Tuesday, June 10, 2014

PB: Tip 1 majlis kahwin ringkas, sederhana dan meriah

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Baiklah, Amy nak rujuk semula pada post sebelum ini, nak beri tip macamana nak buat majlis kahwin meriah dengan kos sederhana.

Tips 1 - Buat majlis sekali sahaja atau ringkasnya, majlis nikah sekali menjamu semua tetamu!

Katalah bakal pengantin nak menikah hari 13 September 2014, Sabtu, pukul 11.30 pagi. Makanya setelah selamat bernikah sejam kemudian (anggaran masa), tetamu jemputan dijamu terus dengan nasi minyak pengantin pukul 12.30-4.30 petang. Jadi dalam kad jemputan tu kena dimaklumkan nikah pukul berapa, makan pukul berapa, lokasi dan lain-lain.

Dari segi kemudahan logistik pun senang untuk keluarga dan sanak - saudara datang sekali sahaja, tak perlu ulang-alik dan sewa hotel atau tumpang rumah saudara dsbnya. Tetapi perlu diingat, majlis sebegini perlu rancangan awal sebab khemah kena sedia sebelum majlis, makanan tiba pada masanya dan tempat nikah tak jauh dari tempat kenduri nasi minyak. Contohnya! Ada kenalan Amy yang buat majlis di salah sebuah masjid di KL, lepas tu terus jamu tetamu di dewan makan masjid tu. Dan lepas tu majlis pun selesai.... Ringkas dan barokah nampaknya, insyaAllah!

Setuju tak dengan tips 1 ni? Bincang elok-elok dengan famili, persiapan awal perlu dibuat untuk pastikan majlis berjalan lancar.

"Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab." Nampak tak, hanya seekor kambing. Tetamu mungkin dalam anggaran semasa 10 dulang atau kurang. Dalam 50 orang atau lebih. Jimat dan ringkaskan?

Ada juga sebegini:
"Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau yang dihadiri Rasulullah, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu. Ini bermakna, jenis makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu bergantung kepada kemampuan."

Sumber: fb Eddywan I am Muslim

Semoga kita semua mendapat manfaatnya, insyaAllah...

Sunday, June 8, 2014

PB:Kenapa kos nak kahwin mahal sangat?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,

Aduhai, kesiannya bila Amy baca jumlah standard wang hantaran kahwin tahun semasa sangat tinggi, sehingga paling koman rm 10,000, malah ada yang lebih lagi dari rm10k tu....

Masa Amy kahwin 9 tahun lepas belum sampai rm 10 k. Masa tu dah nak cicah dah jumlah tu, tapi sekarang, dah lebih dari tu.

Pada Amy, kalau betul-betul mampu nak beri jumlah hantaran sebanyak tu kepada bakal isteri adalah dialu-alukan, bertuah badan wanita tu. Tetapi..... Kalau tak cukup duit, tapi sangat sayang n cinta kat tunang kita tu, berilah ikut kemampuan.

Sebenarnya, minta maaf nak bagitahu ni, pihak wanita akan menggunakan duit tu untuk taja majlis di pihak mereka. Kalau keluarga wanita tu dah mampu, tak perlu nk minta jumlah tinggi macam tu, sebab kebanyakan teruna yang nak kahwin tu mesti baru mula bekerja dan paling tepat mesti tak sampai 5 tahun bekerja. Tak payah nak putar cerita lah kan, kalau ikutkan mana mampu nak simpan duit banyak. Nak nak kalau teruna tu awal bekerja dah beli kereta baru, tinggal rumah bujang, kerja di bandar besar, segak bergaya sangat dan sangat mengikuti perubahan gajet terkini yang ada di pasaran.


Tak salah kalau kita cuba berbelanja ikut kemampuan diri. Lantaklah kalau orang nak kata majlis macam tak ada duit atau jumlah wang hantaran kita sikit, sebab orang-orang yang bercakap tu bukannya menghulurkan wang bantuan kepada kita, betul tak?

Pada Amy, kehidupan lepas majlis kahwin tu yang lebih penting, ibaratnya, kemeriahan majlis kahwin hanya untuk 4 hari (2 hari sebelah wanita, 2 hari sebelah teruna). Lepas tu bermulalah kehidupan sebenar sebagai suami isteri yan sah.

Mana nak bayar sewa rumah, macam di Kuala Lumpur ni, sewa rumah paling paling murah rm600, itupun kalau tuan rumah baik hati tak naikkan harga. Tak kanlah dah kahwin nak sewa bilik pulak kat rumah yang bercampur penghuninya kan? Mana nak dibeli barang dapur, bayar bil-bil utiliti, nak beri ibu ayah, belanja makan di pejabat, nak bayar hutang ambil loan nak kahwin lagi. Aduhai, memanglah berkahwin tu insyaAllah akan menambah rezeki, tetapi jika tidak dikawal perbelanjaan keluarga, bagaimana setiap kos yang perlu dibayar SETIAP BULAN ni boleh dibayar?

Masa persiapan kahwin tu, bakal pengantin perlu beli set katil baru, nak beli barang hantaran mahal-mahal yang ada kala tak mampu sebenarnya untuk dibeli, nak sewa baju pengantin baru, buah tangan yang best2 kepada tetamu, kos makan yang sedap2 untuk tetamu yang hadir dsbnya. Semua kos itu sangat besar dan belum lagi masuk kos bertunang, kos nak tampung sedikit sebanyak belanja saudara mara yang datang memeriahkan majlis kita ni, sewa hotel/rumah untuk keluarga yang datang dari jauh dll. Walau apapun keputusan anda, pastikan semua tu dibuat dengan ikhlas ya.

Itu belum lagi kos untuk melengkapkan peralatan di rumah sendiri yang baru dimasuki sebagai suami isteri. Tv, sofa, meja makan, dapur, almari, mesin basuh, dll yang terpulanglah jumlah nya mengikut selera dan pandangan masing2.
Dearest semua, memang sangat banyak kos yang perlu dikelurkan, itu belum masuk lagi kos tambahan. Jika Allah berikan cahayamata dalam masa terdekat, semua persiapan itu juga adalah kos.

Nanti Amy akan kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dipraktikkan untuk merancang majlis kahwin anda yang meriah dalam kos yang sederhana. InsyaAllah.

Until then, salam sayang, good night all!!!

Amy pb2


Saturday, June 7, 2014

PB: Sewaan hantaran siap a.k.a ready made serendah RM 10 sedulang (T&C)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam dan salam sejahtera semua,

Untuk bride to be yang masih dalam masalah nak cari gubahan hantaran atau nak pergi beli barang untuk gubah hantaran yang kosnya semakin meningkat sekarang ni, Amy ada penyelesaiannya.

Sewaan gubahan hanataran serendah RM10 untuk disewa sekarang! Sehingga boleh dipakai atau stok kehabisan.

Warna tema ungu putih,
Hijau putih dan
ungu, pink, purple untuk Disewa.
warna maroon Putih
juga untuk sesiapa yang berminat.

Sila hubungi Amy di oi6-25i-4746 sekarang!

Atau emailkan ke pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

P/s: untuk makluman, gubahan ini oernah keluar dlm majalah pengantin tahun lepas.

Salam sayang, Amy pb2



Thursday, May 29, 2014

PB: Amy masih menerima sewaan bantal kerawang dan cenderahati FM fly dan lain-lain (ditulis pada 29 Mei 2014)


~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam dan selamat sejahtera semua.

Untuk makluman semua, bantal nikah/ tunang kerawang yang sangat diminati masih ada untuk sewaan. Harga promosi untuk bantal cantik tersebut sekarang hanya RM 80 untuk kawasan KL. jangan tunggu lagi, sila buat tempahan sekarang. Untuk bulan September 2012, sudah ada 2 tempahan dibuat. Cepat, cepat jangan ketinggalan untuk menyewa bantal kerawang yang unik dan cantik ini.

Saiz: 100 sentimeter x 100 sentimeter x sejengkal
Ada 5 kaki, insyaAllah kukuh, berkerawang bunga dan daun menarik, warna putih.
Ramai yang kata bila dah duduk atas kerusi / bantal ni rasanya bak puteri raja!
Jom tempah, siapa cepat, dia dapat!

Sayang selalu,

Amy pengantinbudget
pengantinbudget2@gmail.com

Friday, April 25, 2014

PB2: RM 80 sahaja untuk sewaan bantal nikah berkaki kerawang bermula 25 April 2014.

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Assalam dan salam sejahtera semua, Amy buat sewaan bantal nikah berkaki kerawang dengan harga runtuh, RM 80 untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja, termasuk penghantaran.


Siapa cepat dia dapat, bermula 25 April 2014.

Hubungi pengantinbudget2@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.

Jangan lepaskan peluang ni, yang julung kali diadakan!!!

Kelebihannya: saiz bantal besar, kukuh, unik dan selesa bak sang puteri di atas peterana.

Salam sayang,
Amy PB2

Sunday, April 20, 2014

PB2: Ready made hantaran dan bunga rampai.

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam lovelies, just nak update Amy baru selesai set up mini pelamin menggunakan 2 bantal nikah kerawang tu di Petaling Jaya. insyaAllah kalau tak ada aral Amy post gambar k!

Next project, insyaAllah tempahan gubahan hantaran ready made tema ungu putih dan merah , maroon dan putih. Selain tu,tempahan bunga rampai pun akan dibuat.

Until then, have good, relax and enjoyable day ya!



Hugs and kisses,
Amy PB2.

Friday, April 4, 2014

PB2: Alas dulang Husna, bantal nikah Masjid Wilayah, bunga rampai dan sewaan mini pelamin DIY

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam ladies... Ingat lagi tak pada link ni?
Masa tu Husna kata dia insyaAllah akan menggunakan khidmat Amy lagi untuk sewaan alas dulang. Alhamdullilah Husna masih sudi menggunakan khidmat alas dulang satin dan embroidery Amy lagi bulan November hari tu. Warna yang disewa adalah biru dan ungu putih. Terima kasih Husna atas kepercayaan yang diberikan. Kira ni salah seorang repeat customer Amy dalam sewaan alas dulang ni...


Bantal nikah berkaki kerawang juga telah disewa dan digunakan di Masjid Wilayah, KL. Terima kasih.

Bunga rampai turut mendapat sambutan terutama dari pelanggan setia Amy. Alhamdullilah.

Satu lagi cabang menyewa alatan mini pelamin DIY telah disewakan bertemakan warna putih, peach, maroon dan pink.

Terima kasih semua yang telah memberikan sokongan.


Amy PB2


Tuesday, February 25, 2014

PB: Update 2014 - masih persiapan pengantin bajet!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam semua. Amy doakan semua sihat sejahtera, mewah rezeki dan sihat selalu ya.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong Amy melalui persiapan pengantin budget Amy ni.

Masih tersedia bantal nikah berkaki kerawang untuk bakal pengantin yang mahukan bantal nikah yang lain dari yang lain untuk diabadikan bersama pada hari bersejarah anda.

Selain itu, khidmat sewaan pelamin mini bajet dan gubahan hantaran turut ditawarkan. Something went wrong with my fon's mail, new photos will be uploaded soon, especially towards the end of year 2013, insyaAllah.

Untuk yang meminati cenderahati kahwin eksklusif dari Inani Craft, pihak kami turut bersedia membantu anda dalam hal ini.

InsyaAllah kepada sesiapa yang ingin hubungi Amy boleh emailkan kepada pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Salam sayang unuk semua, semoga sentiasa bahagia dan ceria di samping yang tersayang, semoga cinta sampai ke syurga, amin....


Amy PB


Monday, December 23, 2013

PB: Sewaan bantal nikah kerawang untuk majlis cukur jambul, Nurul, Kampung Baru

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

New Job, Bantal nikah for cukur jambul.

Idea dari Nurul Kampung Baru, untuk menggunakan bantal nikah kerawang sebagai props utama dalam majlis cukur jambul anak sulungnya bulan November lalu.

Satu idea yang segar, lain dari yang lain. Kalau Nurul sudi kongsi gambar dengan Amy, nanti Amy post kat sini yer. Mungkin mummy-mummy di luar sana boleh tiru idea ni kan?

Terima kasih Nurul.

PB: Sewaan alas dulang Husna: warna biru dan ungu dengan embroidery

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam ladies... Ingat lagi tak pada link ni?
Masa tu Husna kata dia insyaAllah akan menggunakan khidmat Amy lagi untuk sewaan alas dulang. Alhamdullilah Husna masih sudi menggunakan khidmat alas dulang satin dan embroidery Amy lagi bulan November hari tu. Warna yang disewa adalah biru dan ungu putih. Terima kasih Husna atas kepercayaan yang diberikan. Kira ni salah seorang repeat customer Amy dalam sewaan alas dulang ni...

Warna alas dulang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

ALAS SIFON
Putih
Merah tua (marron)
Hijau
Biru firus
Ungu

ALAS EMBROIDERY
Putih perak (white silver embroidery)
Kuning embroidery

EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter