Tuesday, July 24, 2012

PB: Persiapan perkahwinan dengan "Doa seorang isteri"

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua, 

Amy terjumpa artikel ni kat SINI, yang Amy rasa bagus untuk dikongsi bersama untuk persiapan b2b yang selain dari sibuk buat persiapan kahwin, perlu juga untuk buat persiapan untuk meminta selalu dengan Allah untuk dikurniakan kekuatan dalam mengharungi alam rumahtangga nanti. Doanya seperti berikut:



Doa Seorang Isteri
 
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Semoga Allah berikan kita semua kekuatan dan hidayahNya dalam menuju fasa baru dalam hidup kita, ataupun memperbaharui niat dalam menjalani hidup berumahtangga yang telah lama dilalui ataupun Pengantin Lamalah senang cerita... Semoga kebahagiaan itu milik kita semua, amin, insyaAllah....

Salam Sayang,

Amy pengantinbudget2.  

Sunday, July 22, 2012

PB: Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan Ramadhan...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Alhamdullilah Allah beri kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pahala yang lebih dari 11 bulan yang lain, Ramadhan yang mulia.

Sudah pasti b2b di luar sana yang mungkin sibuk membuat persiapan untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan pada hari raya nanti, tak menang tangan ya. Persiapan buat juga, peluang untuk merebut sales dari Allah ni pun kalau boleh jangan lupa untuk direbut ya. Kiranya ini merupakan Ramadhan terakhir bergelar anak dara ibu dan ayah anda, sebelum bertukar status kepada isteri bakal suami anda nanti.

Pasti lain keadaannya nanti sebab ketaatan kepada suami adalah melebihi daripada ketaatan kepada ibu bapa seperti sebelum ini. Suami lebih perlu diutamakan dulu dan selepas itu barulah kepada ibu bapa kita. Selagi ada waktu ni, tuntutlah sebanyak mana ilmu rumahtangga untuk menghadapi saat baru itu. Semoga anda beroleh petunjuk dan redha ibu bapa anda dalam melayari bahtera perkahwinan nanti.

Rajin-rajinlah tolong ibu di dapur menyediakan sahur, juadah berbuka puasa, mengemas rumah dan apa sahaja yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu dalam bulan Ramadhan ini, sebagai latihan terakhirlah boleh dikatakan sebelum tiba detik bersejarah anda nanti.

Doa banyak-banyak dan mohon supaya semuanya akan berjalan lancar dan agar pilihan kita nanti akan dapat membimbing kita ke jalan yang Allah redhai.

Semoga persiapan kahwin/tunang anda dapat dijalankan dalam keadaan sederhana dan mengikut bajet anda dan yang penting tidak membebankan/membazir. Amy doakan agar semua pasangan yang ingin berumahtangga nanti akan sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu serta bahagia hingga ke syurga akhirat, Amin.

Jaga diri dan salam sayang,

Amy pengantinbudget2.
2 Ramadhan 1433 Hijrah/22 Julai 2012

Saturday, July 14, 2012

PB: Fesyen baju tunang/nikah/kahwin klasik

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Selamat pagi + As salam semua,

Amy banyak lihat ramai reader blog Amy yang mencari rekaan fesyen yang terkini untuk dipilih dan digayakan pada majlis tunang, nikah atau persandingan mereka.

Bagi Amy, Amy lebih sukakan rekaan klasik contohnya baju kebaya labuh atau baju kebaya serong. Sebabnya, lepas majlis, kalau menggunakan material yang betul, masih boleh digunakan lepas majlis anda nanti.

Dulu Amy berangan nak gunakan kain Thai Silk dan berangan untuk upah orang jahit labuci kat baju tu. Alih-alih tak jadi pula rancangan tu sebab tiba-tiba tukar fikiran untuk menggunakan French Silk beaded. Rasa macam kalau boleh ditukarkan balik masa, nak saja Amy gunakan material tu balik. hehe... Ok, ini contoh baju rekaan klasik yang Amy dapat dari mr. google.... klasik kan? Nampak sungguh sopan dan anggun bergaya...    
 

Kalau diperhatikan baju YM Raja Nazrin Shah dengan YM Tuanku Zara masa persandingan mereka pun, masih menggunakan rekaan klasik dengan penggunaan warna kuning terang dan sangat cantik dan anggun sekali kelihatannya...  

 Kalau perasan, ada potongan serong baju kebaya labuh songket tu dengan sulaman atau sulam tebuk menjadi hiasannya... Cantik kan? Satu lagi, potongan bawah baju serong tu akan menampakkan pengantin tu langsing, berbanding kalau potongan baju kurung biasa.

 
Ally Iskandar pun bersanding menggunakan kain songket bunga tabur warna kelabu, cantikkan?

 Ini semua berdasarkan pendapat Amy, tapi terpulang pada citarasa maing-masingkan? Dan tak lupa, tahap duit yang berada dalam poket masing-masing untuk membuat persiapan...Kalau kreatif, kain yang murah pun akan nampak cantik, betul tak? 

Salam sayang,

Amy pb2.

Wednesday, July 11, 2012

PB: Hantaran royal blue kuning, gubahan coklat dan sirih junjung oren putih - Jun 2012

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi dan As salam semua,

Jom cuci mata sebab Amy nak jamukan anda semua dengan hasil gubahan Amy pada bulan Jun tentang:

1. Hantaran Zhafri dengan tema royal blue + yellow:




2. Gubahan ringkas hantaran coklat:



3. Gubahan sirih junjung putih oren untuk Shazwan:


Semoga dapat memberikan anda b2b di luar sana inspirasi dalam menghias hantaran anda untuk tunang/bakal suami/isteri tersayang. Terutama untuk pengantin yang mempunyai bajet yang agak sederhana, bolehlah cuba aplikasikan cara gubahan ini untuk majlis anda nanti.

Kalau mahukan sentuhan Amy untuk majlis anda, sila hubungi Amy untuk perbincangan selanjutnya melalui email: pengantinbudget2@gmail.com  ya.

Salam sayang + jaga diri baik-baik ok,

Amy Pengantinbudget2

Saturday, June 16, 2012

PB: Pakej Goodies Pengantinbudget2... Mari-mari...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy kini menawarkan kepada anda semua pilihan menarik untuk menyediakan goodie gift kepada tetamu majlis anda. Silalah browse through gambar di bawah dan harganya ada pada gamabr yang terakhir. Siapa berminat, sila hubungi Amy segera ya. 


Salam sayang,
Amy PB2.

PB: Sewa bantal nikah berkaki kerawang Siti (Rawang), Tia (Penang) & Adry (Jelatek)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,  

Dah lama Amy tak update blog ni. Maklumlah sebab Amy buat kerja pengantinbudget ni separuh masa, makanya kerja di pejabat yang biasalah yang tak pernah habis dan keadaan diri yang semakin chooomelll ke depan :) membuatkan kerja kemaskini menjadi semakin tak ada masa nak buat.

Sebelum Amy terlupa, Amy nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan bantal nikah berkaki kerawang yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengantin, terutama yang memikirkan untuk menjimatkan wang untuk persiapan kahwin, khususnya mereka yang tidak mahu membuat mini pelamin untuk tunang atau nikah.

Sebabnya, bantal ni dah memang nampak elegan, dan tinggi dan dua pengantin boleh duduk bersila atas tu. Unik sungguh, syukur, dapat dipertemukan dengan bantal yang elegan tapi ringkas ni.


Bantal nikah/tunang  yang boleh menjimatkan duit untuk mini pelamin. Bantal ini sahaja cukup dihiasi dengan bantal-bantal kecil keliling untuk dapatkan imej mini pelamin yang ringkas tapi penuh makna. Kalau berminat nak sewa, hubungi Amy segera ya.

Siti Rawang
Terima kasih Siti (Rawang) yang mengatakan dia buat majlis tunang simple saja, makanya buat mini pelamin sendiri, hanya sewa bantal ni dan bantal hiasan kecil merah tua Amy untuk mnghiaskan tempat sarung cincinnya.

 Tia (Penang)
Jauh berjalan bantal Amy ni, dah sampai ke Penang dah. Amy sangat kagum dengan semangat Tia yang sanggup datang ambil dan hantar bantal tu all the way from Penang-KL-Penang-KL untuk menggunakan bantal kaki kerawang yang unik ni. Tksh banyak Tia. Tia kata, dia dengan suaminya boleh duduk bersama atas bantal tu lepas nikah... Boleh bayangkan bantal tu memang besar kan? Dan dijamin selamat, sebab ada juga yang takut jatuh sebab takut bantal tu tinggi. Sebenarnya bantal tu tak tinggi sangat, cuma dalam sejengkal sahaja.... :) Cuma kalau ada b2b yang tinggal jauh dari KL nak sewa bantal ni, selalunya Amy akan ambil safety deposit yang tinggi ya di samping harga sewa.

Adry (Jelatek) 
Tahniah Adry dan suami. Sebenarnya Adry dah tempah bantal nikah lama sangat, kak Amy doakan agar semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang ya. Tksh banyak dearie...

Baiklah, itu saja untuk kali ni, nanti Amy akan cuba update persiapan kahwin yang Amy tolong buatkan untuk adik ipar Amy insyaAllah pada minggu depan di Kluang dan Singapore. Semoga segalanya berjalan lancar sampai jumpa lagi, jaga diri baik-baik dan Amy sayang semua!!

Love,
Amy PB2.

Monday, May 21, 2012

PB: Gubahan hantaran hijau epal Farhan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang semua,
Syukur Amy dapat siapkan 7 dulang hantaran untuk Farhan berupa:

1. Bekas cincin & mas kahwin
2. Jam tangan
3.Sejadah & kain telekung
4. Sepasang kasut
5. Beg tangan
6. Mandian dan wangian
7. Tuala

Gubahan hantaran hijau epal

Amy menggunakan raga dan kombinasikan warna hijau lumut, putih dan coklat untuk menaikkan gabungan warna-warna tu. Selain itu Amy selitkan juga sedikit warna merah menggunakan bunga-bunga kecil supaya nampak kontrasnya.

OKlah, semoga dapat memberi inspirasi kepada b2b di luar sana yer. Kalau ada yang berminat dengan hasil kerja tangan Amy ni, sila hubungi Amy segera untuk maklumat lanjut ok.

Salam sayang,

Amy PB2.   

Saturday, May 12, 2012

PB: Bantal nikah ke Rawang dan Gubahan Hantaran Hijau Muda Farhan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdullilah, sebelum nak tidur ni (aduhai, terjaga pulak pagi-pagi ni :)), insyaAllah esok ada dua perancangan besar Amy iaitu beli barang hantaran bertemakan hijau muda untuk Farhan dan menghantar bantal nikah untuk disewa oleh Siti. Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin...

  
Antara kombinasi warna yang sedang difikirkan untuk hantaran tema hijau muda tu... hm...

 
Persiapan Pengantin Budget juga akan melebarkan sayapnya dengan menawarkan perkhidmatan door gift affordable untuk bakal pengantin. Amy akan update soonest possible, (God Willing)... Apa yang pasti, harganya berpatutan dan boleh dibuat mengikut tema majlis anda. 

Tunggu ya... dan terima kasih banyak atas sokongan anda semua... 

Sweet Dreams + nite nite...

Amy PB2.

Thursday, May 10, 2012

PB: Contoh gubahan hantaran bunga plastik tema kuning biru

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam,

Amy nak kongsi dengan anda semua contoh hantaran yang sedang Amy siapkan untuk kenduri keluarga Amy nanti tengah tahun ini. Ada 9 dulang semuanya, ada beberapa gubahan yang dah siap, tapi Amy nak biarkan majlis berlalu dulu, nanti Amy akan postkan kat sini kemudian. 

 Gubahan baju pasang

Gubahan baju pasang ini disertakan sekali dengan rantai labuh tembaga sebagai hiasan. Amy gunakan riben besar satin biru dan dihiaskan dengan bunga kuning dan biru beserta manik putih dan biru. Mungkin b2b di luar sana boleh dapat ilham untuk gunakan warna ni untuk tema majlsi perkahwinan anda nanti.

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Amy untuk gubahan hantaran bajet anda, sila emailkan kepada sebarang pertanyaan lanjut ya.

Salam sayang + selamat malam semua!

Amy PB2.

Monday, May 7, 2012

PB: Sewaan bantal nikah kaki kerawang Molly dan Ati & gubahan hantaran bakul Farhan (coming, insyaAllah)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Hari ni hujan, kalau ikutkan hati "rajin" benau nak gi kerja. Nasib baik ada en suami yang sedia kejutkan pagi tadi, kalau ikutkan nafsu yang bergelora ni, mau sambung tidur kan... hehehehe...
Apapun, semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam dan anda semua dapat selesaikan apa sahaja tugas yang ada hari ini dengan jayanya ya.

 Terima kasih Amy ucapkan kepada Molly atas sewaan bantla nikah berkaki kerawang, bantal nikah lelaki dan carpet bulu untuk majlis nikahnya minggu lepas.


Begitu juga Ati yang baru sahaja bergelar raja sehari pada Jumaat lepas dan selamat melaram dengan bantal nikah berkaki tu. Alhamdullilah, semoga anda berdua dan pasangan sentiasa bahagia dan diberkati Allah.
InsyaAllah kalau tak ada aral, Amy akan gubahkan hantaran bakul untuk Farhan sebanyak 7 dulang untuk Mei ini. Amy akan update bila selamat gubah hantaran tu ya.

Kalau ada sesiapa yang inginkan sentuhan Amy untuk gubahan bajet hantaran anda, silalh email kepada pengantinbudget2@gmail untuk maklumat lanjut.

Tempahan bantal nikah berkaki kerawang, bantal nikah lelaki masih dibuka untuk bakal-bakal pengantin di luar sana yang inginkan kelainan untuk majlis anda nanti ya.

  Until then, do take good care, pray hard and be happy always. Smile always and lots of love,

Yours sincerely,
Amy Pengantinbudget2...
 
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter