumahtangga selagi ada masa ni sebagai persiapan diri, mental dan fizikal.

Jaga diri yer dan buat persiapan perlahan-lahan sebelum hari bersejarah anda tiba...

~Amy, Pengantinbudget2~
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter