~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat malam semua,
Pasti
ramai yang nak kahwin, tapi belum cukup duit untuk buat persiapan
kahwin besar-besaran macam majlis Lisa dan Yusry atau apatah lagi nak
tiru majlis kahwin anak salah seorang tauke kereta mewah Bumiputera yang
tersohor di negara kita yang memakan belanja hampir juta ringgit dalam
suasana yang gilang gemilang kan? Tapi kalau dapat jodoh dengan orang
yang betul-betul berduit tak jadi masalah, yer tak? Cuma kalau pasangan
kita dan kita sendiri cukup-cukup untuk keperluan sendiri dan terpaksa
ikat perut untuk mengadakan persiapan kahwin, memang menyeksakan pada
mulanya.
Jenuhlah
nak tunggu habis hutang (ini kalau berhutang dengan bank untuk buat
belanja kahwin) atau selalunya tunggulah dalam 5 hingga ke 10 tahun
lepas kahwin, baru hutang kahwin tu dapat dilangsaikan, betul tak? betul
tak? Anak dah berderet,hutang baru habis... Adoyai.... Ini serius ya,
bukan main-main sebab hantaran pun sekarang melebihi RM 7000, barang hantaran, belum masuk belanja makan , mak andam dan lain-lain...Memang
banyak nak pakai duit.. Ini belum kira keperluan kewangan untuk
kehidupan lepas kahwin pulak... Adush, pening kepala kalau duit tak
cukup untuk tampung semua tu...
Kalau
ikut hukum Islam pun, kita perlu mengadakan majlis kenduri untuk
mewar-warkan bahawa pasangan si polan dengan si polan telah diijab
qabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Jangan pulak nanti Badan
Pencegah Maksiat datang serbu pulak sebab jiran-jiran tak tau yang
pasangan tu sebenarnya dah kahwin, tak ke haru nanti dibuatnyakan?
Lagipun perkara baik, baik untuk dihebahkan, betul tak?
Cukup dengan mengadakan kenduri jamuan ikut kemampuan asal dapat menyampaikan maksud tentang menghebahkan perkahwinan tersebut.
Tetapi jaman sekarang ni ya tuan-tuan
dan puan-puan, konsep seperti itu tidak dipandang dengan cara
sederhana. Ialah kita faham juga ramai saudara-mara nak dijemput, rakan
taulan, jiran-jiran dan satu kampung/taman ingin dijemput untuk tujuan
tersebut. Tapi kalau ikutkan omputih, paling ramai pun 300 ke 500 orang
jemputan jer kot? Sebab mereka ni mungkin tak ada keluarga besau macam
kita orang Malaysia kot! huhu... Kita pulak tak mahu ada yang berkecil
hati sebab tak dijemput, betul tak?
Tak
kisahlah, walau macam mana pun, buatlah majlis perkahwinan anda tu
nanti MENGIKUT KEMAMPUAN POKET ANDA DAN PASANGAN YA DAN IKHLAS.... Amy
sangat kagum dengan Ally Iskandar dan isterinya sebab sempoi sungguh
majlis kahwinnya dulu dan insyaAllah mereka tu nampak bahagia jerk.
Mungkin berkat tiada pembaziran, buat ikut cara yang sepatutnya terus
mendapat barokahnya... Cemburu jer tengok hehehe...
Apapun, baru sekejap tadi Amy terima
komen dari seorang pembaca tentang pelamin mini bajet yang Amy tawarkan
yang dikatakan seperti diletak-letak sahaja. Tak apalah, terima kasih
kepada saudari/saudara yang memberi komen tersebut. Amy kat sini tak
paksa pun sesiapa untuk gunakan khidmat Amy kalau dirasakan tak sesuai
dengan selera masing-masing. Amy buat ikut kemampuan Amy sebagai bekas
pengantin bajet yang telah berkahwin hampir 8 tahun lepas.
Alhamdulillah.... tiada paksaan, adatlah ada yang suka dan ada yang tak
suka. Dan bagi yang suka mereka ambil khidmat Amy dan mereka berpuas
hati dengan khidmat Amy.
Ialah,
fokus Amy pada pengantin bajet, jadinya orang yang besar bajetnya
bolehlah cari pakej yang lebih cantik dari Amy... Neway terima kasih
atas sokongan anda semua yang tak jemu-jemu lawat blog Amy. Amy kira
ramai juga yang suka baca kot posting Amy ni, sebab banyak juga hits
yang Amy dapat setiap hari, walaupun tak sebanyak mana kalau nak
dibandingkan melebihi 500 orang pelawat sehari, dah cukup syukur Amy
rasakan. Memang banyak persaingan kat luar sana, tapi Amy percaya rezeki
tu dari Allah dan turut bergantung kepada usaha kita kan?
Akhir kata, sudi-sudikanlah komen
kalau anda tak puas hati atau berpuas hati dengan khidmat Amy ataupun
posting Amy ni... Kalau ada kekurangan minta maaf lah yer... Macam
manapun, Amy akan mempertingkatkan lagi hasil kerja Amy ikut kemampuan
Amy sebagai part timer dalam bidang ni. Banyak yang Amy belajar dan
masih belajar lagi ni... Semoga mendapat berkat dari Yang Maha Esa dan
semoga anda semua diberikan kebahagiaan yang dicari yerk!...
Oklah, jaga diri and nite nite k!
Salam Sayang,
Amy PB2.
No comments:
Post a Comment