Saturday, June 16, 2012

PB: Pakej Goodies Pengantinbudget2... Mari-mari...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy kini menawarkan kepada anda semua pilihan menarik untuk menyediakan goodie gift kepada tetamu majlis anda. Silalah browse through gambar di bawah dan harganya ada pada gamabr yang terakhir. Siapa berminat, sila hubungi Amy segera ya. 


Salam sayang,
Amy PB2.

PB: Sewa bantal nikah berkaki kerawang Siti (Rawang), Tia (Penang) & Adry (Jelatek)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,  

Dah lama Amy tak update blog ni. Maklumlah sebab Amy buat kerja pengantinbudget ni separuh masa, makanya kerja di pejabat yang biasalah yang tak pernah habis dan keadaan diri yang semakin chooomelll ke depan :) membuatkan kerja kemaskini menjadi semakin tak ada masa nak buat.

Sebelum Amy terlupa, Amy nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan bantal nikah berkaki kerawang yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengantin, terutama yang memikirkan untuk menjimatkan wang untuk persiapan kahwin, khususnya mereka yang tidak mahu membuat mini pelamin untuk tunang atau nikah.

Sebabnya, bantal ni dah memang nampak elegan, dan tinggi dan dua pengantin boleh duduk bersila atas tu. Unik sungguh, syukur, dapat dipertemukan dengan bantal yang elegan tapi ringkas ni.


Bantal nikah/tunang  yang boleh menjimatkan duit untuk mini pelamin. Bantal ini sahaja cukup dihiasi dengan bantal-bantal kecil keliling untuk dapatkan imej mini pelamin yang ringkas tapi penuh makna. Kalau berminat nak sewa, hubungi Amy segera ya.

Siti Rawang
Terima kasih Siti (Rawang) yang mengatakan dia buat majlis tunang simple saja, makanya buat mini pelamin sendiri, hanya sewa bantal ni dan bantal hiasan kecil merah tua Amy untuk mnghiaskan tempat sarung cincinnya.

 Tia (Penang)
Jauh berjalan bantal Amy ni, dah sampai ke Penang dah. Amy sangat kagum dengan semangat Tia yang sanggup datang ambil dan hantar bantal tu all the way from Penang-KL-Penang-KL untuk menggunakan bantal kaki kerawang yang unik ni. Tksh banyak Tia. Tia kata, dia dengan suaminya boleh duduk bersama atas bantal tu lepas nikah... Boleh bayangkan bantal tu memang besar kan? Dan dijamin selamat, sebab ada juga yang takut jatuh sebab takut bantal tu tinggi. Sebenarnya bantal tu tak tinggi sangat, cuma dalam sejengkal sahaja.... :) Cuma kalau ada b2b yang tinggal jauh dari KL nak sewa bantal ni, selalunya Amy akan ambil safety deposit yang tinggi ya di samping harga sewa.

Adry (Jelatek) 
Tahniah Adry dan suami. Sebenarnya Adry dah tempah bantal nikah lama sangat, kak Amy doakan agar semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang ya. Tksh banyak dearie...

Baiklah, itu saja untuk kali ni, nanti Amy akan cuba update persiapan kahwin yang Amy tolong buatkan untuk adik ipar Amy insyaAllah pada minggu depan di Kluang dan Singapore. Semoga segalanya berjalan lancar sampai jumpa lagi, jaga diri baik-baik dan Amy sayang semua!!

Love,
Amy PB2.

Monday, May 21, 2012

PB: Gubahan hantaran hijau epal Farhan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang semua,
Syukur Amy dapat siapkan 7 dulang hantaran untuk Farhan berupa:

1. Bekas cincin & mas kahwin
2. Jam tangan
3.Sejadah & kain telekung
4. Sepasang kasut
5. Beg tangan
6. Mandian dan wangian
7. Tuala

Gubahan hantaran hijau epal

Amy menggunakan raga dan kombinasikan warna hijau lumut, putih dan coklat untuk menaikkan gabungan warna-warna tu. Selain itu Amy selitkan juga sedikit warna merah menggunakan bunga-bunga kecil supaya nampak kontrasnya.

OKlah, semoga dapat memberi inspirasi kepada b2b di luar sana yer. Kalau ada yang berminat dengan hasil kerja tangan Amy ni, sila hubungi Amy segera untuk maklumat lanjut ok.

Salam sayang,

Amy PB2.   

Saturday, May 12, 2012

PB: Bantal nikah ke Rawang dan Gubahan Hantaran Hijau Muda Farhan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah, sebelum nak tidur ni (aduhai, terjaga pulak pagi-pagi ni :)), insyaAllah esok ada dua perancangan besar Amy iaitu beli barang hantaran bertemakan hijau muda untuk Farhan dan menghantar bantal nikah untuk disewa oleh Siti. Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin...

  
Antara kombinasi warna yang sedang difikirkan untuk hantaran tema hijau muda tu... hm...

 
Persiapan Pengantin Budget juga akan melebarkan sayapnya dengan menawarkan perkhidmatan door gift affordable untuk bakal pengantin. Amy akan update soonest possible, (God Willing)... Apa yang pasti, harganya berpatutan dan boleh dibuat mengikut tema majlis anda. 

Tunggu ya... dan terima kasih banyak atas sokongan anda semua... 

Sweet Dreams + nite nite...

Amy PB2.

Thursday, May 10, 2012

PB: Contoh gubahan hantaran bunga plastik tema kuning biru

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam,

Amy nak kongsi dengan anda semua contoh hantaran yang sedang Amy siapkan untuk kenduri keluarga Amy nanti tengah tahun ini. Ada 9 dulang semuanya, ada beberapa gubahan yang dah siap, tapi Amy nak biarkan majlis berlalu dulu, nanti Amy akan postkan kat sini kemudian. 

 Gubahan baju pasang

Gubahan baju pasang ini disertakan sekali dengan rantai labuh tembaga sebagai hiasan. Amy gunakan riben besar satin biru dan dihiaskan dengan bunga kuning dan biru beserta manik putih dan biru. Mungkin b2b di luar sana boleh dapat ilham untuk gunakan warna ni untuk tema majlsi perkahwinan anda nanti.

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Amy untuk gubahan hantaran bajet anda, sila emailkan kepada sebarang pertanyaan lanjut ya.

Salam sayang + selamat malam semua!

Amy PB2.

Monday, May 7, 2012

PB: Sewaan bantal nikah kaki kerawang Molly dan Ati & gubahan hantaran bakul Farhan (coming, insyaAllah)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Hari ni hujan, kalau ikutkan hati "rajin" benau nak gi kerja. Nasib baik ada en suami yang sedia kejutkan pagi tadi, kalau ikutkan nafsu yang bergelora ni, mau sambung tidur kan... hehehehe...
Apapun, semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam dan anda semua dapat selesaikan apa sahaja tugas yang ada hari ini dengan jayanya ya.

 Terima kasih Amy ucapkan kepada Molly atas sewaan bantla nikah berkaki kerawang, bantal nikah lelaki dan carpet bulu untuk majlis nikahnya minggu lepas.


Begitu juga Ati yang baru sahaja bergelar raja sehari pada Jumaat lepas dan selamat melaram dengan bantal nikah berkaki tu. Alhamdullilah, semoga anda berdua dan pasangan sentiasa bahagia dan diberkati Allah.
InsyaAllah kalau tak ada aral, Amy akan gubahkan hantaran bakul untuk Farhan sebanyak 7 dulang untuk Mei ini. Amy akan update bila selamat gubah hantaran tu ya.

Kalau ada sesiapa yang inginkan sentuhan Amy untuk gubahan bajet hantaran anda, silalh email kepada pengantinbudget2@gmail untuk maklumat lanjut.

Tempahan bantal nikah berkaki kerawang, bantal nikah lelaki masih dibuka untuk bakal-bakal pengantin di luar sana yang inginkan kelainan untuk majlis anda nanti ya.

  Until then, do take good care, pray hard and be happy always. Smile always and lots of love,

Yours sincerely,
Amy Pengantinbudget2...
 

Monday, April 30, 2012

PB: DIY Gubahan sirih junjung klasik

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Kali ni Amy nak kongsi cara-cara bagaimana hendak menggubah sirih junjung ringkas mengikut kemampuan bajet masing-masing.

Amy akan gunakan kaedah bercerita cara-caranya dan kalau ada gambar dari en goooooogle Amy akan masukkan dalam skrip nanti k... hehehe..

Ä. Kita mulakan dari bahan-bahannya:

1. Bekas bunga untuk tampung sirih junjung
2. Span basah 
3. Lidi sate sebanyak yang diperlukan
4. Daun sirih dalam seikat atau 30-50 helai atau lebih, terpulang pada gubahan yang hendak dibuat
5. Bunga kapur, gambir dan pinang secukupnya
6. Dawai bunga saiz sederhana
7. Bunga hiasan ikut kegemaran masing-masing
8. Pencucuk pin tudung secukupnya (kalau boleh gunakan warna tema hantaran)
9. Aluminium foil secukupnya

B. Cara-cara membuatnya:
1. Basahkan span dalam air sehingga dirasakan span cukup tampung air yang diperlukan. 
2. Balutkan span tadi dengan aluminium foil supaya air tidak mudah tersejat dan sentiasa lembap untuk menyegarkan daun sirih. 
3. Bersihkan daun sirih dan sapukan dengan minyak zaitun kalau mahu dia berkilat, kalau tak mahu lap sahaja dah cukup
4. Kukuhkan span di dalam bekas bunga supaya tidak goyang dan jatuh dengan mudah
5. Susun daun sirih ikut kesukaan dan cucukkan dengan dawai serta susunkan keliling span tadi dan dimatikan dawai apabila sirih sudah memenuhi keliling span tadi. Susunkannya di bahagian bawah tapak sirih.




6. Lekatkan sirih secara menampal pada dinding span dan sematkan pin tudung pada daun tersebut untuk menutup aluminium foil sehingga ke pangkal gubahan
7. Hiaskan bahagian atas sirih junjung dengan bunga kapur, gambir dan pinang dan bunga-bungaan yang lain sambil diselitkan dengan gulungan daun sirih supaya kelihatan penuh (seadanya) di bahagian atas gubahan.
8. Kalau mahu lilitkan bunga melur di sekeliling bahagian bawah sirih junjung untuk menampakkan keklasikan gubahan tersebut.
9. Rajin-rajinkan siram/renjiskan air untuk menyegarkan daun sirih. Simpan gubahan tersebut jauh dari sinaran matahari untuk melambatkan daun tersebut layu.

Kalau lagi kreatif, boleh gubah dengan gaya tersendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang disebutkan di atas.

OKlah, itu sahaja, harap dapat kefahaman yang diperlukan untuk menggubah sendiri sirih junjung jika anda seorang yang suka mencuba. Kepada mereka yang tidak berani buat gubahan sirih junjung sendiri, Amy sedia membantu anda dalam menggubah sirih junjung tersebut.

Itu sahaja, jaga diri lovelies...
Amy pb2     






Wednesday, April 18, 2012

PB: Fina (Bantal nikah), Taman Melawati dan tarikh tutup sewaan bantal dan pelamin... sila baca ya darlings!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua...

Amy nak ucapkan terima kasih kat Fina kerana sudi sewa bantal nikah Amy untuk majlis nikah beliau pada 13 April lepas. Alhamdullilah Fina suka dengan bantal tu sebab tak perlulah dia duduk bersimpuh lama-lama macam duduk kat atas bantal nikah biasa. Kalau nak tahu, Fina ni make up artis untuk cerita Vanilla Coklat... wah i like 1000x... Amy cuba juga cari gambar nikah dia kat google tp belum jumpa. Kalau ada nanti Amy upload ya... (To Fina, if u read this post, hope u can share ur nikah pictures ya dear, using my bantal nikah... ;) ) Mudah betul nak berurusan dengan Fina, terima kasih banyak ya...

Kebaikan gunakan bantal nikah ni antara lain, bantal nikah berkaki kerawang ni boleh diduduki (chewah...) dengan cara macam duduk atas kerusi berkaki rendah. Jadinya, tidaklah lenguh kaki kalau dibandingkan dengan duduk bersimpuh kan? Kalau rasa lenguh, boleh tukar posisi duduk tu dari kiri ke kanan dan sebaliknya. 

Ramai juga customer Amy terutama yang berbadan comel dan tak tahan nak duduk lelama kat bantal nikah biasa tu sangat sukakan bantal ni. Amy pun happy juga bila orang suka dengan service kita kan? Jadinya, kalau ada sesiapa yang mencari kelainan untuk bantal nikah atau tak tahan nak duduk bersimpuh lama-lama, boleh gunakan bantal ni sebagai alternatif.

Ok dearie, kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi Amy segera ya untuk booking sekarang. 

Untuk makluman juga, Amy akan tutup tempahan untuk tarikh sewa bantal dan mini pelamin menggunakan bantal nikah berkaki kerawang mulai 18 Jun hingga 1 Julai 2012 oleh sebab ada hal keluarga yang perlu diselesaikan/diuruskan.

Selain itu, mulai 30 Julai hingga 31 Oktober 2012, Amy hanya akan menyewakan bantal nikah sahaja sebabnya insyaAllah semasa tarikh tu Amy akan berpantang melahirkan anak ketiga Amy. Manakala tempahan bunga rampai masih boleh diambil sebab adik Amy yang akan buat bunga rampai tu (insyaAllah dijamin wangi sebab dia ni lebih expert dari Amy dalam bidang bunga rampai ni...).     

Oklah, itu saja buat masa ni, kalau ada apa-apa pertanyaan jangan malu segan untuk bertanya ya... 

Selamat malam semua.... Sweet dream ya!

Salam Sayang,

Amy PB2.

Sunday, April 8, 2012

PB: Sirih junjung untuk Pn. Khairiah 7 April 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah selamat buat tempahan untuk Pn. Khairiah, sirih junjung tema putih untuk keluarganya.

Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan dan semoga majlis berjalan lancar ya...




Amy gunakan daun sirih, daun fern, macam biasa dihiasi ikatan bunga melur, selain kuntuman pinang, kapur dan gambir sebagai pelengkap hiasan sirih junjung. Penggunaan bunga carnation putih adalah permintaan Pn. Khairiah sendiri untuk diserasikan dengan hantaran keluarganya.

Salam sayang,

Amy PB2

Sunday, April 1, 2012

PB: Cenderahati Fridge Magnet FM FLy Nani (Kemaman), Bantal Nikah Anak Kak Asmah Segambut, , MIni Pelamin Ungu Putih Rina Bdr Tun Razak & Sirih Junjung Lin Setiawangsa

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua + Selamat malam,

** Part 1 **
Amy nak ucapkan terima kasih kepada Nani (Kemaman) atas pembelian Cenderahati Kahwin Fridge Magnet Fly dan telah selamat dihantar menggunakan Pos Laju ke sana pada 25 Mac 2012 lepas ke negeri Darul Iman. Terima kasih Dear! Nani nak tulis nama dia dan pasangan tapi oleh sebab saiz tu dah comel, akhirnya beliau setuju juga untuk tetap mendapatkan FM tu yang cantik dan praktikal untuk dijadikan hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis tunang/kahwin anda nanti. Terima kasih Zila Inani Craft atas bantuan yang diberikan :)

** Part 2 ** 

Untuk Kak Asmah Segambut, terima kasih juga kerana sudi sewa bantal nikah kaki kerawang dan bantal nikah lelaki. Yang bestnya, Amy tertarik tengok pelamin sanding anaknya yang sangat unik dan klasik macam gambar kat bawah ni. Amy sengaja amik gambar ni (dengan kebenaran, ya ;) untuk tatapan bersama...


Unik kan? Tksh anak Kak Asmah... ;)

** Part 3 **

Mini pelamin Rina, Bandar Tun Razak, bertemakan Ungu Putih telah selamat dihantar seperti yang diminta. Terima kasih atas layanan baik dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sekeluarga... Senang betul nak bekerjasama dengan Rina, terima kasih Dearie... Alhamdullilah ramai yang suka dengan mini pelamin Amy ni... ;)

Mini pelamin ungu putih untuk Rina

** Part 4 ** 

Selain semua yang telah Amy tulis kat atas, Lin dari Setiawangsa juga telah sudi menempah sirih junjung bertemakan warna pink yang telah digubah dan selamat diambil oleh kelurga Lin. Semoga majlisnya berjalan lancar ya, insyaAllah... Kali ini Amy lilitkan bunga melur ke sekeliling tiang sirih junjung tu, nampak klasik kan?

Sirih junjung untuk Lin Setiawangsa... Thanks dear atas kepercayaan yang diberikan dan syukur Lin menyukai sirih junjung ni :)
Minggu yang sibuk juga tetapi rasa berbaloi kerana pelanggan berpuas hati dengan khidmat kami. Syukur juga kerana mendapat pelanggan-pelanggan yang mudah sangat untuk berurusan dan Amy hargai setiap kepercayaan dan peluang yang diberikan juga sokongan yang diberikan kepada Amy Pengantinbudget2 ni.
Semoga anda semua dirahmati Allah dan sentiasa bahagia hingga ke akhirat, amin.
Salam sayang, 
Amy PB2.

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter